Skip to main content
search
0

Berkat usaha dan semangat yang tinggi dalam bidang ilmu, Puan Hayati Jasmin telah berjaya lulus Viva dengan Minor Correction pada Selasa, 20 Oktober 2020 baru-baru ini! Berita gembira ini amat mengujakan dan disambut dengan ribuan ucapan tahniah oleh kaum keluarga, kenalan dan sahabat seperjuangan Platinum kepada Puan Hayati Jasmin, atas kejayaan penuh bermakna didalam hidup beliau. Istimewa kami bawakan untuk anda, perkongsian detik- detik kejayaan Viva Puan Hayati hingga beliau mengalirkan air mata kesyukuran:

“Alhamdulillah, syukur nikmat Allah beri, sebuah sejarah baru tercipta pada 20.10.2020. Tarikh yang bakal tersimpan kemas dalam ingatan. Detik yang dinantikan sepanjang 4 tahun ini. Alhamdulillah, saya telah lulus viva PhD saya yang dikendalikan bersama dua orang panel.

Sebenarnya sukar hendak di gambarkan perasaan Viva, tapi InshaaAllah saya akan cuba terjemahkan dalam penulisan ini, semoga memberi manfaat kepada setiap yang membaca.

Saya ceritakan serba sedikit tentang perjalanan Viva saya. Seperti yang sedia maklum, saya menyambung pengajian di University College London, UCL, UK. Perbezaan zon masa UK dan Malaysia adalah +8 jam.

Viva saya dijadualkan bermula pada pukul 1.30pm UK waktu UK bersamaan dengan 8.30pm waktu Malaysia. Alhamdulillah, bagi saya waktu ini sangat baik, memberi saya ruang untuk membuat persiapan akhir sebelum Viva. Walaupun Viva dijadualkan pada 20.10.2020, pukul 8.30pm, tapi saya telah mulakan Viva dalam fikiran dan hati saya lebih awal dari itu.

Saya latih hati dan minda masuk ke dalam mood Viva lebih awal. Saya rasa perkara ini perlu agar waktu Viva sebenar nanti, saya akan rasa lebih selesa dan tidak terganggu dengan perasaan cemas yang berlebihan, yang pastinya akan menganggu saya untuk berfikir lebih jelas sewaktu Viva sebenar berjalan. 

Ok, pada hari viva tersebut, saya bangun awal pagi seperti biasa, solat subuh, taddabur Quran beberapa ayat, kemudian keluar morning walk. Balik dari morning walk, breakfast dan dengar Morning Doc Dr. Roket.

Selesai sahaja slot Morning Doc, saya buat massive cleaning bilik. Persiapkan bilik biar cantik, bersih dan kemas, ini tempat kita nak melakar sejarah hari ini. Tapi tidaklah berlebihan, jangan sampai habis tenaga pula, cukup sekadar ibarat senaman ringan, kena simpan tenaga untuk berjuang malam nanti.

Senaman ringan perlu, sebab kita hendak lancarkan aliran darah, biar sampai segar otak kita untuk berfikir. Jadi senaman ringan saya adalah morning walk dan kemas bilik. Kemudian, tengah hari, saya tidur sebentar, ‘Qailullaih’. Itulah sedikit sebanyak tindakan-tindakan kecil yang saya lakukan sebelum viva.

Di sebelah petang pula, beberapa jam sebelum viva, saya mesej insan-insan yang rapat dengan saya yang telah banyak membantu perjalanan PhD saya selama ini, untuk mohon restu, doa dan mohon halalkan setiap masa yang mereka beri untuk saya selama ini.

Kemudian saya juga video call bersama penyelia saya untuk minta restu dan untuk dengar amanat terakhir dari beliau. Alhamdulillah, syukur nikmat Allah hadirkan penyelia yang sangat memahami dan membantu saya. Selepas itu, saya mohon restu dan doa dari mentor saya Dr. Mohd Khairul Nizam, keluarga Platinum Dr. Roket saya, mohon halalkan ilmu dan masa yang mereka berikan untuk saya semenjak saya bergelar salah seorang Platinum Dr. Roket.

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah beri, Allah jua sebaik-baik perancang, Allah hadirkan keluarga Platinum ini menemai saya di penghujung perjalanan PhD ini. Sokongan dan doa dari mereka tidak dapat saya gambarkan, MashaaAllah, hebat sungguh. 

Setelah itu, saya makan malam sedikit awal, sebab kena bagi ruang masa yang cukup untuk makanan di cerna sebelum Viva, bimbang bila makan dekat dengan Viva, nanti akan mengantuk pula kan. Usai, makan, saya solat maghrib jemaah bersama mak ayah, disambung dengan solat hajat dan baca Yassin bersama.

Alhamdulillah, inilah hikmah Covid19 dan PKP untuk saya. Pengakhiran perjuangan viva adalah disamping mak ayah tercinta. Meskipun ada cabaran-cabaran tersendiri asbab Covid19 ini, tapi seperti mentor saya selalu pesan, kecilkan cabaran dan besarkan solusi. Dan saya memilih untuk besarkan sisi positif dari Covid-19 dan PKP ini, Alhamdulillah.

Antara tindakan-tindakan lain, beberapa jam sebelum Viva, saya refresh semula mind set saya, masukkan fikiran-fikiran positif. Cara saya adalah dengan solat sunat taubat dan solat sunat.

Cara ini sangat membantu saya untuk submit syukur dan tawakkal sepenuhnya pada Allah SWT sebelum saya masuk ke detik viva sebenar, detik yang dinantikan selama ini. Alhamdulillah, usai solat, sebuah ketenangan masuk ke dalam diri, satu semangat luar biasa hadir ke dalam hari, dan katakan pada diri, mari kita lakukan yang terbaik, inilah saatnya.

Saya salam mak ayah saya mohon restu dan doa, dan masuk ke dalam bilik, dengan kalimah ‘bismillah’ Viva pun bermula. Alhamdulillah nikmat yang dah lama saya impikan, maklumlah selama ini saya berada jauh dari mak ayah, tidak pernah berpeluang menatap wajah dan salam tangan mak ayah sebelum menghadiri peperiksaan atau temu duga besar selama ini. 

Viva saya berlangsung selama lebih kurang 3 jam setengah. Alhamdulillah. If you asked how was my viva? I would say it was wonderful, an amazing experience. But, having sad wonderful doesn’t mean I was a super genius and answered all the questions correctly. I gave a mixture of good and bad or no answers.

Tapi apa yang penting bagaimana kita pandang situasi itu dan bagaimana kita respon pada situasi itu. Untuk itu, masa inilah pentingnya untuk kita punya mindset yang betul, mindset yang mampu tukar cabaran kepada peluang.

Masa inilah kita perlu buka mata hati untuk berlapang dada untuk menerima cadangan baru atau ilmu baru. Bila kita ada dua perkara ini, inshaaAllah, walaupun kita di hujani dengan seribu soalan yang mencabar, kita akan mampu kekal positif dan terus berikan jawapan-jawapan yang terbaik. Itulah yang saya rasakan saat itu. Dan itulah definisi a wonderful viva untuk saya. 

Sepanjang viva berjalan juga, saya tidak rasa keseorangan ‘defend‘ tesis saya, saya seolah-olah ada sayap-sayap yang memayungi saya di sepanjang Viva berlangsung, rasa seakan-akan doa-doa mak ayah dan sahabat-sahabat memayungi perjalanan Viva saya malam itu. Alhamdulillah, inilah nikmatnya bila kita ada sahabat-sahabat, circle yang sentisa bersama kita dan bersama-sama mendoakan kebaikan dan kejayaan sesama kita. 

Semasa Viva berlangsung, salah satu mindset yang saya pasang adalah, ‘I am having an in-depth intellectual discussion with experts in my field about my beloved thesis’. Jadi, saya kena buka mata dan hati seluasnya untuk menimba sebanyak-banyak ilmu dari perbincangan (viva) tersebut.

Alhamdulillah, daripada Viva tersebut, salah satu perkara paling berharga yang saya pelajari adalah, tentang ilmu. MashaaAllah, saya seakan menyaksikan betapa luasnya lautan ilmu di hadapan saya. Saya berpeluang belajar bagaimanakan cara untuk meneroka sesuatu bidang ilmu dengan lebih mendalam, cara untuk memahami ilmu dengan lebih baik, dan banyak lagi. InshaaAllah akan saya cuma amalkan selepas ini.

Baiklah, rasanya, cukup setakat itu dahulu saya ceritakan apa yang saya belajar dari Viva saya. Ada banyak lagi sebenarnya, Alhamdulillah. Jika kita terus mencari dan terbuka untuk belajar, InshaaAllah banyak ilmu dan hikmah yang menanti di hadapan.

Usai sahaja Viva, saya diminta untuk keluar dari bilik virtual Viva, untuk mereka berbincang tentang keputusan Viva saya, sama ada lulus atau tidak. Secara jujurnya, saya agak cemas sedikit menanti, agaknya sebab fokus sangat tadi, terlupa oh yang saya rupanya tengah Viva, nak tentukan lulus atau tidak PhD saya.

Dalam lebih kurang 5 ke 10 minit, examiners menjemput saya masuk semula ke bilik Viva, dan mereka pun umumkan yang saya telah lulus Viva with minor correction. Alhamdulillah, akhirnya mengalir juga air mata syukur dan gembira, yang juga menjadi saksi tamatnya perjalanan PhD saya selama 4 tahun 2 bulan. 

Alhamdulillah, sebuah pengalaman dan kenangan yang akan kekal dalam hati dan akan menjadi penyuluh jalan-jalan saya dihadapan kelak. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, untuk sebuah hadiah perjalanan yang cukup berharga ini.

Terima kasih kerana melalui platform PhD ini, Allah izinkan saya merasai indahNya hidup berTuhankan Allah SWT, merasai indahnya tarbiyyah dari Allah SWT dan merasai bahagia berteman dengan ilmu. Apa yang baik datang dari Allah SWT, yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. Ambil yang baik, yang tidak baik boleh di jadikan teladan. Semoga bermafaat.”

Doa demi doa dan tindakan-tindakan betul Puan Hayati Jasmin, akhirnya impian beliau bergelar Doktor akademik menjadi kenyataan. Pernah suatu ketika hampir berputus asa, Puan Hayati membuktikan dengan sokongan ibu bapa, keluarga, rakan seperjuangan dan mentor yang tepat, beliau berjaya Viva dengan begitu tenang bertunjangkan kebergantungan kepada Allah Ta’ala.

Ya, semuanya bermula dengan corak pemikiran yang betul semenjak langkah pertama. Klik disini https://t.me/drroket untuk Seminar Nak Ubah Tesis (NUT), agar PhD anda juga berakhir dengan Viva with Minor Correction!

Sekian,

Nur Hayati Jasmin

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x