fbpx Skip to main content
search
0

Perjalanan Master PhD semestinya mencabar dan menguji kemampuan para penuntutnya. Bersama- sama mentor yang tepat dalam memberi tunjuk ajar dan membangkitkan motivasi, pasti anda akan merasai perubahan positif dan pengalaman berharga. Tambahan pula berada didalam satu circle group yang proaktif dan banyak membantu, anda berpeluang bertukar-tukar ilmu dan kepakaran seperti yang dilalui oleh Platinum Dr. Roket, Puan Ainoor Nik Ain ini. Ikuti pengalaman beliau bertemu dan menuntut ilmu daripada mentor yang begitu mahir:

“Syukur alhamdulillah pada tanggal 17 dan 18 Oktober yang lalu saya telah menghadiri seminar virtual Dr. Roket bersama dengan rakan Platinum yang lain.

Bermula pada pukul sembilan pagi dan berakhir pada pukul empat setengah petang. Ini merupakan kali ketiga saya menyertai bengkel tersebut bersama dengan rakan Platinum yang lain. Sepanjang bengkel tersebut dijalankan, saya berkesempatan untuk membuat latihan bersama video yang disiarkan.

Berbekalkan buku panduan yang telah dibekalkan, tips dan ilmu yang dikongsikan amat jelas. Banyak AHA yang saya peroleh kali ini. Buat makluman semua, seminar kali ini amat berbeza kerana hari pertama adalah tontonan ulang tayang video yang telah di siarkan sebelum ini tetapi kemudian pada hari yang berikutnya iaitu pada hari ahad terdapat sesi soal jawab antara rakan-rakan RCMP yang hebat.

Barisan rakan-rakan RCMP yang terdiri daripada 17 orang coach yang memang otai dalam penggunaan tools. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Dr. Roket, Dr. Mardiana, tim Dr. Roket dan semua para Coach dan yang telah bertungkus lumus membantu menjayakannya.

Saya amat bersyukur kerana ia merupakan satu peluang keemasan untuk merungkai segala persoalan yang bermain didalam minda sebelum ini.  Seminar virtual ini pada kali ini amat padat dengan info dan tips yang sangat berguna sebagai bangsa posgrad. InsyaAllah, saya tidak akan sia-siakan ilmu yang telah dikongsikan.

Tindakan betul saya ialah kita harus mempraktiskannya kerana ia merupakan kunci kereta Ferari yang boleh melajukan penulisan tesis kita. Semoga perjalanan PhD kita, Allah SWT permudahkan segala urusan. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada tim Dr. Roket yang memilih saya untuk memberikan maklum balas dan ucapan penghargaan ini.”

Hikmah Puan Ainoor Nik Ain mempercayai proses mentor pengurusan Master PhD nombor satu Malaysia; Dr. Roket, pelbagai AHA dan ilmu yang beliau perolehi. Bukan sahaja beliau berjaya merungkaikan persoalan yang bersarang didalam fikiran berkat bimbingan circle group yang begitu komited, malah pelbagai pengalaman berharga sepanjang menyertai seminar. Anda berpeluang merasai pengalaman berharga Master PhD bersama Dr. Roket dan para Platinum yang luar biasa,  didalam seminar virtual Nak Ubah Tesis Disember ini. Klik sahaja disini untuk mendaftar : http://t.me/drroket  .

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x