Ilmu hendaklah beserta amalan, inilah yang dinamakan dengan Tindakan- tindakan Betul (TTB). Kami berbesar hati untuk berkongsikan penulisan daripada seorang Platinum X yang kami baru terima, mengenai impak luar biasa beliau setelah menghadiri Seminar Nak Ubah Tesis dan mempraktikkannya secara konsisten:
“Subhanallah terima kasih Dr. Roket. Syukur yang tidak terhingga kerana diberikan peluang untuk menjadi sebahagian besar keluarga Platinum.
Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah sejarah perjalanan Dr. Roket dalam mewujudkan Platinum. Pengajaran yang saya dapat hasil daripada perkongsian tersebut ialah:
It’s a process. Siapa yang bersabar, dan belajar daripada proses, sentiasa pertingkatkan diri, upgrade dan raise standard, InsyaAllah berjaya. Jangan berputus asa.
Walaupun baru menyertai Seminar Virtual Nak Ubah Tesis Merdeka tempoh hari, namun syukur Alhamdulillah saya dapat banyak impak dan perubahan daripada Dr. Roket:
Bak kata orang, saya dahulunya hangat-hangat tahi ayam apabila menyentuh isu latihan pengajian. Banyak biawak yang saya ternak. Terutamanya beralasan nak siapkan diri, tiada kasut yang sesuailah dan pelbagai alasan. Bahasa mudahnya, saya malas hendak keluar rumah untuk beriadah. Tetapi sekarang apabila tidak keluar untuk brisk walking, rasa lemau sahaja badan.
Kalau dulu saya memang mendahulukan satu tangan sahaja untuk buat kerja, contoh menggosok gigi dan cerita guna tangan satu lagi memang hampir mustahil. Tapi kini saya boleh gosok gigi menggunakan 2-2 tangan. Dan barulah saya faham kenapa Islam suruh masuk rumah dengan menggunakan kaki kanan, keluar rumah menggunakan kaki kiri. Ikat tali kasut juga kalau dulu saya mendahulukan kaki kanan, kali ni saya bertukar kaki kanan.
Alhamdulillah, saya semakin kerap sujud syukur. Malah anak-anak pun sudah terikut-ikut. Dapat tahu berita seronok sahaja terus sujud. Akibatnya, saya jadi begitu bertenaga. Kesannya, corak pemikiran saya pun sudah semakin berubah ke arah positif.
Selain itu, jikalau sebelum ini saya tidak tahu macam mana hendak bercakap dengan penyelia. Alhamdulillah sekarang saya pula mendapat adrenaline rush kerana penyelia sering memberi tunjuk ajar melalui bahan-bahan artikel dan video yang berkaitan.
Daripada aspek kekeluargaan, hubungan bersama ibu bapa menjadi sangat-sangat baik Alhamdulillah. Selama ini memang sentiasa mendoakan, tetapi menghubungi atau menghantar mesej seminggu sekali sahaja rasanya. Tetapi sekarang ini tiap-tiap hari berhubung. Sehingga ada satu hari saya terlambat menghantar mesej disebabkan habis bateri. Mama sudah mula risau dan bertanya dengan adik.
Deraf pertama masih dalam proses, asbab muka suratnya walaupun sudah cukup (melalui info daripada penyelia). Tetapi Dr. Roket suruh saya mematuhi arahan senior dan menghubungi CRMP. Menakjubkan, saya tidak meraung tertonggeng kali ni Dr. Roket. Sebaliknya saya mencabar diri, ini perubahan diri yang saya kagumi secara tidak langsung.”
Tindakan- tindakan betul (TTB) yang dilakukan sememangnya memberi impak kepada Platinum Dr. Roket. Bukan sahaja penulisan tesis mereka semakin meningkat, malahan pelbagai aspek kehidupan mereka bertambah baik. Untuk Anda yang sedang tempoh pengajian master dan Phd Klik disini untuk lebih banyak TTB yang membantu pengurusan pengajian dan kehidupan anda: http://t.me/drroket .
Dapatkan lebih banyak penulisan online menarik dan kreatif, buat motivasi dan inspirasi anda dengan melayari dan ikuti #penacikbungaliana !