Skip to main content

“Alhamdulillah, syukur Allah SWT bagi peluang untuk menitipkan sesuatu di sini berkenaan persediaan ke Viva saya tidak lama lagi. Alhamdulillah saya telah mendapat tarikh Viva pada 1 Disember 2020, kira-kira 20 hari sebelum tarikh Viva saya.

Syukur sangat Allah SWT memberi saya peluang yang sangat besar untuk saya membuat pembentangan pada hari Viva nanti.

Viva ini sebagai penunjuk saya akan mengakhiri PhD saya dengan jayanya. Syukur pada Allah SWT, saya terus turun sujud syukur.

Saya tahu, jika saya tidak berada di dalam proses ini, saya mungkin tidak akan dapat lagi tarikh Viva dan mungkin akan tertangguh lagi. Kawan satu makmal saya yang sudah hantar tesis sebulan lebih awal daripada saya belum memperolehi tarikh Viva.

Saya sangat beruntung kerana saya masih lagi berada di dalam proses ini pada saat saya sedang menanti tarikh Viva. Sebelum saya mendapat tarikh Viva, persiapan saya sebanyak 40% peratus, itupun kerana hasil daripada proses Dr Roket.

Jujur saya katakan bahawa persiapan saya untuk Viva adalah pada Ogos 2019 (1 tahun 4 bulan), iaitu ketika Vivalicious 2019, Vivalicious pertama yang sangat memberi impak kepada saya.

Sebaik sahaja habis Vivalicious 2019, pada saat itulah saya mulai nampak pintu Viva saya dan ketika itu saya berada di dalam semester yang ke-14.

Saya faham, banyak sebab kenapa Allah SWT takdirkan saya melihat pintu Viva pada saat pengajian saya sedang nazak. AllahuAkbar!

Kawan saya, Puan Tasnim Ismail yang baik hati dan mahu untuk bantu saya siapkan Dream Board Viva saya. Sangat indah dan cantik Board tersebut sehingga saya berasa tidak sabar-sabar untuk Viva.

Tarikh idaman Viva yang saya tetapkan pada tarikh tersebut adalah pada 30 November 2020. Dalam hati saya; ‘Seronoknya jika aku dapat Viva pada hari tersebut! Namun, Allah SWT lebih mengetahui kenapa aku tidak dapat tarikh Viva pada tarikh impian itu’.

Setelah visualisasikan tarikh Viva, ia telah dilaksanakan melalui tindakan-tindakan saya.

Penyelia sangat kagum dengan presentation slide, tidak banyak pembetulan daripada penyelia. AHA sangat kerana slide show telah pun selesai.

Kerana semangat berkobar-kobar, saya terus email kepada staf SGS (School of Graduate Studies) untuk penentuan tarikh Viva. Saya telah pun follow up staff Postgrad siswazah, bilakah tarikh Viva saya? Email pertama kepada staff, tidak terbalas, email kedua juga tidak terbalas. Tetapi dua orang examiner telah menghantar report peperiksaan tesis saya. Syukur ya Allah Taala, di dalam hati, InsyaAllah tidak lama lagi ini email ketiga kepada staff, saya memuji staff kerana beliau telah follow up examiner.

Memang betul sangkaan, selepas sehari selepas tu, terus saya mendapat email daripada pihak mengatakan tarikh Viva 21 Disember 2020. Subhanallah! AllahuAkbar, tidak tahu nak rasa apa, saya minta tarikh Viva, dan Allah SWT bagi. Menangis diri ini, empat hari empat malam terkejut. Ketika itu macam-macam yang saya lakukan, saya sedekah tiada tahun, menunjukkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT saban tahun pengajian PhD ini.

Syukur tahun 2020 adalah tahun penutup PhD saya. Moga Allah Ta’ala mudahkan perjalanan yang penuh liku onak dan duri. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu penderitaan ‘neraka PhD’ ini. Terima kasih Dr. Khairul Nizam, guru yang banyak memberi tunjuk ajar, dorongan dan semangat dan juga membesarkan impian-impian saya.

Terima kasih suami Muhamad Fahmi Hassan yang sabar dalam mengharungi perjalanan PhD ini bersama-sama. Terima kepada ibu kesayangan Puan Hajah Norlida binti Ismail, ayahanda Hj. Shakirin bin Omar yang telah membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan sehingga kini. Terima kasih rakan Platinum yang sangat dekat di hati saya, yang sentiasa menjadi bahu untuk saya ketika hidup saya berada dalam kesukaran. Sungguh besar jasa mereka  Platinum yang telah dididik oleh mentor Dr. Khairul Nizam untuk sentiasa bantu membantu, mendoakan sesama kami. Sungguh indah berada di dalam circle ini”.

Inginkan bimbingan dan bantuan dalam akademik ‘journey’ anda? Jom bersama Dr Roket, tekan button di bawah.

WEBSITE DR ROKET
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x