KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET
Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.
Disertasi/ Tesis Viva ~ Disertasi / Tesis Viva ~ Datin Dr. Norliza Mahalle, PhD UNISSA
Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah berjaya melalui pengalaman ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 1 Sept 2025 iaitu Datin (Dr) Norliza Mahalle.
Jutaan tahniah diucapkan kepada Datin (Dr) Norliza Mahalle atas kejayaan beliau membentangkan tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.
Berikut adalah ringkasan latar belakang kajian beliau yang dikongsi untuk rujukan umum. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ummah, khususnya kepada pelajar yang akan atau sedang menempuh perjalanan pengajian mereka.
NAMA:
Datin (Dr) Norliza Mahalle.
BIDANG:
Halal Management.
UNIVERSITI:
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).
NAMA PENYELIA:
1. Dr Ziead Amjad Abdurrazak Aghwan (SV).
2. Dr Mohamed Syazwan Ab Talib (Co-SV).
TAJUK KAJIAN:
Halal Logistics and Processes: Readiness for Implementation by Halal Industry Stakeholders in Brunei Darussalam.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Kajian ini menilai tahap kesediaan pihak berkepentingan industri halal di Brunei (dari perspektif Pelanggan, Penyedia Perkhidmatan Logistik dan Pengusaha-Pengusaha Perusahaan) dalam melaksanakan Logistik Halal menggunakan Teknologi Logistik 4.0. Walaupun Brunei mempunyai sistem pensijilan halal yang kukuh, penggunaan teknologi seperti IoT, AI dan blockchain masih rendah. Kajian ini penting kerana ia membantu memastikan integriti halal kekal terpelihara dalam era digital melalui penerapan teknologi Logistik 4.0 yang sistematik dan berpandu Syariah. Kajian mendapati jangkaan prestasi (PE), kemudahan fasilitasi (FC), kemahiran pengetahuan (KS) dan niat tingkah laku (BI) mempengaruhi kesediaan (RTI) secara signifikan. Sebaliknya, motivasi agama (RM), kesanggupan membayar (WTP) dan kepercayaan (TR) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan secara langsung terhadap kesediaan (Readiness to Implement – RTI), namun mempunyai kepentingan praktikal. Model HALORI disahkan sebagai alat penilaian kesediaan yang sah dan praktikal.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan masa akan datang memberi tumpuan kepada perkara berikut:
Penyelidikan Longitudinal
Kajian masa depan boleh menggunakan reka bentuk longitudinal untuk menilai perubahan dalam tahap kesediaan dan penggunaan teknologi HL4.0 dari semasa ke semasa, berbanding hanya satu titik masa seperti dalam kajian ini.
Pendekatan Kualitatif yang Mendalam
Kajian lanjutan juga boleh menjalankan temubual mendalam atau perbincangan kumpulan fokus dengan pihak berkepentingan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang kepercayaan, motivasi agama, dan keraguan terhadap teknologi dalam konteks halal.
Populasi Berbeza atau Merentasi Sempadan
Penyelidikan yang akan datang boleh meluaskan skop ke negara ASEAN lain atau membandingkan kesediaan antara sektor industri halal yang berbeza seperti farmaseutikal, kosmetik atau pelancongan halal.
Ujian Intervensi dan Pendidikan
Menilai keberkesanan program latihan, kempen kesedaran, atau penggunaan aplikasi teknologi dalam meningkatkan niat tingkah laku dan kesediaan.
Pengayaan Model HALORI
Kajian seterusnya boleh memperkaya Model HALORI dengan memasukkan pemboleh ubah seperti ‘perceived risk’, ‘halal integrity awareness’, atau ‘leadership support’ untuk menguji potensi penambahbaikan.
Terima kasih kepada Datin (Dr) Norliza Mahalle atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.
Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻



![Roket Research Diary (RRD) [Pre Order]](https://drroket.com/wp-content/uploads/2021/04/photo_2026-02-07_12-32-37-300x300.jpg)













