GOMBAK, 1 JANUARI 2021: Ambang tahun baharu 2021, menjadi detik bersejarah buat 2M World kerana buat julung kalinya rancangan ekslusif ‘Sorotan Dr. Roket 2020’ ke udara di Facebook page dan Youtube Channel Dr. Roket.
Rancangan khas ini disiarkan secara langsung hanya bagi satu episod, pada 31 Disember 2020, jam 10.30 malam. Sorotan Dr. Roket 2020 bertujuan merangkumkan perjalanan sebenar dan kejayaan demi kejayaan pelajar Pascasiswazah didalam dunia Master PhD, khususnya bersama Mentor Pengurusan Master PhD No.1 Malaysia; Dr. Roket. Juga sebagai sambutan kesyukuran tahun baharu 2021.
Rancangan secara langsung yang terakhir bagi tahun 2020 ini telah diacarakan oleh akauntan 2M World, Tuan Asrul Hadi yang mengalu-alukan tontonan para bangsa Posgrad umumnya dan Platinum Dr. Roket. Para penonton dipersembahkan dengan video tayangan ekslusif kejayaan Platinum Dr. Roket selama satu jam sepanjang tahun 2020.
Antara video Platinum Dr. Roket yang mendapat sambutan penonton adalah video perjalanan Dr. Roket bersama Dr. Nur Asyikin Marzuki, Dr. Hanani dan Dr. Faridah Hanim. Kisah sebenar perjuangan Platinum Dr. Roket dimainkan bagi memberi inspirasi kepada para penonton.
Kemunculan Dr. Roket pada jam 11.35 malam, mendapat sambutan menggalakkan para penonton yang setia menanti sejak awal rancangan. Dr. Roket muncul bersilat serta segak berpakaian baju Melayu dan tengkolok sebelum memberikan ucapan penutupan khas tahun 2020.
“Tahun 2020 menyaksikan perubahan yang penuh drastik dalam semua aspek negara, ekonomi, industri dan pendidikan. Tidak terkecuali buat bangsa posgrad yang begitu dekat dalam hati saya. Subhanallah negara mensasarkan 60000 pemegang PhD pada tahun 2023. Sungguh menggagumkan sejumlah besar dana yang disalurkan kerajaan pada 2018 kepada pengajian Master PhD adalah 12 juta”, antara ucapan pembuka Dr. Roket, yang berjaya menaikkan semangat menuntut ilmu para penonton, pada malam tersebut.
Tepat jam 11.58 malam, upacara pengiraan atau countdown 1 minit Dr. Roket bersama lebih 200 pelajar pascasiswazah seluruh Malaysia dan Platinum Dr. Roket. Upacara sambutan tahun baru ini diteruskan dengan persembahan video bunga api sebagai penutup rancangan Sorotan Dr. Roket 2020.
“Subhanallah, hebat sangat Dr. Roket malam itu. Terus tidak dapat tidur malam, sangat menerujakan! Dr. Roket bertanjak semalam seolah-olah semangat Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan”, ujar Tuan Farhan Md Dahlan, antara penonton siaran langsung malam tersebut.
Terbaik Dr. Roket, Dr. Roket sentiasa meningkatkan standard. Saban tahun sentiasa cemerlang dan gemilang. Semoga tahun 2021 terlakar sejarah yang lebih cemerlang dan gemilang untuk Dr. Roket, Dr. Mardiana dan tim 2M World”, ujar Puan Yusliza Kamarudin, Platinum Dr. Roket yang memberikan sokongan terhadap rancangan ini.
“Guru kami Dr. Hj Mohd. Khairul Nizam sentiasa memberi inspirasi untuk lakukan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Sentiasa raise standard untuk kami lalui ‘sebaik-baik proses’. Semoga Allah kurniakan kebaikan buatmu guru”, doa Puan Hafizah Basir, bersempena sambutan tahun baru bersama Dr. Roket ini.
“Alhamdulillah berjaya melaksanakan sambutan kesyukuran tahun 2020 dan salam kejayaan 2021 biiznillah didalam Fb & Youtube live ‘SOROTAN 2M WORLD 2020’. Terima kasih semua sahabat rakan yang dikasihi. Semoga 2021 lebih bermakna insyaAllah,” ucapan kesyukuran Dr. Mardiana Mat Ishak, Chief Operator Officer 2M World, seusai rancangan berakhir.
Klik disini untuk menonton Sorotan Dr. Roket 2020 :
-FB Page Dr. Roket: https://www.facebook.com/1434289643502900/videos/818893338676282
– Youtube Channel Dr. Roket: https://youtu.be/loazxcRlgUs