In Am Nabila binti Mohd Hashim atau lebih dikenali sebagai Nabila Hashim di kalangan circle platinum Dr Roket baru sahaja menghabiskan peringkat Master di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. Beliau mengikuti Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada Mac 2020. Dan alhamdulillah kini berjaya mendapatkan surat senat daripada pengajian Master beliau dan beliau telah menerima surat tawaran untuk menyambung PhD pada September ini. Sebelum kemanisan yang beliau rasakan ini, ada penyakit yang beliau hadapi dalam pengajian Master pelajar Ekonomi dan Perbankkan Islam ini.
Anda nak tahu tak apakah penyakit yang Cik Puan Nabila Hashim hadapi sebelum NUT. Beliau menceritakan ketika belau mengikuti NUT, cabaran yang dihadapi tidak lah seberapa besar jika dibandingkan dengan platinum yang lain. Namun untuk cik Puan Nabila Hashim penyakit kronik yang dihidapi adalah time management ataupun pengurusan masa. Ketika beliau mengikuti NUT 2020, pada ketika itu jugalah diumumkan lockdown 1.0 di negara kita. “Pada 22 Mac 2020 NUT dianjurkan, pada ketika itu saya mengikuti NUT hanya untuk suka-suka lah”
Niat yang suka-suka itu sebenarnya terselit untuk mencari alat bantuan untuk beliau kekalkan momentum untuk menulis. Apabila mengikuti NUT ketika itu, beliau mula merasai pengurusan masa berubah menjadi sangat teratur. Asbab beliau boleh berkata sedemikian adalah slot TM 168 yang mana menjadi kunci kepada perubahan pengurusan masa beliau. “Selepas sahaja NUT, memang cabaran besar saya telah habis” ujar beliau ketika sesi live episode 6, Merdekakan Tesisku sabtu lalu.
Beliau sangat kagum kerananselepas hanya mengikuti NUT, pengurusan masa beliau memang menjadi lebih teratur dan beliau telah mengetahui bagaimana nak gerakkan tesis pada ketika itu. Nampak ke nampak bahawa NUT sememangnya sangat efektif untuk pelajar Master PhD yang tengah struggle dengan cabaran yang dihadapi. Beliau berkongsi sebelum NUT, beliau memang sudah selesaikan bab 1 hingga bab 5 dengan bilangan muka surat sebanyak 80 halaman, cumanya pada ketika itu masih banyak kelompongan pada tesis beliau. Akibat daripada kelompongan yang dihadapi itu penyelia beliau tidak membenarkan untuk Cik Puan Nabila Hashim submit notis.
Namun ianya berubah selepas beliau mengikuti NUT pada Mac dimana beliau membuat keputusan yang bijak dengan mengikuti program platinum. Untuk pengetahuan beliau diterima menjadi platinum pada bulan April 2020. Setelah sahaja menjadi platinum Dr Roket, beliau dapat keistimewaan dengan mendapat akses ke program RIC 1. Habis sahaja RIC 1 beliau berjaya siapkan deraf pertama beliau dan terus berevolusi sehinggalah 3 bulan. Pada bulan Julai tersebut penyelia beliau benarkan Cik Puan Nabila untuk submit notis bagi menghantar full thesis kepada fakulti. Beliau berjaya menghantar full thesis untuk viva dan alhamdulillah pada bulan Januari 2021, beliau berjaya lulus dalam peperiksaan viva.
Nabila Hashim menceritakan beliau melakukan pembetulan pada bulan febuari dan beliau menghantar untuk tujuan hardbound pada Mac dan akhirnya nama beliau masuk dalam meeting senat fakulti dalam bulan April. Alhamdulillah pada Mei 2021, beliau mendapat surat sunat untuk Master of Philosophy pengajian Master beliau. Syukur syukur syukur dari hanya suka-suka ikuti NUT menjadi senjata perubahan drastik Cik Puan Nabila Hashim

Perubahan pages beliau sebelum mengikuti NUT hanyalah 80 muka surat dengan mempunyai banyak kelompongan tetapi semuanya berubah selepas beliau mendapat #VaksinAstraNUT. Dari 2 angka menjadi 3 angka bagi muka surat tesis beliau. Dari lompong terus ditutup dengan idea-idea yang didapati selepas mengikuti NUT. Apa yang menarik mengenai beliau adalah momentum beliau untuk menulis tesis masih kukuh walaupun ketika musim PKP ini. Beliau tidak menjadikannya alasan untuk terus bersenang-lenang.
“NUT online yang dianjurkan oleh Dr Roket dan 2M World bagi saya adalah sangat berbaloi”
Nabila Hashim
Nak tahu tak apa rahsia kejayaan tesis beliau, Roket Tools. Untuk Roket Research Diary (RRD) sahaja beliau mempunyai 3 buah buku dan didalam nya penuh terisi dengan pelan perjalanan Master beliau, di ruang belajar pula terlekat ARMP Chart sebagai panduan untuk penulisan tesis beliau. RRD beliau yang ketiga sudah digunakan untuk journey PhD beliau nanti. Amazing nya tindakan betul yang Cik Puan Nabila Hashim lakukan ini. Jika anda nak tahu apa secret weapon RRD dan ARMP Chart yang banyak membantu para platinum Dr Roket menggerakkan tesis mereka, kenalah join Platinum. Hehehehe