KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ Dr. Asma Adnan, PhD UUM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 04 September 2025 iaitu Dr. Asma binti Adnan.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Dr. Asma binti Adnan atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.

NAMA:

Dr. Asma binti Adnan.

BIDANG:

Pembantu Penyelidik.

UNIVERSITI:

Universiti Utara Malaysia (UUM).

NAMA PENYELIA:

1. Prof Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar.

2. Dr. Norazlina Zakaria.

TAJUK KAJIAN:

Penerimaan Rehabilitasi Spiritual Berdasarkan Maqasid Syariah Terhadap Pesalah Muda Dalam Pusat Koreksional di Malaysia.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Statistik menunjukkan kadar pengulangan jenayah dalam kalangan pesalah muda semakin meningkat dengan menandakan keperluan kepada pemulihan holistik termasuk dimensi spiritual. Walaupun Program Pembangunan Insan (PPI) diwujudkan, elemen spiritual berasaskan Maqasid Syariah masih kurang ditekankan. Kajian ini mendapati tahap rehabilitasi spiritual adalah tinggi dalam kelima-lima domain Maqasid Syariah, manakala tahap penaakulan religiositi sederhana bagi empat domain dan tinggi bagi domain penjagaan akal. Lima tema penerimaan dikenal pasti, seterusnya membentuk model rehabilitasi spiritual sebagai panduan intervensi.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA

Model yang dibangunkan dapat diperincikan kepada modul spiritual untuk diaplikasi oleh pihak penjara.

Terima kasih kepada Dr. Asma Adnan atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x