Skip to main content
search
0

Puan Yusliza Kamarudin, ibu kepada 4 orang anak, merupakan bekas pelajar Universiti Al- Azhar, kini bergelar pelajar PhD dalam bidang Pendidikan. Bergelar seorang guru di sebuah Sekolah Kebangsaan, sememangnya tugas beliau mengajar pelbagai mata pelajaran menjadikan beliau sibuk.

Menyambung pengajian atas ajakkan kenalan yang ketika itu ramai yang menyambung pengajian dan tidak pernah jemu meyakinkan beliau. Puan Yusliza akhirnya turuti ajakan rakan- rakan dan memberanikan diri menyambung pengajian secara separuh masa. Masuk tahun ke-2 pengajian, beliau mula merasakan kepayahan PhD, tidak seperti yang dikhabarkan oleh penyelia dan rakan-rakan seperti awalnya.

Kesibukan masa sebagai guru membuatkan beliau melihat PhD ini sebagai sesuatu yang membebankan. Ternyata rakan-rakan yang mengajaknya menyambung pengajian sebelum ini, juga merasakan beban sebagai pelajar pascasiswazah dan akhirnya berhenti.

Yuran pengajian terus dibayar seperti biasa, beliau berasa seperti terpaksa membayar yuran ‘kebodohan’ kerana hilang semangat dan hala tuju belajar PhD. Beliau terus berada dalam zon selesa tanpa mahu mengubah nasib PhD beliau ketika itu.

Minda beliau terus menerus mengatakan PhD sesuatu yang susah dan payah. Beliau tiada masa untuk memberikan tumpuan terhadap penulisan tesis hingga semeseter ke-7. Beliau hampir berhenti ketika itu. Mujur Puan Yusliza berjumpa Dr. Roket dan sangat terkesan dengan-kata Dr. Roket; PhD adalah jambatan ke syurga.

Beliau hairan melihat para Platinum Dr. Roket yang mempunyai progress, sedangkan diri beliau tiada apa yang boleh dibanggakkan. Atas ajakan seorang rakan, beliau menyertai Platinum dalam usaha mendapatkan impak luar biasa seperti mereka.

Sejak itu beliau mula mendapatkan AHA moment, dan sememangnya berasa kelainan daripada menyertai Dr. Roket secara umum sahaja. Beliau bukan sahaja dapat support system daripada circle group yang mantap, malah mendapat bimbingan tanpa henti daripada mentor.

Beliau berasa bertuah kerana berpeluang berjumpa rakan seperjuangan daripada pelbagai latar belakang yang sungguh hebat. Memiliki misi dan perjalanan yang sama, yang mana mereka mahu untuk menghabiskan perjalanan ini dengan segera.

Puan Yusliza juga bersetuju untuk menghabiskan pengajian beliau secepat mungkin kerana baginya, banyak lagi perkara penting yang perlu beliau selesaikan disamping mahu memberi manfaat kepada masyarakat.

Ingin tahu lebih banyak mengapa Puan Yusliza seangkatan pendapat bersama para Platinum? Klik disni untuk menonton bual bicara istimewa Puan Yusliza Kamarudin bersama Dr. Mardiana Mat Ishak >> https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/3994476637248785 .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x