Setiap tahun, kita menyambut kedatangan Syawal dengan penuh kemeriahan, namun sering kali meninggalkan Ramadan begitu sahaja. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa Ramadan hanyalah bulan ibadah semusim sahaja. Apa kata kita berusaha untuk mengekalkan momentum ibadah Ramadan sehingga ke Syawal? Apa ibadah Ramadan yang ingin anda ingin kekalkan?
Amalan baik seperti solat sunat, sedekah, dan tadarus Al-Quran yang dilakukan sepanjang Ramadan sebenarnya boleh diteruskan bukan hanya di bulan Syawal, malah sepanjang tahun. Betul tak? Jika kita masih meraikan Hari Raya dalam suasana yang mengekalkan semangat Ramadan, sambutan kita akan menjadi lebih bermakna berbanding jika diisi dengan perkara yang melalaikan.
Pada saat tibanya Hari Lebaran, umat Islam digalakkan untuk meraikannya dengan penuh kegembiraan sambil melazimi istighfar, tasbih, dan tahmid terutamanya menjelang malam raya sehinggalah ke pagi hari raya.
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghidupkan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan takbir dan ibadat, tidak dimatikan hatinya pada hari dimatikan segala hati”. (Riwayat Ibnu Majah (1782)
Hal ini sama seperti dalam kalangan bangsa Postgrad khususnya Platinum Dr Roket apabila tibanya Ramadan. Mereka berlumba-lumba melakukan kebaikan (fastabiqul khairat) dan sentiasa didengarkan dengan ilmu bermanfaat seperti Kuliah Subuh dan Morning Ajwah. Momentum ini membantu mereka dalam proses transformasi ke arah menjadi individu yang lebih baik dan positif.
Apa yang ingin disampaikan di sini adalah bahawa tindakan yang kita lakukan sepanjang Ramadan sebenarnya memberi kesan besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, jika kita istiqamah melakukan qiamullail sepanjang Ramadan dan meneruskannya ke Syawal, ini akan membentuk kebiasaan untuk kita terus bangun awal dan memanfaatkan waktu pagi. Begitu juga, jika kita banyak beramal dengan al-Quran sepanjang Ramadan, amalan ini boleh menjadi sebati dalam rutin harian kita sepanjang Syawal dan seterusnya, asalkan kita tidak meninggalkannya secara drastik.
Ini adalah salah satu perkongsian daripada circle Platinum Dr Roket yang melakukan transformasi ketika dalam bulan Ramadan.
Momentum Ramadan yang telah dibina ini, cubalah kekalkan dan aplikasikannya dalam bulan Syawal tidak kira kita di mana dan bila bermula. Perubahan sikap ke arah lebih positif di bulan Ramadan ini boleh menjadi senjata untuk kita terus berubah ke arah yang lebih baik. Dari perubahan inilah yang akhirnya akan mempengaruhi perjalanan Master atau PhD anda, insyaAllah.
Dapat sesuatu daripada pembacaan ini?

Jika anda nak alami perubahan dari segi perubahan sikap hinggalah ke tesis anda pada Ramadan dan Syawal tahun hadapan, jom sertai seminar yang terdekat.