fbpx Skip to main content
search
0

Jangan mudah menilai sesuatu hanya daripada luaran.

Inilah yang menjadi faktor kepercayaan Puan Kaswamati Zakaria, dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengikuti seminar Mudahnya Siapnya Tesis (MST). Berkat beliau membuang perasaan skeptikal, beliau merasai sendiri keberkesanan tips dan ilmu yang Dr Roket kongsikan secara mingguan. Beliau mengutarakan perasaan positifnya mengikuti MST buat kali kedua, sebagai inspirasi buat anda yang belum pernah sertainya.

Jom teruskan pembacaan di bawah.

“Termenung saya sendirian tatkala Dr Roket mengupas isu cabaran Pelajar Master PhD berpenyakit BLUR. Apa tidaknya, penyakit sedemikian juga pernah bersarang dalam diri saya. Rupanya saya tidak keseorangan menghidapi penyakit ini kerana apa yang diperkatakan oleh Dr Roket merupakan pengalaman beliau menguruskan pelajar Master PhD sejak tahun 2012 hingga kini yang juga mempunyai penyakit yang sama.

Inilah antara ‘push factor’ yang mendorong saya mengikuti MST bukan sahaja untuk kali ke-2, malah akan saya ikuti untuk sesi-sesi berikutnya juga. Jangan dilihat pada nama program ini tetapi lihatlah pada kandungannya. Saya juga turut terperdaya oleh kata-kata halus pada mulanya kerana beranggapan bahawa pengisian yang sama setiap minggu. Oleh sebab sakit ‘blur’ saya agak parah, jadi saya kuatkan semangat untuk mengikuti kali kedua dengan alasan untuk ‘recharge’. Ternyata, sangkaan saya meleset sama sekali.

Minggu kedua mengikuti MST, saya dapati Dr Roket membawa pengisisan berbeza sama sekali daripada minggu pertama. Pada kali ini, Dr Roket menyediakan formula yang mudah diingati dan diikuti oleh pelajar. Formula yang diajar sangat dekat dengan pelajar untuk menyedarkan mereka tentang tanggungjawab dan perkara yang perlu diperbaiki oleh seorang pelajar, iaitu corak pemikiran yang betul, tingkah laku seorang pelajar, sistem yang membantu dan Allah sebagai sandaran. Formula tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa lagi formula yang diajar dalam program khas bersama Dr Roket.

Selain itu, sesi MST turut menampilkan video temu ramah Dr Roket bersama beberapa orang Platinum yang menghasilkan ‘result’ setelah mengikuti proses bersama Dr. Roket. Sesi temu ramah ini merupakan perkongsian pengalaman mereka selama dipantau oleh Dr Roket. Melihat keceriaan dan kegembiraan di wajah masing-masing serta kelancaran mereka melontarkan kata-kata menambahkan lagi keyakinan saya terhadap proses Dr Roket.

Yang paling ‘best’ sekali ialah MST diadakan secara dalam talian. Saya dapat menjimatkan masa, tenaga malah juga wang untuk pergi ke tempat program di mana impaknya adalah sama oleh sebab ‘energy’ yang dibawa oleh Dr Roket mampu menggegarkan jiwa pelajar yang kelayuan. Saya yakin, inilah hikmah Covid-19 yang Allah turunkan di muka bumi. Andainya tiada program online sebegini, tidak mungkin saya mengenali Dr Roket dengan Mata Lebah.

Tabik saya kepada Dr Roket yang sentiasa cakna dengan cabaran pelajar. Keputusan Dr Roket untuk mengadakan MST setiap minggu secara konsisten sangat tepat kerana sesi sebegini sangat dinanti-nantikan oleh pelajar Master PhD untuk mengekalkan momentum belajar mereka terutamanya dari sudut emosi. Sedangkan iman manusia yang semestinya dijaga juga ada turun dan naik, inikan pula urusan dunia yang sudah pasti ada pasang surutnya. MST selayaknya umpama supplimen bagi menguatkan imunisasi minda untuk kekal dalam posisi yang positif.

Terima kasih juga saya ucapkan kerana mengadakan secara percuma untuk ilmu yang seluas lautan ini. Semoga Allah memberi ganjaran atas usaha Dr Roket dan tim serta dikurniakan kemudahan, kelapangan masa serta rezeki yang melimpah ruah atas usaha yang sangat ikhlas ini.”

Formula demi formula istimewa hanya boleh anda pelajari secara ekslusif di Seminar Mudah Siapkan Tesis. Sekiranya anda berminat untuk sertai program MST ini, boleh klik di bawah.

SEMINAR MUDAH SIAP TESIS

Join Channel Telegram Dr Roket untuk dapatkan sebarang tips, info program dan perkongsian manfaat yang lain.

TELEGRAM DR ROKET
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x