fbpx Skip to main content
search
0

Puan Siti Farah Haryatie merupakan seorang ibu kepada 5 cahaya mata dan pensyarah di UITM Kelantan, hampir 13 tahun beliau telah bergelar pensyarah dalam bidang Matematik. Beliau kini bergelar pelajar PhD di UMP.

Beliau menyertai seminar Dr. Roket ketika mana belum mendaftar sebagai PhD, bersama-sama dengan 5 adik beradik beliau. Beliau yang hadir dari Kelantan ke seminar yang berlangsung di Kedah, pada mulanya hanya ingin mengetahui mengenai Dr. Roket tanpa belum ada niat menyambung pengajian atas faktor PJJ bersama suami.

Selepas menyertai GEMPUR, barulah beliau menyedari kepentingan pengajian PhD kepada beliau, tambahan pula beliau bergelar pensyarah ketika itu bagi laluan akademik dan perkembangan kerjaya. Dr. Roket berjaya mengubah corak pemikiran beliau ketika itu dan menjadi lebih positif.

Selepas menyertai RIC 1, beliau mula mendalami ilmu memilih penyelia dan mengaplikasikannya. Biarpun berdepan cabaran terpaksa menukar penyelia dan bidang, beliau masih berhasil menghasilkan deraf tesis kedua selepas menyertai RIC2.

Syukur beliau berjaya mendapatkan penyelia yang terbaik dan benar-benar dapat membantu beliau. Selepas itu baru beliau menyedari bahawa pentingnya membuat persediaan awal sebelum meyambung pengajian. Beliau telah pun mendaftar Platinum bersama 4 adik beradiknya yang lain.

Pengurusan masa beliau antara keluarga, kerjaya dan tesis kini semakin teratur dan berjaya menguruskan dengan baik. Klik disini untuk mengetahui perkembangan PhD Puan Farah selepas bersama Dr. Roket >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/838180697038400

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x