Tanggal 10 Disember 2020 bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, merupakan tarikh amat bersejarah buat Dr. Norhanani Abdul Rahman. Beliau berjaya menamatkan pengajian PhD Kejuruteraan Elektrik dengan Viva sangat delicious. Ini adalah pengalaman berharga beliau buat inspirasi semua:
“Setelah pengerusi mengumumkan, “Congratulations… you pass your Viva with ….”. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran, sujud syukur saya di dalam bilik Viva yang menjadi saksi keperitan selama 4 tahun, akhirnya terbalas. Allah Maha Besar, tiada ucapan yang dapat saya ucapkan melainkan “tiada daya upayaku melainkan dengan izin Allah”.
Hari Viva pada 10 Disember 2020 merupakan hari anugerah daripada Allah SWT kerana sepanjang hari itu banyak perkara yang tidak terjangka berlaku. Berpuasa sunat pada hari khamis atas nasihat ibu, saya mahu merasai nikmat bagaimana perjuangan Rasulullah SAW ketika di perang Badar dalam perjuangan Viva saya. Masya Allah, nikmat Vivalicious itu rasa dapat dikecapi. Tempoh Viva yang saya rasakan begitu singkat dan menenangkan.
External Examiner yang melontarkan banyak pandangan bak seorang ayah memberi nasihat lembut pada anaknya. Internal examiner yang tersenyum-senyum bertanya dan beri cadangan. Pengerusi yang memuji dan santai malah penyelia saya sendiri mencelah semasa sesi Q & A untuk memberi hujah pengukuhan. Allah, Allah, Allah…
Viva saya turut disaksikan oleh sahabat Platinum Pn. Siti Huzaimah dan Pn. Noor Ropidah sebagai peneman sepanjang sesi tersebut. Jika mengikut peraturan Pusat Pengajian Siswazah pemerhati tidak dibenarkan mengikuti sesi Viva, tetapi kuasa Allah SWT. Benar kata mentor mengenai Unfair advantages, sebagaimana yang dialami oleh Dr. Nur Ashikin Marzuki dan Dr. Mazidah Rejab itulah yang saya alami semasa Viva saya.
Sebagaimana langkah perjalanan PhD saya hampir sampai ke destinasinya adalah berdirinya di sebalik saya seorang mentor, Dr Roket. Jika diimbas semula sekiranya saya tidak membuat keputusan untuk menyertai seminar Gempur pada 28 Disember 2019, mungkin saya tidak akan meraih kejayaan Viva pada hari ini. Banyak perkara Dr Roket ajar mengenai mindset, pengurusan masa, formula-formula melajukan tesis dan banyak lagi terutama pendekatan aspek spiritual.
Tekad saya untuk sertai Platinum adalah pilihan terbaik kerana saya telah melalui proses yang beri terlalu banyak input dan dikelilingi circle yang positif. Ilmu-ilmu yang Dr Roket ajar semasa seminar, sesi zoom, Morning Doc saya praktikkan. Banyak, terlalu banyak ilmu yang Dr Roket sampaikan, hanya tindakan yang perlu kita gerakkan untuk kita capai perkara yang kita mahukan.
Pada kesempatan ini saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Mentor Dr. Mohd Khairul Nizam, Dr. Mardiana, Tim 2M World, adik beradik Platinum yang telah memberikan kejutan sambutan meraikan Viva saya. Kiriman doa-doa kalian, telah membantu sepanjang Viva saya. Ketenangan yang saya rasai semenjak sebelum Viva lagi, bila Allah beri nikmat coaching bersama Mentor sehari sebelum Viva. Malah ketenangan itu kekal sehingga ke hari Viva.
Kejayaan saya hari ini adalah sokongan, doa dan restu daripada suami, Mohd Syahrizad Elias, anak -anak, abah, mak, ibu mertua saya dan semua adik beradik serta kenalan saya. Sebagaimana niat suami saya yang mahukan saya belajar sesuatu di sepanjang perjalanan PhD dan melihat sesuatu yang jauh ke hadapan, mulai terlaksana apabila semua itu saya perolehi dalam proses Dr Roket. Saya amat bersyukur dikurniakan penyelia yang sangat baik dan memahami serta Co-SV yang banyak membantu terutama dalam pengambilan data eksperimen.
Jauh di dalam sudut hati, lipatan doa buat semua terutama Dr Roket dan tim, semua yang telah mendoakan saya. Moga Allah Ta’ala balas segala kebaikan yang diberikan oleh kalian semua dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Allah, tempatkan Mentorku di tempat yang tertinggi disisiNya, berjiran dengan Rasulullah SAW di syurga Firdaus. Moga Allah peliharalah Mentorku. Allahumma Ameen. Terima kasih semua.”
Ucapan kesyukuran beliau dipanjatkan dengan ikhlas sempena kejayaan Viva, khas buat mereka yang tersayang yang begitu mengharapkan kejayaan beliau di dalam dunia PhD. Tidak mensia-siakan ilmu yang beliau pelajari bersama Dr Roket, hasilnya beliau menjadi antara bangsa Postgrad yang berjaya Viva sebelum tahun 2020 melabukan tirainya. Mahu tonton detik berharga Viva beliau, klik sahaja di sini:
Sebelum: https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/1148526722199091
Selepas: https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/144137970518190