Puan Aliza Rahman merupakan seorang ibu kepada 3 cahaya mata, jururawat, dan juga tenaga pengajar di UNISZA hampir 8 tahun. Beliau pernah mendapat tawaran diploma kejururawatan di Alor Setar dan pernah berkhidmat di sebuah hospital ketenteraan selama hampir 13 tahun.
Arwah ayah beliau pada mulanya tidak bersetuju beliau memilih bidang ini, dan pernah memanggilnya pulang ke Terengganu selepas tamat Ijazah Sarjaa Muda. Beliau padaalnya buat tidak tahu sahaja, sehinggalah ayahnya dijemput Illahi tidak lama selepas itu.
Beliau menghadapi cabaran untuk memberi perhatian kepada keluarga dan ibunya. Akhirnya buntuk beliau mengambil keputusan untuk menetap di Terengganu, dan mendapat rezeki bergelar pensyarah di UNISZA. Beliau tidak pernah terfikir akan menjadi pensyara disini, namun menerima rezeki dengan hati yang lapang.
Dalam bergelar pensyarah beliau berdepan dengan cabaran anak-anak yang sedang membesar. Ketika itu beliau menyambung pengajian Master, beliau dipertanggungjawabkan memegang pelbagai jawatan bukan sahaja di fakulti, malahan di hospital UNISZA. Beliau nekad menyiapkan Master demi kerjayanya.
Beliau berjumpa Dr. Roket secara maya dan mula mengikuti Mudahnya Siapkan Tesis seterusnya NUT. Hasilnya beliau lebih teratur dalam menguruskan masa keluarga, kerja dan tesis. Yang paling ketara adalah beliau tidak lagi meninggalkan tesisnya walaupun sehari, dan bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami komitmen dalan Master.
Semangat beliau dalam pengajian semakin meningkat dan beliau tetap membawa deraf tesis ke pejabat, agar tidak terpisah dengan tesis. Beliau mula mempelajari formula-formula Dr. Roket, mengaplikasikan dan merasai sendiri keberkesanannya.
Beliau berjaya menyiapkan deraf tesis tidak lama selepas menyertai Rocket Intensive Class 1. Beliau sebelum ini pernah tersekat dalam pengajian selama hampir setahun dan tidak menyangka dengan pencapaian ini.
Ingin mengetahui lebih lanjut pencapaian pensyarah ini selepas itu? Klik disini untuk menonton sesi temu bual istomewa Dr. Mardiana Mat Ishak bersama Puan Aliza Rahman >> https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/1721499781344461