fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Abidah, PhD UUM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 5 November 2024 iaitu (Dr) Abidah Ab Kadir.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Abidah yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya.

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

(Dr) Abidah Ab Kadir.

BIDANG:

Islamic Management.

UNIVERSITI:

Universiti Utara Malaysia (UUM).

TAJUK KAJIAN:

Faktor Penentu Kepercayaan Pembayar Zakat di Negeri Perlis: Kepuasan Pelanggan sebagai Mediator.

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Madya. Dr. Syarifah Md Yusof

2. Dr. Nor Aina Mhd. Khotib

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Latar belakang kajian ini menekankan peranan penting zakat dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial umat Islam.

Walau bagaimanapun, kepercayaan rendah terhadap institusi zakat menyebabkan ramai pembayar zakat memilih untuk menyalurkan zakat terus kepada asnaf.

Hasil kajian mendapati faktor seperti kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, reputasi, dan ketelusan memainkan peranan penting dalam membentuk kepercayaan pembayar zakat terhadap institusi zakat di Perlis.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

1) Laksanakan kajian perbandingan antara negeri dan kategori institusi zakat yang berbeza.

2) Gunakan pendekatan gabungan kuantitatif dan kualitatif.

3) Perluaskan skop kajian.

4) Gunakan kaedah analisis yang lebih komprehensif.

Terima kasih kepada (Dr) Abidah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x