ARAU: Acara The 7th International Innovation, Invention and Design (i-IDeA™ 2025) telah berlangsung dengan jayanya pada 9 hingga 11 September 2025 di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau. Acara ini menghimpunkan penyelidik, inovator, ahli akademik dan pemain industri untuk mempersembahkan idea serta inovasi yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan negara.

2M World Sebagai Strategic Partner

Alhamdulilah buat julung kalinya, 2M World @ Dr Roket diberi kepercayaan hadir sebagai salah satu Strategic Partner untuk acara ini.  Antara Strategic Partners i-IDeA™ 2025 termasuklah beberapa universiti, agensi dan rakan industri, termasuk 2M World sendiri.

Sebagai Strategic Partner, kami bukan sekadar hadir memberikan sokongan, malah berpeluang terlibat secara langsung dalam perjalanan program ini.

2M World Turut Menjadi Juri

Istimewanya tahun ini, 2M World juga terpilih menjadi juri pertandingan inovasi i-IDeA™ 2025. Antara tiga juri yang menjadi wakil 2M World ialah;

  • Dr. Mardiana binti Mat Ishak (Chief Operating Officer 2M World Sdn Bhd)
  • Ts. Dr. Sinar Arzuria binti Adnan (Pensyarah UniMAP @ Platinum Dr Roket)
  • Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad Zaidi (Pensyarah UniMAP @ Platinum Dr Roket)

Menurut salah seorang juri kami, ketika pertama kali berada di kerusi juri, pengalaman tersebut benar-benar membuka perspektif baharu. Selama ini beliau sering melihat dari sisi peserta atau melalui penganjuran booth, tetapi kali ini beliau diberi peluang menilai sendiri hasil-hasil inovasi hebat daripada pelajar, pensyarah dan penyelidik.

Antara yang mengagumkan ialah:

  • Ada idea yang sangat unik dan kreatif.
  • Ada inovasi yang jelas memberi impak kepada masyarakat.
  • Ada juga yang sudah menampakkan potensi besar untuk dikomersialkan.

Pengalaman ini membuktikan bahawa inovasi bukan sekadar menghasilkan produk, tetapi melibatkan keaslian idea, nilai impak, kebolehlaksanaan, kreativiti serta kelestarian. Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang dan kepercayaan ini.

Majlis Penutup & Anugerah 

Pada majlis penutup dan penganugerahan, Strategic Partners turut dijemput menyampaikan hadiah Special Award (Diamond Award), iaitu pengiktirafan tertinggi i-IDeA™. Bagi pihak 2M World, Dr. Mardiana binti Mat Ishak telah naik ke pentas untuk menyampaikan 2 anugerah kepada pemenang pertandingan.

Penutup

Kami percaya, daripada idea kecil lahir projek, daripada projek tercipta solusi, dan daripada solusi hadir manfaat buat masyarakat serta negara.

Dr Roket sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan IPTA, IPTS, agensi dan industri untuk memperkasa ekosistem pendidikan dan inovasi negara. (Boleh hubungi Team untuk kolaborasi/joint venture bersama Dr Roket di  >> +60 1156792490 (CS)

Terima kasih sekali lagi kepada UiTM Cawangan Arau atas jemputan dan peluang kolaborasi ini. Semoga usaha bersama ini terus berkembang dan memberikan impak yang lebih luas, insyaAllah.

Sumber: i-IDeA 2025

Kalau anda rasa artikel ni menarik dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang belum tahu tentang info ini! Boleh komen di bawah info apa lagi yang anda perlukan…

Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat:

Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Select your currency
MYR Malaysian ringgit
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x