fbpx Skip to main content
search
0

PTP 18-20 Oktober – Program Transformasi Pascasiswazah @ Postgraduates Transformation Programme 

Berdasarkan pengalaman, ramai pelajar Master dan PhD menghadapi cabaran tidak jelas tentang hala tuju pengajian. Mereka mungkin sekadar mendaftar, menyelesaikan subjek, dan menyiapkan tesis, tetapi akhirnya berdepan tekanan dalam semester 3 hingga 4.

Walaupun subjek boleh dihabiskan, menulis tesis menjadi cabaran besar, ditambah dengan rasa kesunyian dan kekangan masa bekerja. Ramai mula menyesal dan rasa ingin berhenti.

Alhamdulillah, melalui program PTP (Postgraduates Transformation Programme) baru-baru ini, ada pelajar yang kini faham kenapa mereka sambung belajar dan rasa lebih yakin dengan strategi yang diterima. Syukur!

Tema seminar S.I.A.P.E iaitu “Transforming Spiritual. Intellectual. Academic. Physical. & Emotion” telah memberikan impak yang besar kepada semua yang hadir.

Hari Pendaftaran: Jumaat, 18 Oktober 2024

Seminar PTP bermula dengan peserta yang datang dari seluruh negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei dan Indonesia.

Mengikut statistik keseluruhan, para peserta PTP menunjukkan pelbagai latar belakang.

Dari segi status pengajian, terdapat golongan yang belum memulakan pengajian, pelajar semester 3 ke atas (jumlah tertinggi), pelajar yang menangguhkan pengajian, mereka yang sedang/sudah melepasi Proposal Defense, pelajar yang menunggu Viva, pelajar yang baru bermula serta peserta yang sudah tamat pengajian.

Berdasarkan peringkat pengajian, 42.2% peserta adalah pelajar PhD, 27% pelajar adalah daripada Master,  14.7% peserta di peringkat Ijazah Sarjana Muda, 10.6% yang memiliki Diploma, dan selebihnya dalam kategori lain.

Dari segi pekerjaan, peserta terdiri daripada pelbagai bidang, termasuk kerajaan, swasta, bekerja sendiri, guru, pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), pensyarah, pelajar dan selebihnya dalam kelompok lain.

Buat pertama kalinya, Dr Roket menyediakan Rangka Kursus (Course Outline) kepada semua peserta.

 Mereka turut dibekalkan dengan bahan-bahan yang berkaitan sebagai persediaan untuk ilmu yang akan dipelajari dalam setiap sesi.

Rangka kursus yang disediakan ini merangkumi kandungan kursus, jam pengajaran/kursus dan banyak lagi.

 

Hari Pertama Acara: Sabtu, 19 Oktober 2024

Dr Roket memulakan sesi dengan membincangkan Tesis Strategies dan Tesis Management dengan tema “Tactical Solutions & Preventatives Management” dalam tempoh 18 jam kredit dan 326 slide.

Peserta berpeluang mendengar perkongsian daripada dua orang pelajar PhD yang sedang sambung belajar di luar negara, Dr. Nadia Monica dari University College London dan Tuan Fauzi Mohd Said dari Universiti Cambridge serta perkongsian daripada circle Platinum dan peserta.

Kehadiran VVIP seperti Haji Roslan Haji Roslan B. Mohamad, mesra dipanggil Pak Cik Lan (Pengerusi IKRAM) dan Datuk Haji Mohd Asri B Haji Ahmad (Mentor Pelaburan Saham Syariah) juga menambah suasana seminar.

Kedua-dua mereka menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang kelas selama dua hari ini. Kagum dengan pengalaman yang mereka bawa, kehadiran mereka memberikan inspirasi kepada peserta.

Pada hari pertama ini, sesi Thesis Clinic bersama CRMP juga telah berlangsung sepanjang dua hari baik secara bersemuka di luar dewan atau secara di dalam talian (online) di platform Zoom.

Begitu juga dengan booth jualan dan kaunter MIC yang dibuka di ruang legar dewan. Syukur, promosi produk buku RRD dan ARMP Chart laris bak ‘pisang goreng panas’!

Pada waktu malam, pengisian bacaan Hisnul Muslim diadakan sebagai pengisian sebelum sesi malam bermula.

Setelah sesi malam hari pertama berakhir, kami berkesempatan menyambut ulangtahun 2M World @ Dr Roket yang ke-8 bersama peserta di dalam dewan.

Terima kasih diucapkan kepada circle Platinum Dr Roket yang membuat kejutan hadiah kepada Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam, Dr. Hjh. Mardiana dan kepada 2M World Sdn. Bhd @ Dr Roket.

Hari Kedua Acara: Ahad, 20 Oktober 2024

Pada hari kedua, sesi masih diteruskan dengan pelbagai pengisian. Seminar berakhir dengan sesi penutup yang meriah, di mana peserta dapat berkongsi pengalaman mereka dan menerima hadiah cabutan bertuah.

Tahniah kepada para peserta yang hadir ke seminar PTP kali ini! Antara yang memeriahkan dewan PTP ini adalah kumpulan dari;

– IPGM Kampus Raja Melewar (IPGMKRM), Seremban
– Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) Kuala Lumpur
– Universiti Islam Selangor (UIS)
– Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
– Management & Science University (MSU)
– Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang
– Universiti Selangor (UNISEL)
– Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
– Kolej Poly- Tech MARA (KPTM) Bangi
– Politeknik Ungku Omar Ipoh (PUO)
– Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
– Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
– Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas Kelantan
& ramai lagi!

Terima kasih kepada sidang media RTM yang membuat liputan khas sempena seminar PTP 2024.

Boleh tonton di sini: .

Tahniah kepada para CRMP (Coach Roket Master PhD) yang membantu, para sukarelawan dalam kalangan platinum Dr Roket, dan pasukan yang menjadi tulang belakang acara PTP ini.

Barisan Kru @ Team 2M World:

Pengasas
Dr. Hjh Mardiana binti Mat Ishak (COO)
Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam bin Zainan Nazri (CEO)

Barisan HOD
Dr. Shaliza binti Jumahat
Dr. Faridah Hanim binti Shakirin
Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad
Ustazah Dr. Hidayah binti Ahmad Azam

Human Resources (HR)
Puan Fariza binti Hassan Basri

Finance & Account
Asrul Hadi bin Ahmad

Operation
Nurul Ain Rohaizat
Siti Norshafiqah binti Mohd Asri

Media & Marketing
Muhammad Nashrul Naim bin Abd Rahim
Muhammad Ajmal bin Harun
Nurul Nabila binti Suhaimi
Natasha Yasmin binti Norsham

Customer Service & Sales
Muhammad Haziq Aqil bin Shamsudin
Nur Hidayah binti Che Jusoh
Nazeefa Izzati binti Kamarudin
Nur Anis Batrisya binti Norazman

C.R.M.P. (Coach Roket Master PhD)
Dr. Faridah Hanim binti Shakirin
Ustazah Dr. Hasiah binti Mat Salleh
Ustaz Mohd Fahmi bin Hj. Md. Yusop
Ustazah Dr. Muazah binti Abu Samah
Dr. Zuraini binti Idris
Dr. Shaliza binti Jumahat
Ts. Dr. Nur Hidayah binti Ahmad
Dr. Mardhiyati binti Mohd Yunus
Dr. Zurina binti Abdullah
Dr. Nur Ashikin binti Marzuki
Dr. Siti Hasanah binti Osman
Ustazah Dr. Hidayah binti Ahmad Azam
Ustazah Dr. Nur Hanisah binti Mohd Nor Affandi
Dr. Nur Aqlili Riana binti Alias
Dr. Normadiyana binti Abdullah
In. Am. Nabila binti Mohd Hashim
Ustazah Dr. Shuhaida Hanim binti Mohamad Suhane

Barisan Sukarelawan
Najwa Elia binti Mohamad Fauzi
Nor’ Zuleikha Nawal binti Zolkefle
Ustazah Dr. Sahlawati binti Abu Bakar
Nurul Syafika Nadiah binti Mohd Zabarudin
Nasihah binti Mokhtar
Norilyani binti Md Nor
Dr. Haryati binti Yaacob
Hazzila binti Abdul Samat
Dr. Noor Ropidah binti Bujal
(Dr) Rosfatihah binti Che Mat
Asma binti Adnan
Salmah Abu Hasan
Dr. Hanis Idayu binti Kasim
Dr. Heliza binti Abdul Halim
Ustazah Maznah binti Ramli
Azizah binti Awang
Fauzana binti Ismail
Afiqah binti Hamzah
Ts. Rohayu binti Daud
Nur Huda Mohd Amin
Dr. Hafizah Rajaa binti Shaari
Maryam Habibah binti Kamis
Nur Adilla binti Abd Rahaman
(Dr) Siti Huzaimah Husin
Dr. Ruziaton binti Hasim
(Dr) Amnah binti Maktar
Analiza Anis binti Ab Aziz
Dr. Mohamad Najib bin Mat Pa
Tengku Nurul Amira Aqma binti Tengku Zakaria
Nur Adillah binti Ramly & para guru Tadika Bonda

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x