fbpx Skip to main content
search
0

Siapa sangka, anda mampu melajukan penghasilan draf tesis selepas menghadiri seminar bersama Dr. Roket. Inilah yang berlaku kepada Puan Siti Nur Farhana yang mendapati perubahan positif terhadap penulisan tesis beliau, berkat bimbingan Dr. Roket dan Para Platinum. Ikuti perkongsian beliau ini:

 

“Syukur atas peluang yang diberikan untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan posgrad semua. Jika diikutkan, saya bukanlah orang yang layak untuk berkongsi pengalaman kerana saya belum mempunyai draf yang banyak seperti rakan-rakan Platinum yang lain. Namun, saya tidak berfikir panjang apabila berpeluang berkongsi pengalaman dan ilmu sepanjang menghadiri seminar Dr.Roket. Seperti pepatah Inggeris mengatakan “The more you give, the more you will get”.

 

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesempatan waktu selama 2 hari (17 & 18 Oktober 2020) untuk menuntut ilmu bersama rakan-rakan Platinum. Walaupun pada awalnya seminar seharusnya dijalankan secara offline, namun berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat diikuti dengan arahan PKPB di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, seminar terpaksa dilakukan secara online. Walaupun dijalankan secara online, impaknya sama seperti offline. Tidak kiralah bagaimana ia dilaksanakan, yang penting ilmu yang hendak ditimba berjaya diperolehi.

 

Ini merupakan kali kedua buat saya menyertai seminar Dr. Roket. Kali pertama mengikuti bengkel ini adalah pada 27 & 28 Jun 2020. Walaupun ini adalah kali kedua, namun banyak ilmu-ilmu baru yang saya perolehi dan ianya memantapkan lagi pemahaman berkenaan kedua-dua tools tersebut. Seperti kata mentor Dr. Roket; “Repetition is the mother of skill”.

 

Jika diikutkan, saya telah mula berkenalan dengan kedua-dua tools ini sekitar tahun 2015. Dimana, pada ketika itu saya dalam proses memohon biasiswa SLAB. Namun, saya tidak mempraktikkan sepenuhnya tools tersebut, berikutan tidak meneruskan penerimaan biasiswa kerana tidak dapat menyediakan dokumen lengkap dalam tempoh waktu singkat yang diberikan.

Saya kembali meneroka kedua tools ini pada awal tahun 2019 bagi persediaan memohon biasiswa SLAB pada tahun tersebut. Sekali lagi saya menghadiri beberapa kelas bagi mempelajari semula kedua-dua tools ini. Namun, masih belum dapat menguasai sepenuhnya berikutan mindset yang salah. Alhamdulillah, sejak diterima sebagai Platinum batch 4.3, saya berusaha untuk memantapkan lagi penggunaan tools ini terutama ketika menghadiri sesi bersama Dr. Roket ini kali pertama.

 

Pertama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua Coach senior platinum yang terlibat dalam penyediaan seminar ini. Pengisian yang disediakan amat komprehensif. Langkah-langkah yang terperinci beserta gambar rajah yang jelas memudahkan pemahaman ketika sesi seminar berlangsung.

Jika sebelum ini saya perlu mencatat dan merekod sambil menghadam apa yang disampaikan oleh penceramah ketika seminar berjalan, manual ini membantu saya memberikan fokus 100% ketika seminar berlansung. Dengan adanya manual ini juga, saya dapat membuat ulangkaji dengan mudah dan cepat.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua coach platinum dengan bimbingan Dr. Roket dan tim 2Mworld yang telah mengembleng tenaga dan usaha menyediakan manual tersebut.

 

Walaupun telah beberapa kali menghadiri seminar  sebelum ini, namun pada sesi kali ini, ia membuka minda saya untuk lebih meneroka tools tersebut bagi menggerakkan serta melajukan penulisan tesis. Ilmu yang paling berharga dan bermakna saya perolehi pada sesi kali ini adalah live sharing pengalaman menggunakan kedua tools ini dari 16 coach Platinum.

Bagi saya, sharing ini sememang tidak diperolehi ditempat lain melainkan anda berada di dalam circle group yang positif iaitu Platinum Dr. Roket. Melalui live sharing tersebut, saya harus membuang ketakutan untuk menggunakan tools kerana “ianya tidak akan meletup” seperti kata Coach Puan Nur Hidayah Ahmad.

Penerangan yang amat jelas dan padat oleh Coach Puan Nur Liyana Sulaiman juga membuatkan saya lebih memahami ‘workflow’ formula tersebut. Selain itu, penyampaian yang bersahaja oleh Coach Ustazah Sahlawati juga amat mudah difahami walaupun dari bidang berbeza. Tidak terasa masa berjalan dengan begitu pantas sekali. Walaupun menuntut ilmu di petang hari minggu, kesemua peserta tetap merasa segar dan bertenaga. Seperti komen salah seorang Platinum ‘dalam ketawa ada ilmu’.

 

Melalui platform online ini, soalan-soalan yang dikemukan diruang komen oleh rakan Platinum lain, amat membantu saya memahami penggunaan tools dengan lebih baik lagi. Ini kerana, adakalanya, persoalan tersebut tidak terfikir oleh diri sendiri. Melalui pertanyaaan serta jawapan yang diberikan, keterujaan untuk mempraktikkan tools meningkat berkali ganda.

 

Diantara tips yang saya perolehi selama 2 hari seminar berlangsung adalah manfaat penggunaan tools sebagai susun atur bahan rujukan untuk penulisan. Disamping boleh melakukan carian artikel/bahan rujukan, ia juga membolehkan bahan rujukan disusun mengikut bab, topik mahupun subtopik bergantung kepada keselesaan sendiri. Sesi sharing juga membolehkan anda berkongsi bahan rujukan bersama rakan lain. Berbanding cara lama , kali ini saya dapat melakukan perkara yang sama malahan lebih baik lagi kerana dengan mudahnya boleh mencari semula apa yang telah dihighlight melalui formula yang telah dilakukan. Dengan adanya formula tersebut, analisa bahan bacaan dapat dilakukan dengan amat mudah dan cepat melalui penghasilan pengkajian. Yang mana, keduanya boleh diaplikasikan dengan lebih meluas. Lebih menarik lagi, anda dapat menghasilkan analisa berbentuk network yang ringkas dan padat. Ini, sekaligus memudahkan dan melajukan penulisan tesis.

 

Apa yang dapat saya simpulkan adalah gabungan tools jika dimanfaatkan dengan betul, hasilnya akan dapat diperolehi dengan penghasilan draf yang sangat banyak. Ini kerana, saya berjaya menyusun atur bahan rujukan dan menggunakan ‘kunci ferrari’ yang melajukan penulisan. Ayuh rakan-rakan yang telah bersama selama 2 hari ini, ‘Kunci ferrari’ telah diperolehi, tiba masanya untuk kita ‘memandu dengan penuh bergaya’.

 

Sebagai salah seorang dari Platinum Dr.Roket, saya amat bersyukur atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diperolehi. Berada didalam circle group positif ini membuatkan saya tidak berkeseorangan lagi didalam journey PhD ini. Dikesempatan ini, saya memohon doa dari mentor serta rakan platinum agar Allah mengurniakan kekuatan, komitmen, konsisten serta ilham untuk saya menyiapkan Proposal dan membentangkannya pada 21 Disember 2020. Akhir kata, semoga Allah merahmati Dr. Roket, Dr. Mardiana dan tim 2M World atas segala usaha dalam membantu bangsa posgrad mengharungi perjalanan Master PhD ini. Semoga syurga Firdaus menjadi ganjaran buat kalian. Allahumma Amin.”

 

Tatkala anda membuka peluang untuk dibimbing, ketika itu anda membuka pintu kejayaan buat perjalanan Master PhD anda. Ini kerana, mungkin anda telah mengetahui bahan-bahan yang boleh membantu penulisan tesis, namun sebenarnya anda belum begitu mahir. Puan Siti Farhana membuktikan bangsa Posgrad amat perlu kepada bimbingan circle group yang betul agar anda dapat menggunakan bahan-bahan sebaiknya. Klik disini untuk peluang berjumpa mentor yang tepat buat kajian tesis anda: http://t.me/drroket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x