
1 Day 1 Result Dr Roket – Tetamu Jemputan Terpilih Dr Nor Rosnita Binti Gani
Tetamu Jemputan Terpilih didalam slot 1 Day 1 Result Dr Roket kali pertama ini pada jam 5 petang di FB Page Dr Roket menampilkan Dr Nor Rosnita Binti Gani .
Beliau telah berjaya menamatkan pengajian PHD Syariah UKM (CSR Islam+Maqasid syariah) pada 8 November 2021 yang lepas. Wanita hebat ini juga merupakan seorang Pegawai JAKIM di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan telah berkhidmat daripada tahun 2006 dan merupakan isteri seorang diplomat di Jakarta.
Rakan sekerja beliau di JAKIM, iaitu Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud yang juga merupakan rakan Master beliau sebelumnya, agak terkejut dengan berita yang beliau akan VIVA. Sedangkan mereka sama-sama menyambung pengajian ketika itu. Mereka kerap berkongsi dan mengumpul artikel serta kerap menghadiri pelbagai jenis seminar bersama-sama. Boleh dengar perkongsian Ust Hariri tentang Dr Rosnita disini:
(https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=280822910606358) -minit 46:33 – 1:04:15)


Perjalanan PhD buatnya amatlah mencabar. 2 tahun berada di Jakarta rupanya beliau lost. Beliau hanya dapat hasilkan sebanyak 18 muka surat sahaja. Itupun cuma proposal tesis tersebut.
Beliau memberitahu bahawa keutamaan beliau sudah bertukar. Situasi itu agak memberi kesan kepada tesis beliau. Beliau tidak dapat menguruskan masa dengan sebaiknya antara tesis PhD, keluarga bersama anak-anak kecil dan tugasan persatuan sebagai isteri diplomat. Beliau banyak membaca tetapi tesis tidak tertulis, malah stuck di Bab 1. Tidak menetap di Malaysia menyebabkan beliau berada di dalam lonely planet dan jarang berjumpa SV. Jika pulang ke Malaysia, baru beliau boleh berjumpa SV.
Bagaimana perubahan tesis beliau bermula
Apabila merisaukan keadaan diri dan tesis yang sudah 2 tahun hanya 18 ms sahaja, beliau mula buat tindakan. Beliau kembali mencari “Dr Roket” rupanya.
Beliau pernah menyertai seminar sehari “Mudah Siap Tesis” (MST). Di dalam MST, beliau belajar formula dan cara memahami serta melihat bahawa journey PhD itu indah. Malah untuk menyiapkan tesis yang berkualiti itu juga adalah mudah.
Nak dijadikan cerita, semasa pandemik melanda dunia pada tahun 2020, beliau telah menyertai seminar Nak Ubah Tesis (N.U.T) pada 22 Mac 2020 secara online. Di dalam NUT, beliau belajar skill pengurusan thesis & life secara holistik dan lebih sistematik. NUT telah membantu tesis beliau bergerak 10%. Ilmu NUT sebenarnya membantu beliau menguruskan masa dengan komitmen beliau yang sangat sibuk sebagai isteri diplomat di Jakarta.
Selepas NUT, beliau nekad untuk meneruskan journey sebagai Platinum Dr Roket. Di dalam kelas yang telah disusun ini, Beliau belajar pelbagai formula, strategi, teknik dan skil untuk gerakkan tesis siap cepat, kurang 6 bulan didalam kelas Roket Intensive Class (RIC) serta didalam beberapa siri kelas yang lain.
Beliau hadir kelas Roket Intensive Class (RIC 1) pada 24-26 April 2020. RIC 1 telah membantu beliau untuk gerakkan tesis sebanyak 50%.
Seterusnya Roket Intensive Class 2 (RIC 2) pada 4-6 September 2020. Selepas RIC 2, tesis beliau telah bergerak 100%! Alhamdulillah, beliau telah berjaya hasilkan sebanyak 547 ms tesis.

Sebagai salah seorang Platinum Premier Dr Roket, beliau telah menggunakan peluang tersebut sebaiknya iaitu dengan memberikan 100% komitmen dan membuat tindakan demi tindakan hasil dari kelas dan tugasan mingguan dan bulanan serta pemantauan dan guidance secara berkala dengan Dr Roket.
Beliau telah menyertai program VIVAlicious Dr Roket. Vivalicious telah memberikan beliau persediaan yang baik sebelum masuk ke medan Viva sebenar. Beliau juga diantara TOP Presenter pada waktu itu.
Alhamdulillah beliau telah pun Viva pada 8 November 2021. Viva PhD beliau hanya berlaku dalam 1 jam sahaja dengan jumlah muka surat tesis PhD beliau sebanyak 10688 ms selepas menghantar untuk Viva.
Apa yang best dan bahagianya, beliau telah berjaya siapkan correction tesis PhD beliau hanya 1 hari sahaja! MasyaAllah.. Amazing kan? Sebab biasanya pelajar PhD mengambil masa yang agak lama untuk siapkan correction tesis. Alhamdulillah syukur. Bagaimana tu? Apa rahsianya?

Menurut beliau di dalam slot 1Day 1Result, kesemua hasil ini asbab dari PCM. Iaitu Proses- Circle- Mentor. Asbab dari PCM ini, beliau telah berjaya menamatkan pengajian PhD beliau dengan indah dan cemerlang. Beliau berjaya GBT (“Graduate Before Time”) iaitu habis awal dari sebelum cuti semester beliau. Istilah standard yang biasa kita dengar adalah “Graduate On Time (GOT)”. Itu dianggap pencapaian terbesar beliau kerana tiada wanita yang pernah menyiapkan tesis penuh dan menamatkan pelajaran sebelum masanya untuk jurusannya disitu. Alhamdulillah syukur!
Oleh kerana beliau berjaya tamatkan pelajaran sebelum masa, yuran pengajian beliau juga ditanggung dan tidak perlu dibayar balik. Duit yang dibekalkan oleh suaminya untuk itu, sudah menjadi satu hadiah untuk kejayaan yang dikecapi beliau. Siapa boleh menafikan kejayaan yang dikecapi beliau. Beliau juga merupakan seorang yang peramah dan rendah diri serta sangat menghormati dan menghargai insan lain.
Didalam perkongsian di FB, Beliau amat menghargai segala pengalaman yang dilalui bersama Dr Roket, malah sentiasa kongsikan kenangan- kenangan manis bersama rakan- rakan seperjuangan PhD terutamanya di dalam circle Platinum Dr Roket.
Kenangan dan kejayaannya pasti terpahat buat selama-lamanya dan menjadi inspirasi kepada ramai orang untuk merasai nikmat dan manisnya sebuah perjalanan PhD. Sesibuk mana pun anda, samada pegawai kerajaan ataupun swasta, masih ada peluang cerah untuk mencapai pekara yang dianggap mustahil dengan panduan dan sokongan yang betul sedari awal insyaAllah.
All the Best Dr Rosnita! Selamat menyumbang untuk ummah di lapangan Dr pada masa akan datang!
Ingin merasai pengalaman yang sama yang akan mengubah keseluruhan hidup dan tesis anda, boleh sertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) yang akan datang. NUT akan memberikan anda cara lihat dan fikir yang lebih holistik untuk segera siapkan tesis kurang 6 bulan. Ia bukan lagi mustahil. Hasil ilmu NUT jika diamalkan, akan membantu anda gerakkan tesis 10% terutamanya bagi anda yang sibuk dan banyak komitmen, insyaAllah.
Dapatkan tiket Seminar Nak Ubah Tesis pada 31 Disember – 2 Januari 2022 secara percuma sekarang dengan mendapatkan promosi kombo Roket Tools yang akan pelajari sewaktu seminar nanti. Roket Tools inilah antara “senjata” yang digunakan oleh Platinum Dr Roket secara agresif untuk membantu gerakkan tesis dan diri.
Klik link ini untuk dapatkan Roket Tools promo 12.12.21 :
Untuk menonton semula sesi Terjah VIVA sejurus selepas Viva Dr Rosnita, klik sini:
https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=280822910606358
Untuk mendengar Sharing 1 Day 1 Result serta Tips dan Nasihat Dr Rosnita klik sini:
https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/591604945407792
#DrRoket
#HabiskanApaYangDimulakan
#NakUbahTesis2021
#NUTDis2021