Menjadi anak sulung, sudah pasti kisah dan pengalaman beliau begitu dinanti-nantikan oleh semua. Dengan berbesar hatinya, istimewa kali ini kami berkongsi pengalaman ‘anak sulung Dr. Roket’ sejak awal beliau menjejakkan kaki ke dalam dunia Master PhD. Kini, beliau telah pun bergelar Dr. Nur Ashikin Marzuki! Ikuti kisah sebenar Dr. Nur Ashikin Marzuki, graduan PhD dari Universiti Sains Malaysia (USM), bidang Kejuruteraan Awam ini:
“Saya memulakan pengajian sebaik sahaja selepas berpantang anak kedua. Perjalanan dari Jitra ke Nibong Tebal, mendaftar seorang diri. Sebaik sahaja selesai pendaftaran, terus berpatah balik ke Jitra, dan keesokan harinya terus demam. Bentan agaknya. Saat itu saya terus berfikir, baru hendak mulakan perjalanan PhD ini aku sudah tidak sihat, selepas ni macam mana pulak ya? Adakah akan terus-terusan perkara negatif berlaku. Sungguh saya sangat takut ketika itu.
Saya menyambung pangajian tanpa ada sebarang persiapan, hanya ikut gerak hati sendiri sahaja. Kawan-kawan selalu berkata; “sesiapa yang buat Master dengan kerja kursus ini, mesti akan hadapi masalah masa buat PhD.” Saya terus dimomokkan dengan perkara-perkara negatif sepanjang pengajian saya.
6 bulan pertama, masa saya banyak dihabiskan dengan mencari paper, baca paper dalam usaha untuk rapatkan gap. Selepas 6 bulan penyelia saya dah mula cari saya, sudah mula tanyakan perkembangan saya, masa itu sudah risau. Apalah sangat dengan cari paper, saya sendiri masih tidak jelas saat itu. Syukur Alhamdulillah Allah kurniakan SV yang sangat-sangat memahami saya dengan status saya yang PJJ dengan suami, uruskan anak- anak sendirian dan dalam masa yang sama sedangmenyambung pengajian. 6 bulan kedua saya sudah mula masuk makmal, setup all the apparatus and equipments, tetapi results tidak menyebelahi saya. Tidak terkira berapa kali saya kena retest untuk dapatkan final results yang dilaporkan dalam tesis tu.
Lowest point saya adalah semasa Disember 2017, banyak perkara negatif berlaku saat ini. Benarlah kata Law of Attraction, negative attract negative. Dan salah satunya adalah ribuan data yang saya sudah analisis, namun tidak boleh diterima dan perlu retest lagi. Masa itu saya sudah banyak kurangkan masa dengan anak-anak saya, dengan keluarga, rakan-rakan, pendek kata dengan orang ramai. Tiga hari saya terkena anxiety attack yang mana saya tidak mahu jumpa sesiapa pun dan masa itu saya rasa tidak ada siapa pun boleh bantu saya. Tiga hari memang tidak lama, tetapi kesannya sangat-sangat sakit, kena bangun dengan cepat dan jangan biarkan perasaan itu berulang lagi walaupun terasa perit nak bangun semula.
Alhamdulillah bermula Januari 2018, Allah Ta’ala tunjukkan satu persatu jalan untuk saya bangunkan semula emosi saya, menahan diri saya sendiri dari segi emosi, dan kemuncaknya adalah saat saya sertai program Dr. Roket. Spiritual, emosi, fizikal dan sekali dengan mengharungi perjalanan PhD ni dengan manisnya saya dapat. Pakej lengkap saya dapat saat saya sertai program Dr. Roket ini. Perkara pertama saya belajar adalah perbaiki hubungan dengan Allah Ta’ala, dengan suami, dengan ibu bapa, anak-anak, keluarga dan orang-orang sekeliling. Saya adalah orang yang sentiasa gagal dari segi pengurusan masa dan fokus. Dr. Roket ajar semua ini macam mana untuk perbaiki masa kita, nak luangkan masa bersama keluarga, bersama anak-anak dan pada masa yang sama tesis tetap bergerak. Tiada lagi tekanan dan boleh uruskan dengan baik pengajian dan keluarga, dalam masa yang sama dan saya dapat terus fokus dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
Kemuncak makin terasa ketika telah siap deraf pertama, dari situ saya dapat rasakan The Power of First Draft, deraf yang pertama ini lah yang bantu yakinkan penyelia saya untuk saya isi borang notis 3 bulan, first deraf itu juga yang panel tengok saat pre-viva saya. Allahuakbar, masa ini buat saya lebih bersemangat hendak menghasilkan deraf tesis dengan lebih banyak untuk kurangkan pembetulan kita semasa Viva. Walaupun di pertengahan ini saya pernah kena buang, tetapi saya fikir positif, ada sebab kenapa Dr. ambik tindakan itu dan saya sebagai anak murid kena belajar sesuatu dan bertaubat dengan mengikut proses yang betul. Syukur, banyak perkara saya belajar saat kena buang masa itu.
Setiap masa Dr. Roket akan membuat pembakaran terbuka untuk pastikan kita menulis dan pastikan ada perkembangan setiap hari. Bila dah berjaya buat penghantaran deraf terakhir tesis, kita tunggu masa untuk VIVA. Ini pun terus terang saya cakap, saya mmg takut nak masuk bilik VIVA. Sekali lagi Dr. Roket buat silap mata dengan ajar kami, tanam dalam minda kami betapa seronoknya VIVA ini dan semua ini dapat dirasai saat saya sertai Vivaliscious Dr. Roket. Turun dari pentas, tidak henti-henti saya mesej penyelia minta awalkan tarikh viva, betapa terujanya hendak Viva lepas sertai Vivaliscious itu.
Allahukbar SubhanaAllah Alhamdulillah, tanggal 20 Februari 2020, Viva saya sangat-sangat indah, sangat-sangat seronok, sama seperti apa yang saya rasa semasa Vivaliscious Dr. Roket. Masuk bilik Viva dengan senyuman, dan keluar jua dengan senyuman. Air mata jatuh jua saat Dr. Roket buat kejutan dengan hadir pada hari Viva saya. Seorang guru yang hebat sanggup datang meraikan hari-hari bahagia bersama kita. Allahuakbar, syukur, Allah beri peluang kepada saya untuk berguru dengan Dr. Roket. Dua perkara negatif tentang PhD journey ini, Dr. Roket sudah Berjaya menukar corak pemikiran saya dan menjadikannya positif dalam hidup saya. Jikalau dulu rasa buat PhD dan Viva ini susah, tetapi kini saya sangat-sangat seronok detik-detik perjalanan saya ini dan Viva saya juga sangat- sangat seronok.
Manusia tidak boleh lari dari cabaran, dan Dr. Roket sentiasa memberi solusi untuk setiap cabaran yang kita hadapi. Sebab itu pentingnya kita kena ada guru yang ada banyak hasil yang luar biasa, itu tanda untuk kita wajib berguru, pastikan kita berada dalam circle group yang betul dan juga ikutlah proses yang telah diaturkan tanpa perlu soalkan apa-apa.
N.U.T – The Power of Mindset
R.I.C.1 – The Power of First Draft
R.I.C.2 – The Power of Visualization
VIVALICIOUS – The Power of Viva
Terima kasih tidak terhingga kepada Guru saya yang sangat-sangat hebat dan luar biasa Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri, Dr. Mardiana Bt Mat Ishak, seluruh tim Dr. Roket dan juga rakan-rakan platinum yang sentiasa beri sokongan dan mendoakan sesama kita. Itulah kekuatan kita semua, x kedekut mendoakan orang lain, berkat tunjuk ajar dan ingatan dari Dr. Roket kepada kita semua. Semoga Allah terus-terusan memberi kegembiraan kepada Dr. Roket dengan hasil yang sangat-sangat luar biasa. Hanya Allah mampu membalas segalanya Dr. Roket.
Saya kongsikan gambar Viva saya yang penuh dengan seyuman sepanjang sesi Viva berlangsung. Serius Viva itu seronok sangat-sangat, its very delicious and it becomes VIVALICIOUS. Thanks for everything Dr. Roket, hanya Allah mampu membalasnya”.
Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Dr. Nur Ashikin Marzuki telah pun membuktikannya tatkala tiap cabaran emosi, dugaan kehidupan dan corak pemikiran yang salah telah pun berjaya dihilangkan bersama Dr. Roket. Percayalah kepada ‘Daya Tarikan’ tatkala anda berada bersama circle positive Dr. Roket; Optimis akan menarik optimis! Hubungi Tuan Amierul Aqmal pada nombor 019-4588003 agar perjalanan pengajian anda seindah Puan Nur Ashikin!