Selepas hujan turun, pasti akan menjelma pelangi yang indah. Setiap kesedihan, pasti akan muncul penawar dan kegembiraan. Kisah perjuangan sejati Platinum Dr. Roket, Puan Zeti Yusmira bagi menunaikan hasrat dan impian ibunda tercinta kini kian menjadi kenyataan. Ikuti perkembangan menakjubkan beliau berkat berjumpa mengikuti proses Dr. Roket:
“Saat ini merenung kembali keadaan tesis saya ketika tahun 2019. Tiada kalimah lain, hanya syukur Alhamdulillah atas izin-Nya pada hari ini, saya bersyukur berkat menonton ilmu Morning Doc bahawa saya percaya dan yakin dapat selesaikan tesis PhD dengan kadar segera.
Alhamdulillah pada jam 5.15 petang saya menyiapkan deraf yang ke-46. Saya sentiasa mengamalkan dan mempraktikkan ilmu Dr. Roket dengan memulakan pembetulan kecil secara berulang-ulang untuk strategikan penulisan. Subhanallah. Allahu Akbar. Alhamdulillah.
Sememangnya otak saya semakin bermotivasi untuk bertindak terus menerus secara istiqamah. Benar, untuk istiqomah bukan perkara mudah tanpa corak pemikiran yang strategik dan positif. Allah, banyak perkara luar biasa yang berlaku apabila Dr. Roket tiba-tiba masuk campur dengan tesis para Platinum. Terima Kasih untuk segalanya Dr. Roket, Dr. Mardiana, tim Dr. Roket dan sahabat seperjuangan yang luar biasa. Alhamdulillah.
Tanpa ilmu urus tesis, halaman tesis saya mungkin kekal sebanyak 18 halaman sahaja, banyak stay up dengan kebiasaan menonton TV dan mengelak untuk membuka tesis. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan Tuhan Sang Pencipta. Saya semakin kelihatan wajah baharu saya dan diri saya yang baru. Saya lihat susah payah demi syurga Allah.
Saya nampak nekad. Saya nampak komitmen. Saya nampak berdikari dengan diri sendiri. Saya nampak dan jelas merasakan momentum serta melihat corak pemikiran dengan mata lebah. Kali ini apabila merenung semula tujuan besar saya iaitu bagi menunaikan harapan ibu. Malah pada hari terakhir semasa berjumpa arwah ibu di wad, arwah sempat sampaikan kepada jiran tetangga bahawa anaknya akan habis PhD pada tahun 2020.
Saya sebak kenangkan harapan dan doa ibu terhadap saya. Namun kesedihan ini saya lengkapkan dengan ikhtiar, doa dan kesungguhan untuk bangkit dari jatuh. Alhamdulillah definisi ini telah saya belajar sejak pakai topi pelajar Dr. Roket. Saya bersyukur detik-detik RIC 1, banyak perkara ajaib telah berlaku. Terasa keberkatan dan rahmat Allah. Rupa-rupanya Allah Maha Mengetahui.
Syukur Alhamdulillah semenjak RIC 1, saya tidak meononton TV. Malah Astro kami juga tidak aktif sehingga hari ini. TV itu saya jadikan skrin untuk tesis. Pelbagai perubahan berlaku. Saya bersyukur, terima kasih Tuan pengetua dan tim Dr. Roket luar biasa. Sememangnya Allah restui pejuang-pejuang ilmu. Semoga kita semua ditempatkan di syurga Firdaus Allah dan menerima Syafa’at Rasulullah S.A.W. “
Berkat daripada semangat juang dan bijak menukarkan liku-liku kehidupan menjadi pemangkin kejayaan, Puan Zeti Yusmira kini lebih optimis menunaikan impian dan doa ibu beliau. Semenjak memakai topi pelajar Dr. Roket hingga berjaya bergelar Platinum, Puan Zeti Yusmira yakin hikmah yang besar sedang menanti beliau tidak lama lagi berkat doa insan-insan sekeliling. Contohi semangat beliau dengan menyertai pengajaran Dr. Roket disini: http://t.me/drroket .