Hargailah nikmat pemberian dan ilmu yang Allah Ta’ala pinjamkan kepada kita dengan berkongsi dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Berpegang diatas prinsip inilah, Dr Roket tidak pernah lelah mengadakan seminar dan program dengan pengisian yang begitu praktikal, biarpun secara percuma buat membantu bangsa Posgrad secara global.
Antara impak perkongsian ilmu Dr Roket adalah seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Shahirah Yahya di bawah.
Jom teruskan pembacaan.
“Alhamdulillah dan syukur atas peluang yang diberikan oleh Dr Roket dan tim 2M World untuk saya berkongsi mengenai apa yang saya pelajari sepanjang sesi Mudahnya Siap Tesi (MST). Sedikit pengenalan, saya Nur Shahirah Yahya, mula menyertai sesi Mudah Siap Tesis (MST) pada 12 September 2020 dan semalam (7 Oktober 2020) adalah sesi ke-3 saya bersama Mudah Siap Tesis (MST).
Kenapa saya sanggup korbankan waktu tidur saya untuk sesi Mudah Siap Tesis (MST)? Kerana saya ialah insan yang pantang dengar, baca dan lihat perkataan ‘PERCUMA’. Bukan mudah untuk sesiapa sahaja mengeluarkan tawaran percuma kepada insan lain. Sedangkan saya sendiri sebagai hamba Allah SWT juga akan terdetik di dalam hati sebelum memulakan sesuatu perkara iaitu;
“apa saya dapat kalau saya bantu orang?”
atau
“buat apa bazir masa untuk tolong orang sedangkan saya susah dulu dia tak tolong saya pun”.
Tambahan pula, apabila kita memberi sesuatu yang bersifat percuma selalunya kita akan lakukan dengan sambil lewa kerana kita tahu kita tak dapat apa-apa pulangan dengan apa yang kita lakukan. Berbeza dengan Energy dan Komitmen yang diberikan oleh Dr Roket, perkongsian Platinum dan tim 2M World yang sangat luar biasa. Energi yang luar biasa yang saya dapat setiap kali sesi Mudah Siap Tesis (MST) akan menyebabkan kesukaran untuk tidur kerana saya merasakan saya perlu bertindak sekarang tetapi saya ingat akan janji saya yang ‘tidur lewat’ telah diharamkan untuk saya.
Mudah Siap Tesis (MST) adalah sesi yang sangat santai, memberi impak yang tinggi kepada kehidupan dan pelajaran saya. Buktinya saya telah berani untuk buka tesis saya kembali setelah lama terkubur dan tidak bergerak. Alhamdulillah dengan energi dan aura yang luar biasa, saya berada dalam proses menyiapkan pembetulan bab 1 sehingga 3 tesis saya.
Antara pelajaran yang menyedarkan saya dari terus lemas dalam dunia sendiri adalah saya sedar kesilapan saya yang mempunyai mindset yang salah dari mula sehingga sekarang dalam perjalanan sebagai pelajar PhD. Dengan mindset yang salah, ianya membuatkan saya menganggap tesis saya itu susah dan memenatkan.
Selain itu, saya juga sedar yang saya tidak faham dengan jelas mengenai journey sebagai seorang pelajar PhD. Saya beranggapan sebagai seorang pelajar saya perlu abaikan urusan kehidupan yang lain dan hanya fokus untuk selesaikan tesis saya.
Saya salah!!!
Tesis saya adalah sebahagian kecil dalam kehidupan saya. Saya mempunyai lebih banyak perkara besar yang perlu saya selesaikan dalam kehidupan. Sikap mengabaikan keluarga bukanlah sesuatu sikap yang betul kerana tanpa mereka siapalah saya.
Dengan mempelajari beberapa formula, saya sedar bahawa semasa mendaftar PhD, bila perlu mendaftar dan bagaimana untuk saya akhiri pengajian saya tetapi saya masih tidak tahu bagaimana untuk menulis! Saya ialah salah seorang pelajar yang mengikuti banyak program dan mendapat banyak sijil tetapi penulisan tesis saya tidak bergerak.
Formula Dr Roket sekali lagi mengajar saya mengubah mindset, attitude, sistem dan juga hubungan saya dengan Allah SWT. Dengan mempunyai mindset yang betul membuatkan saya berkeyakinan untuk melakukan sesuatu kerana “how you do anything is how you do everything”. Saya perlu tanamkan ‘attitude’ yang sentiasa rasa ‘excited’ untuk menyelesaikan tesis saya setiap hari.
Untuk saya selesaikan tesis saya, saya juga memerlukan sistem atau proses yang betul kerana insan-insan Graduate On Time (G.O.T) sentiasa meninggalkan jejak mereka. Sebelum ini saya hanya berhubung dengan Allah SWT dalam solat yang kadangkala ada culas dan melambat-lambatkan waktu solat kerana saya rasa saya ‘busy’ dan juga saya cari Allah SWT apabila saya dalam kesusahan.
Tetapi selepas saya tahu apa itu spiritual marketing dan spiritual branding, saya belajar untuk lebih bersyukur bukan sahaja dengan kejayaan saya malah bersyukur dengan kejayaan yang sahabat-sahabat saya perolehi. Allah SWT telah berjanji bahawa lebih banyak kita beryukur, lebih banyak Allah SWT akan tambah.
Sebagai seorang manusia, saya perlu memakai topi learner sehingga ke akhir hayat saya dan saya juga perlu bersabar dalam menjalani dan melalui proses pembelajaran & kehidupan seharian. Sifat sabar dalam menuntut ilmu boleh dipelajari daripada kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa AS (Surah Al-Kahfi). Pengajaran yang saya dapat dari kisah tersebut adalah tidak give up dengan guru.
Sehubungan dengan itu, saya perlu belajar untuk urus perkara-perkara dan perkataan-perkataan negatif yang saya lihat dan dengar setiap hari. Jika saya gagal untuk urus, saya telah menyebabkan diri saya menghidap penyakit-penyakit seperti di atas dan mengakibatkan kehidupan dan pembelajaran saya meninggal sebelum sampai ajal.
Akhir kata dari saya, dalam kehidupan ini kita diberikan peluang dan pilihan. Peluang datang dalam hidup hanya sekali, rebutlah peluang tersebut dan buatlah pilihan yang betul. Sekali anda gagal tak bemakna anda gagal selama-lamanya.”
Puan Nur Shahirah telah merasai nilai ilmu perkongsian Dr. Roket, formula demi formula yang relevan yang kian menggerakkan penulisan tesisnya kini. Tiada lagi sindrom M.A.L.A.S yang menggugat perkembangan tesis, membuatkan beliau lebih bersemangat meneruskan perjuangan bersama Dr. Roket. Lebih banyak formula efektif untuk anda di dalam Seminar Mudah Siap Tesis,
Hanya klik butang di bawah.
Join Channel Telegram Dr Roket untuk dapatkan sebarang tips, info program dan perkongsian manfaat yang lain.