fbpx Skip to main content
search
0

Jika di bahagian 1 kita baca dan dalami apa yang dilalui oleh Puan Intan Farhana. Segala cabaran yang dilalui dari menyambung pengajian PhD di University of Glasgow dan membuat keputusan untuk berhenti sehingga menyambung Phd Kedua di UTM tanpa hati.

Suatu malam beliau minta izin dari suami untuk ke office dengan alasan nak tulis tesis. Sampai di office, tak semangat pula nak mengadap tesis. Apa yang berlaku, beliau hanya check email. Nak dijadikan cerita…

“Saya dapat email dari dari Dr Roket mengenai Seminar Gempur (NUT 2019). Saya baca dan Allah bagi hidayah kerana ketika baca tu macam kena je email Dr Roket dgn keadaan saya. Siapa yang stuck, siapa yang stress” kata Puan Intan Farhana. Beliau terus sahaja beli tiket NUT tersebut tapi datang tanpa keadaan yang tak bersedia.

Balik sahaja Puan Intan Farhana dari NUT, beliau berasa ada sesuatu yang beliau dapat dari NUT tetapi beliau bingung bagaimana untuk mulakan. Apa yang suami beliau nasihatkan, “Bila ada impak kena join, ummi tahu ummi dlm keadaan desperate. Ummi join takpe abang bayar”. Subhanallah! Bertuahnya beliau kerana mempunyai suami yang sangat supportive, Alhamdulillah. Kata-kata suami beliau ini yang memutuskan untuk beliau join program Platinum Dr Roket.

Gerakkan mindset. Itu yang dilakukan oleh Puan Intan Farhana pada awal-awal mengikuti Dr Roket. Daripada berfikiran negatif berubah kepada positif. Beliau ceritakan pada seminggu pertama ikuti Dr Roket, beliau lakukan cabaran jangan mengeluh untuk seminggu dan beliau sahut cabaran tersebut dengan membuat betul- betul.

“Masa tu doc dah cuci karat-karat dalam kepala saya sikit-sikit. So saya dapat bangun pagi dlm keadaan positif. Saya bangun seawal 4 pagi. Semua platinum dapat bangun awal pagi, Sebab semua dah lalui proses semasa pre platinum”

Malah belia juga katakan sebulan pertama memang tidak boleh sentuh lagi tesis waktu masuk Dr Roket. Memang beliau hanya ikut Morning Doc, jalan pagi. Lebih menyeronokkan Puan Intan Farhana ajak pelajar beliau untuk tonton Morning Doc yang beliau ibaratkan sebagai vitamin.

Untuk pengetahun, Puan Intan Farhana memang betulkan mindset beliau dan setelah Roket Intensive Training (RIC) 1 baru tesis beliau bergerak. Tindakan bijak beliau ini kerana beliau sedar bahawa beliau tak macam orang lain yang pergi ke program Dr Roket dengan niat yang betul. Beliau mula menulis tesis selepas sahaja RIC 2.

Ahamdulillah, alhamdulillah, Alhmdulillah pada 3 Jun 2021 merupakan hari bersejarah dan hari bermakna untuk beliau kerana akhirnya selepas 2 kali menyambung pengajian PhD. Sangat mengharukan perubahan beliau. Dari di diagnosis alami depression kini beliau berubah menjadi lebih kuat, lebih gembira dan lebih positif bersama proses Dr Roket.

Kejayaan Viva Puan Intan Farhana terlalu menakjubkan! Bayangkan sahaja panel langsung tiada soalan untuk Puan Intan Farhana. Hanya pujian dan cadangan sahaja. Sungguh besar nikmat yang di alami oleh Puan Intan Farhana. Kegelapan masa lalu bukan tanda untuk putus asa!

“Saya dulu datang NUT dalam keadaan yang pergi tanpa ada mindset yang betul. Hanya pergi at least dapat gerakkan tesis even sikit” ujarnya. “Kalau setakat motivator, boleh je tengok video motivasi tapi Dr Roket bagi lebih. Ubah fikiran saya. saya memang tak setuju kalau cakap Dr Roket ni hanya motivator sebab Dr Roket memang bagi lebih”

Puan Intan Farhana katakan bangsa postgrad boleh pilih samada nak ambik action ataupun fikir negative yang Dr Roket nak ambil duit anda.

Fikir-fikirkan….

“Saya adalah intan yg sekarang. Saya tahu saya bukan mangsa silam saya. Saya adalah orang yang baru. Saya memang bangga menjadi anak murid Dr Roket”- Puan Intan Farhana.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x