Perjalanan Master PhD tidak mudah. Ada orang habiskan masa selama 5 tahun, 7 tahun dan ada juga sehingga 10 tahun ataupun lebih. Situasi ini dihadapi oleh Puan Kaswamati Zakaria atau lebih dikenali sebagai Kak Kas, dari Universiti Utara Malaysia dan merupakan pelajar PhD dalam pengajian Islam. Kini beliau sudah berada dalam semester akhir iaitu semester 21 iaitu kira-kira 10 tahun dalam pengajian PhDnya.
Haaa dengar banyak kan sampai 21 semester dah. Jika dah berada pada semester ke-21 pastinya ada cabaran yang mengganggu journey pengajian PhD beliau. Nak tahu apa jom kita baca.
“Cabaran yang kak kas hadapi ini bagi Kak Kas sangat besar lah”, luah beliau. Hal ini demikian kerana dalam tempoh selama pengajiaannya , beliau tidak mampu untuk menyiapkan tesis dengan baik. Beliau menceritakan bahawa dirinya mengalami kesukaran mengenai apakah sebenarnya kajian yang beliau lakukan. Cik Puan Kasmawati langsung tak tahu apa yang perlu lakukan dan tidak nampak jalan yang mana dirinya perlu lalui.
“Pegang pen je tak boleh nak menulis, duduk depan laptop lama tapi tidak mampu nak menulis”
Bukan itu sahaja Kak Kas juga akui yang beliau tidak mempunyai sebarang strategi dan tidak mempunyai skill untuk menulis. Apa yang saya lihat adalah mereka tidak diajar cara yang betul untuk menulis. Dari perkara sebegini lah terjadinya “blur”. “Termenung saya sendirian tatkala Dr. Roket mengupas isu cabaran Pelajar Master PhD berpenyakit BLUR”, kongsi beliau.
Apa tidaknya, penyakit sedemikian juga pernah bersarang dalam diri Cik Puan Kasmawati. Rupanya selama ini beliau tidak keseorangan menghidapai penyakit ini kerana apa yang diperkatakan oleh Dr Roket merupakan pengalaman beliau menguruskan pelajar Master PhD sejak tahun 2012 hingga kini yang juga mempunyai penyakit yang sama.
Kemudian walaupun sudah berada 10 tahun dalam dunia PhD ini beliau masih merasakan sangat lonely. “kajian itu hanya kita yang fahami jadi bila kita ingin bertanya kepada orang lain tidak ada sesiapa yang memahaminya”, luah beliua. Situasi ini lah yang menimbulkan rasa lonely yang terjadi dalam diri dan pengajian PhD Cik Puan Kasmawati.
Cabaran lain yang mengganggu perjalanan pengajian PhD Cik Puan Kasmawati adalah disebabkan terlalu takut untuk berjumpa SV. “Tempoh pengajian Kak Kas menjadi drag disebabkan perkara ini”, ujar beliau. Apabila anda berstatus sebagai pelajar Master PhD adalah penting untuk sering berjumpa dengan SV kerana mereka inilah individu yang akan memeriksa progress anda. Jika ada kelompongan dalam kajian anda, tangan mereka yang akan menghulurkan bantuan.
Cabaran selama 10 tahun akhirnya Allah bantu Cik Puan Kasmawati dengan menyertai proses Dr Roket. “Selepas menyertai Dr Roket, Kak Kas seronok sangat berada dalam circle yang beliau bina ini”. Keseronokan tersebut Cik Puan Kasmawati rasakan kerana tidak ada lagi circle yang sangat positive beliau temui yang dapat menanding circle platinum. Sitiuasi memarahi, menengking dan lokek ilmu tidak ada dalam circle Dr Roket malah mereka lagi berlumba-lumba untuk membantu rakan platinum yang berada dalam kesusahan.
Kewujudan mentor juga antara perkara yang beliau syukuri selepas menyertai Dr Roket. Menurutnya, Dr Roket sebagai mentor sangat banyak membantu dalam memberi idea dan strategi dalam menggerakkan tesis para anak didiknya. Malah bukan sahaja positive, mentor ini juga mempunyai banyak result dan akan sentiasa akan guide dari semasa ke semasa.
Syukur syukur syukur, kini Cik Puan Kasmawati berjaya menghasilkan 26 deraf. Beliau mengatakan jika dibandingkan sebelum berjumpa dengan Dr Roket, Kak Kas tidak pernah print langsung tesis beliau. Alhamdulillah walaupun tempoh perjalanan PhD yang lama, Cik Puan Kasmawati berjaya mencari solusi untuk selesaikannya
Perkongsian dan tips yang Dr. Roket usulkan sememangnya berkesan. Jika anda ingin tips dari Dr Roket untuk menulis tesis cepat, jom klik disini untuk dapatkan E-Book 31 Panduan Tulis Tesis Cepat! >> https://drroket.com/e-book-31-panduan-tulis-tesis-cepat/