fbpx Skip to main content
search
0

Everyone has their own struggle

Pepatah Inggeris yang bermaksud ‘setiap insan memiliki kepayahan tersendiri’ ini kerap kali dituturkan semasa syarahan motivasi, mahupun bahan bacaan umum. Kita sering kali mendengarkanya atau membacanya, namun adakah kita benar- benar memahaminya?

Ya, pepatah ini mengingatkan kita untuk memahami usaha, pengorbanan dan cabaran yang sedang seseorang lalui. Impian dan cita- cita adalah hak milik bebas setiap insan, justeru untuk mendapatkannya bukanlah mudah dan percuma, ada harga yang perlu ‘dibayar’, bukan?

Sebagai umat Islam, kita seharusnya lebih mengerti dan menghayati konsep ‘memahami’ situasi seseorang dan cuba ‘berada didalam kasut’ mereka sebelum membuat penilaian. Inilah yang dinamakan sebagai bersikap Ihsan, iaitu berasa empati dan berbuat kebaikan tanpa syarat.

Namun kadangkala kita diuji dengan pertanyaan sensitf, daripada mereka yang kurang memahami situasi semasa kita. Sebagai contoh: Bila hendak bergraduasi, bila hendak berkahwin..? Ini menyebabkan tercetusnya emosi marah, sedih geram dan seribu satu perasaan terhadap diri kita yang boleh menjadi punca perselisihan.

Bersabar itu sebahagian daripada iman!

Tenang dan tarik nafas sedalam-dalamnya, dan hembuslah perlahan-lahan. Ubah corak pemikiran anda dan pandanglah situasi tersebut dengan mata lebah. Sebenarnya soalan  itu mendidik kita untuk menjadi lebih positif dan mengambil pengajaran paling berharga, iaitu adab!

Sesiapa sahaja boleh menjadi guru kita walapun kanak-kanak.

Usah terasa hati, anggaplah mereka itu guru anda kerana mengajar anda untuk bersabar dan beradab tatkala menghadapi guru. Nilai seorang anak murid terletak pada ketinggian adab, dan sesungguhnya ilmu sukar menembusi hati sekiranya kekurangan adab, kerana ilmu itu cahaya, bukan?

Berusahalah untuk beradab dan menghormati sesiapa sahaja, ini bagi mengelakkan daripada tersangkutnya rezeki dan sia-sianya usaha kita. Ini kerana, sesungguhnya Allah tidak pandang amalan seseorang yang tidak memiliki adab, terutama adab terhadap guru iaitu insan yang amat berjasa mendidik kita.

Ubah pemikiran dan elakkan perselisihan.

Tukarlah corak pemikiran kita menjadi lebih positif dan semestinya perubahan ini memerlukan proses dan ilmu. Elakkan daripada persoalan yang sensitif yang boleh mengganggu emosi sesiapa dan cubalah menghayati ilmu-Nya dengan menjadi lebih prihatin dan Ihsan.

Namun sekiranya kita berhadapan soalan sensitif, seperti ‘bila mahu bergraduasi?’ Anggaplah perkataan ‘bila’ tersebut tiada. Kemudian latihlah minda anda untuk mendengar kata-kata positif sahaja iaitu, ‘mahu bergraduasi?’ Akhir sekali, buang perkataan bila dan gantikan dengan perkataan ‘bagaimana’ agar anda menjadi lebih optimis dan bersemangat.

Justeru, anda bukan sahaja berjaya menyelamatkan emosi anda, malah anda berjaya menghindarkan perselisihan dan belajar sesuatu berharga daripada ‘guru baharu’ anda itu. Anda secara tidak langsung mengikuti cara Nabi Muhammad SAW dalam menjawab persoalan sensitif, iaitu dengan tidak menyalahkan mereka yang bertanya, malah menjawabnya dengan berhikmah dan beradab!

–> Dapatkan lebih banyak penulisan online menarik dan kreatif, buat motivasi dan inspirasi anda dengan melayari dan ikuti  #penacikbungaliana !

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x