KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr.) Nor Syaziana Mohd Radzi, PhD UKM
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 24 Mac 2025 iaitu (Dr.) Nor Syaziana Mohd Radzi.
Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr.) Nor Syaziana atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalananan pengajian mereka.
NAMA:
(Dr.) Nor Syaziana Mohd Radzi.
BIDANG:
Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Pengangkutan).
UNIVERSITI:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
TAJUK KAJIAN:
Pembangunan Model Niat Tingkah Laku Pelanggaran Lampu Isyarat Merah Dalam Kalangan Penunggang Penghantaran Makanan (P-hailing).
NAMA PENYELIA:
1. Prof. Madya Dr. Muhamad Nazri Borhan (SV)
2. Dr. Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim (Co SV)
3. Prof Emeritus Dato’ Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat (Co SV)
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian ini membangunkan model niat tingkah laku pelanggaran lampu isyarat merah oleh penunggang p-hailing yang melibatkan konstruk-konstruk eksogen, endogen dan moderator beserta analisis MGA.
Dengan menggunakan aplikasi teori TPB dan analisis PLS-SEM yang melibatkan empat model, seterusnya kajian ini membentuk model ramalan yang mana akan diadaptasi menjadi rangka kerja strategi yang membantu pihak berkuasa dan pihak akademik sebagai asas untuk tindakan dan kajian selanjutnya dalam memahami situasi penunggang p-hailing dan langkah usaha bagi mengurangkan insiden berisiko tersebut.
Terima kasih kepada (Dr.) Nor Syaziana atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻