PAHANG, 22 SEPTEMBER 2020: Program Roket Inner Circle Meeting (RICM) berjaya meninggikan standard bangsa Post grad mencapai sasaran di sebalik pengajian mereka. Program yang berlangsung selama 2 hari pada 18 dan 19 September 2020 bertempat di dewan Le Chevalier, Berjaya Hill, Bukit Tinggi telah memberi peluang kepada 34 orang Platinum berdiskusi secara lebih dekat bersama Dr Roket dalam merangka hala tuju mereka.
RICM merupakan satu-satunya program yang bertujuan untuk mengembalikan fokus peserta dalam membuat persiapan dalam tempoh 6 bulan sebelum ke bilik Viva, perancangan am dalam tempoh 6 bulan selepas Viva dan perkara penting dalam tempoh 5 tahun selepas menerima PhD. Peserta didedahkan dengan tindakan-tindakan betul (TTB) melalui circle group yang positif, mentor yang tepat dan tindakan yang berkesan.
Silibus RICM juga membantu bangsa Post grad menyerlahkan potensi diri untuk pembangunan negara, membina legasi 100 tahun dan menjadi umat yang membanggakan Nabi Muhammad SAW melalui TTB. Peserta juga dibawa mengimbau kembali bagaimana mereka bermula di samping mengukuhkan matlamat masa depan dan kekal merendah hati tatkala telah berjaya.
“Kita melihat, merancang, membuat tindakan untuk mencapai hasil 6 bulan, 5 tahun, 100 tahun akan datang buat diri dan legasi. Intipati pengisian RICM memberi impak untuk memandang tesis kita yang hanya kecil. Tetapi tujuan utama kita kepada ummah semakin besar”.
Begitulah ujaran cik puan Norhanani Abdul Rahman, yang merupakan salah seorang peserta sebaik sahaja tamat program.
Beliau turut mengakui bahawa tidak mudah sebenarnya menjadi Platinum yang terpilih untuk menyertai RICM kerana perlu melepasi syarat-syarat komitmen, komited dengan proses serta memberi impak dan sumbangan yang besar kepada orang ramai.
“Untuk mengikuti RICM bukan mudah, ada proses yang perlu dilalui dan ini merupakan faktor tolakan untuk bangsa Post grad segera menyudahkan perjalanan PhD. Terima kasih Allah Ta’ala kerana mendatangkan mentor seperti Dr Roket. Kami bukan hanya dapat untuk dunia, malah kami dipersiapkan untuk bekalan akhirat”.
Sepanjang 2 hari program, peserta berkesempatan untuk berkomunikasi secara dua hala dan intensif bersama Dr Roket tentang tips memerdekakan tesis PhD dan persediaan bergelar ummah yang berbakti. Peserta juga diberikan tugasan dan aktiviti berkumpulan bagi memastikan radar peningkatan akademik, kerjaya dan kehidupan kian meluas serta mencontohi tokoh-tokoh ilmuwan melalui 17 corak pemikiran.
“Saya berasa sungguh teruja apabila dapat melihat profil kejayaan dalam kalangan ahli akademik dan pemilik bisnes yang berjaya. Rasa sangat mengagumkan apabila mengetahui tentang 17 corak pemikiran insan- insan yang berjaya sebagai ahli akademik dan usahawan.
Begitulah perkongsian daripada Ustaz Mohd Fahmi Md Yusop mengenai RICM yang disertainya kali ini.
Gimik pelancaran Roket Valley oleh Dr Roket dan Puan Mardiana turut diadakan semasa ucapan pembukaan. Menurut puan Mardiana;
“Ini adalah program yang hampir 3 tahun dirancang di platform dalam talian. Program ini khusus agar Platinum dapat mengakses semua ilmu sebelum ini daripada pelbagai bidang”,
RICM kali ini juga menyaksikan pelancaran logo baru Dr Roket semasa sesi pembukaan program oleh Dr Roket dan Puan Mardiana, diiringi oleh tayangan video montaj khas oleh videographer 2M World; Tuan Firdaus Adnan dan Tuan Ajmal Harun.
Buat kali pertamanya di dalam sejarah, pelantikan CRMP dianugerahkan kepada 4 orang Platinum yang terpilih iaitu Puan Hidayah Ahmad, Puan Ashikin Marzuki, Puan Mazidah Rejab dan IR Khoushaini. CRMP yang terpilih akan menerima hadiah dan latihan awal bagi membantu bangsa Post grad mengikuti formula ROKET.
Platinum Dr Roket turut mendapat galakan dan panduan secara langsung bagi memulakan perniagaan mengikut kepakaran dan bidang pengajian masing-masing. Pelbagai formula peniagaan yang praktikal dikongsikan beserta sesi soal jawab untuk menaikkan semangat peserta memajukan bisnes sedia ada mahupun memulakan yang baharu.
“SubhanAllah, Alhamdulillah, saya syukur sangat Allah kurniakan nikmat menjadi Platinum Dr Roket. Selepas hadir RICM, nampak lebih jauh ke hadapan untuk menggerakkan Academic Vehicle (AV) dan Business Vehicle (BV) serentak. SubhanAllah tidak ternilai harganya. Terima kasih Dr. Mohd Khairul Nizam dan Dr. Mardiana Bt Mat Ishak untuk semua ilmu-ilmunya. Hanya Allah yang dapat membalas segalanya. Terima kasih tim Dr Roket kerana berikan komitmen luar biasa untuk pastikan setiap program Dr Roket berjalan dengan lancar sekali. Buat sahabat-sahabat Platinum semua, terima kasih kerana sentiasa memberikan cas-cas positif yang luar biasa”.
Begitulah ucapan Puan Hidayah selaku peserta RICM ketika itu.
Majlis makan malam istimewa bersama peserta mengakhiri RICM secara rasmi. Upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan Fotografi Colmar Tropicale tercantik dan rakaman Live terbaik turut disampaikan oleh Dr Roket kepada para pemenang.
Peserta turut dihidangkan tayangan video sepanjang 2 hari seminar berlangsung yang mendapat pujian peserta dari sudut isi kandungan, kelancaran perjalanan program dan sistem teknikal yang jelas.
Dr. Roket dan Puan Mardiana turut dikejutkan dengan gimik ‘pertikaman lidah’ oleh Ustaz Fahmi dan IR Khoushaini, persembahan deklamasi sajak oleh Ustazah Hasiah Mat Salleh, dan upacara pemotongan kek sebagai simbolik penghargaan jasa dan pengorbanan Dr Roket mendidik bangsa Post grad.
Tim 2M World turut diraikan di dalam satu Majlis Retreat and Appreciation Dinner 2M World, yang dihadiri oleh sanak saudara dan ahli keluarga terdekat. Sebanyak 9 anugerah khas disampaikan oleh Dr. Roket kepada 9 ahli pasukan 2M World bagi menghargai kerja keras dan dedikasi mereka di dalam tugasan.
“Berkesempatan hadir dalam Majlis Makan Malam bersama tim Dr Roket tadi. Saya bangga melihat kejayaan Dr Roket membantu ramai bangsa Post grad untuk selesaikan Master PhD mereka. Tahniah sekali lagi, moga terus istiqamah mencapai kejayaan lebih besar”.
Ustaz Abdullah Abdul Rahman, antara tetamu istimewa yang hadir bersama keluarga beliau turut memberkati lagi majlis tersebut dengan ucapan tersebut.
Begitulah perjalanan program Roket Intensive Class (RICM) 2.0 yang diadakan pertama kali secara bersemuka. Semoga para peserta mendapat ilmu yang berguna selepas program ini dan dapat mengamalkannya untuk urusan selepas Viva dan graduasi nanti.