fbpx Skip to main content
search
0

Pada awalnya Puan Fakhitah Ridzuan hanya merancang untuk menyambung Master, namun penyelia menasihatkan beliau untuk terus mengambil PhD. Syukur Alhamdulillah, rezeki  beliau ditawarkan biasiswa untuk menyambung PhD ketika minggu pertama melangkah ke alam pekerjaan.

Dengan pengalaman yang kosong dalam bidang pascasiswazah, ditambah beliau yang terus bergelar pelajar PhD membuatkan beliau terpinga-pinga pada mulanya. Puan Fakhitah dahulunya tidak pasti bagaimanakah perjalanan PhD ini, apakah harapan terhadap pengajian ini dan bagaimanakah pengakhirannya?

Biarpun ayah beliau seorang pemegang PhD, namun beliau mengakui tidak tahu perkara yang perlu dibuat. Beliau hanya mengikut proses pendaftaran seperti biasa, menghadiri kelas dan mengetahui perlu menyiapkan tesis secara asas. Selebihnya beliau tidak tahu perlu melakukan apa.

Beliau berjumpa Dr. Roket tidak lama kemudian. Untuk pengetahuan, Dr. Roket adalah insan kedua yang beliau kenal selepas penyelia beliau, dalam dunia PhD ini. Daripada situ beliau mula mengenali pakar-pakar dalam Master PhD dan senior-senior secara tidak langsung.

Beliau mula memberi komitmen dalam seminar Dr. Roket yang beliau hadiri. Beliau mula berhasil meningkatkan bilangan muka surat tesis dari hari demi hari. Biarpun lepas berpantang, beliau berhasil menghantar deraf kepada penyelia, beliau langsung tidak menyangka mampu menyiapkannya dalam tempoh itu.

Beliau mahu segera menghabiskan perjalanan PhDnya bersama Dr. Roket,  demi tuntutan biasiswanya dan membantu lebih ramai bangsa Posgrad di luar sana. Klik disini untuk menonton sesi  temu bual istimewa bersama Puan Fakhitah Ridzuan >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/259448578904631

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x