Berasal dari Sungai Petani Kedah merupakan seorang yang sangat peramah dengan loghat Kedah dan Kelantannya. Dr Faten merupakan Alumni SMKA Yan, UiTM TESL, dan mempunyai Master dari Newcastle University, UK ini mula menyambung pengajian PhD pada Januari 2014.
Perjalanan PhD beliau pada awalnya berjalan lancar. Malah pada tahun 2015, beliau berjaya mendapat “Confirmation Review” (Proposal Defense) without any corrections. Seterusnya beliau mula fokuskan pada bahagian pengumpulan dan pengulasan data.
Waktu ini cabaran mula datang silih berganti. Pengurusan masa dengan cabaran kesihatan, dan untuk sesuaikan diri sebagai ibu muda.
Sedar tak sedar, 2018- rupa-rupanya sudah 4 tahun berlalu, dan beliau hanya mempunyai 150 ms. Itupun hanya melibatkan chapter 1 & 3 sahaja. Waktu tu beliau mula gelisah dan berusaha mencari solusi. Beliau lakukan solat dan berdoa agar Allah mempertemukan beliau dengan solusi yang beliau perlu untuk habiskan PhD ini.
Beliau pernah mendengar berkenaan “Dr Roket” pada tahun 2018, dan kembali “terjumpa” di internet dan nekad untuk sertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 2019, namun hampa kerana seminar waktu itu hanya melalui offline. Nak dijadikan cerita, tahun 2020, sewaktu dunia dilanda COVID-19, hikmah PKP, beliau telah menyertai NUT pada 22 Mac 2020.
Balik dari NUT, beliau telah mendapat kunci semangat yang baru untuk #habiskanapayangdimulakan itu. Habis setakat NUT, dengan semangat dan azam yang baru, “Aku boleh buat ni, berbekalkan ilmu NUT, walaupun tak join sebagai Platinum”, bisik hatinya waktu tu.
Rupa-rupanya semangat tersebut hanya mampu bertahan dalam 1-2 minggu sahaja. Beliau kembali kepada keadaan beliau yang asal. Semangat semakin hilang, cabaran pengurusan masa, tiada support group dan mentor yang khusus. Beliau tidak tahu cara nak gerakkan tesis dengan cepat dan betul, malah merasa tidak yakin dan stress menulis Chapter 4 ( Findings and Discussion).
Beliau juga tidak tahu cara yang tepat dan pantas untuk cari LR (Literature Review) yang up to date, dan struggle dalam menulis discussion section kerana tidak pasti sama ada sudah buat ulasan secara kritikal atau tidak. Tempoh masa semakin pendek, tesis pula masih belum nampak bayang.
Sewaktu berlangsungnya Roket Intensive Class 1 (RIC 1), beliau nekad untuk meyertainya dan seterusnya meneruskan journey sebagai Platinum Dr Roket. Alhamdulillah didalam RIC 1, beliau telah mula nampak dan mendapat rentak untuk siapkan “seketul tesis” yang lengkap.
Syukur, dari 4 tahun tidak nampak bayang tesis. Selepas mengikuti siri kelas dan modul yang disusun sebagai Platinum Dr Roket, akhirnya dalam tempoh lebih kurang 2 bulan sahaja beliau sudah mampu tersenyum gembira memegang tesis penuh yang diidamkan selama ini.
Dr Faten antara yang aktif dan konsisten “follow” apa yang beliau dapat sebagai Platinum Premier Dr Roket. Maka tidak hairanlah progress beliau sangat laju, sekalipun tetap berhadapan dengan cabaran itu dan ini. Berbekalkan ilmu NUT pada peringkat awal dan mengekalkannya sehingga ke garisan penamat, kerana disitulah kunci segalanya untuk “Life & Thesis bergerak seiringan secara baik”.
Progres Dr Faten Najwa Binti Zamani
Perubahan yang bermula dari “mindset yang betul” yang dianggap remeh bagi sesetengah orang, sebenarnya mampu mengubah banyak perkara dalam hidup dan tesis.
Sekali lagi Dr Roket ingin mengucapkan tanniah di atas kejayaan Dr Faten Najwa Binti Zamani di The University of Sheffield. Keep being inspired and offer the best to the world always!.
Kisah ini telah membakar semangat anda untuk bergelar “GBT or GOT”? Terbaik! Sebaliknya, Jangan sedih, malu dan risau seandainya bayang GOT apatah lagi GBT tiada pun didalam kamus PhD Journey anda. Jadika kisah Dr Faten ini sebagai inspirasi untuk anda #HabiskanApaYangDimulakan. Ok?
Peluang terakhir anda untuk sertai Seminar Nak Ubah Tesis pada 31 Disember – 2 Januari di IDCC Shah Alam dan secara online (hybrid learning).
Dapatkan tiket NUT percuma anda di : https://bit.ly/TIKETNUT_NUT100
“BUAT JE JANGAN PERCAYA” – Dr Roket –

















