fbpx Skip to main content
search
0
Puan Hidayah Ahmad Azam bersama suami

Siapa kata seorang suri rumah sepenuh masa, ibu kepada 7 orang anak dan ibu kepada seorang anak syurga tidak boleh mengambil PhD?

Puan Hidayah Ahmad Azam merupakan contoh ibu yang mengambil PhD tapi masih bijak menguruskan masa antara anak-anak dan title Dr yang diidamkan. Ibu-ibu luar sana take note tau kisah inspirasi Puan Hidayah Ahmad Azam ini. InshaaAllah pastinya anda mendapat sesuatu dari kisah beliau

Puan Hidayah Ahmad Azam merupakan Alumni Al-azhar dalam pengajian Syariah Islamiah dan beliau seterusnya menyambung pengajian Master dalam bidang Business Admin Dalam Finance Tak berpenghujung di situ, beliau melanjutkan pelajaran PhD dalam Doctorates Business Admin dalam Human Resources

Dilahirkan di Coventry, United Kingdom dan kini beliau menetap di Bandar bersejarah Melaka. Ayah Puan Hidayah merupakan seorang warga Singapura yang berkahwin dengan Ibu beliau iaitu anak jati negeri Kedah. Puan Hidayah Ahmad Azam berkahwin dengan Ir. Ts. Khoushaini yang juga kini menyambung pengajian PhD.

Wahhhh suami isteri genius ni

Cabaran bergelar ibu kepada 7 orang anak

Menjadi seorang ibu kepada 7 orang anak merupakan cabaran kehidupan yang beliau alami. Manakan tidak, perlu menguruskan 7 oarng anak dan dalam masa yang sama perlu menguruskan tesis juga. Anak sorang je, terfikir-fikir nak sambung belajar inikan pula 7 orang anak. Namun, Puan Hidayah orang yang sungguh luar biasa memberanikan diri untuk sambung PhD.

“Cabaran saya bermula sejak anak ke-4 lahir, masa tu saya dah nak melahirkan. Jadi ketika semester pertama pun saya dah tangguh sebenarnya” ujar beliau. Ketika bulan ke 8 mengandungkan anak ke-4 Puan Hidayah turut mengerjakan haji pada tahun 2012.

Balik sahaja daripada mengerjakan haji, beliau bersalin dan terus mendaftar untuk second semester. Ketika anak kedua lain pula cabaran yang beliau hadapi. Beliau diuji dengan stress yang melampau sampai selepas melahirkan anak ke 5 kena operate. Iaitu operation thyroid disebabkan hormone imbalance.

Anak yang ke-6 pula cabaran beliau adalah beliau kena emergency cesa rean disebabkan jantung anak beliau dah down, jadi anak yang ke-6 adalah anak istimewa, anak down syndrome. Memang bergelut dengan terapi dalam masa 2 tahun. Sampailah beliau dikurniakan anak ke 7.

“Anak yang ketujuh pula saya kena placenta previa type 4 yang mana beliau di tahan di wad selama 3 bulan masa tu memang nyawa dah hujung tanduk. Masa tu memang 50-50 dah dengan previous punya pregnancy 9 orang termasuk 2 miscarriage”

Beliau collect data di hospital sebenarnya. Selama 3 bulan beliau warded di hospital, masih gigih untuk membawa laptop sambil menyiapkan tesis. Bukan itu sahaja, beliau sempat juga mengajar SPSS kepada nurse yang sambung Master. Bila sesuatu yang berlaku akan ada hikmah yang Allah nak tunjuk di sebalik kejadian.

4 orang anak bersalin sepanjang PhD

Cabaran akademik akan datang dan pergi. Cabaran kehidupan akan datang silih berganti. Sejauh manakah anda cukup kuat untuk melihar dugaan dan cabaran sebagai rahmat dan nikmat yang membahagiakan. Sejauh manakah kita memberi peluang kepada diri kita mencari solusi. Setiap kesusahan ada kemudahan

Keluarga Puan Hidayah Ahmad Azam

Desakan suami menjadi Turning Point

Cabaran demi cabaran yang datang dalam kehidupan beliau akhirnya Allah bagi jalan keluar kepada beliau. Puan Hidayah Ahmad Azam menghadiri NUT pada 28 Disember 2019. Rakan beliau Afiqah Hamzah merupakan platinum batch 2 yang banyak bercerita mengenai Dr Roket. Dengan tiket percuma NUT yang diperolehi daripada salah seorang platinum Dr Roket.

Ketika pergi seminar NUT bersama suami, Puan Hidayah masih memikirkan anak. Siapa yang jaga anak?. Pada awalnya beliau sangkakan seminar tersebut sampai 11 pagi rupanya sehingga 11 malam. Oleh kerana terlalu memikirkan anak, beliau memutuskan untuk balik pada tengahari tersebut. Suami beliau pula masih berada dalam seminar.

“ Lepas IR balik dari seminar NUT, saya memang dah menjangkakan yang IR akan mengikuti Dr Roket” kongsinya. Lepas sahaja IR mengikuti program Dr Roket, Puan Hidayah tekad ingin buktikan bahawa walaupun beliau tak ikuti program Platinum Dr Roket, beliau masih mampu menyiapkan tesis beliau

Perubahan deraf Ir dan circle positive platinum membuat Puan Hidayah berasa hairan dan beliau tertunggu-tunggu untuk mengikuti NUT. Ketika beliau ikuti NUT, beliau tak terbuka hati pun untuk daftar jadi platinum sebab beliau tak fokus. Suami beliau yang daftarkan Puan Hidayah untuk masuk Platinum. Dari keterpaksaan tersebut perlahan-lahan Puan Hidayah recharge dan berubah bersama proses Dr Roket.

“So kadang-kadang kita ni kena paksa dulu. Macam mana kita nak menutup aurat kan kadang—kadang pada awalnya dalam keadaan terpaksa, kemudian baru hidayah datang”

Alhamdulillah kini beliau telah selesai Viva setelah jumpa proses yang betul bersama Dr Roket. Kegigihan seorang ibu sangat kental. “Tangan seorang ibu mampu menggoncangkan dunia” begitu juga dengan kisah inspirasi yang baru kita baca sebentar tadi

Jika anda seorang ibu, jangan jadikan tanggungjawab seoarng ibu menjadi tembok penghalang untuk anda meneruskan impian anda.

Anda nak tahu tak Dr Hidayah Ahmad Azam juga adalah mengikuti E-Book “31 Panduan Tulis Tesis Cepat”. Jika anda berminat nak dapatkan buku ni jom klik

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x