fbpx Skip to main content
search
0

KOLEKSI DISERTASI / TESIS VIVA PLATINUM DR ROKET 

Artikel ini merupakan salah satu koleksi disertasi / tesis Viva para Platinum Dr Roket yang diakui sah dengan izin pengkaji. Sebarang peniruan / salinan di tempat lain adalah tidak dibenarkan.

Disertasi/ Tesis Viva ~ (Dr) Maryam Habibah, PhD UM

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva pada 8 November iaitu (Dr) Maryam Habibah binti Kamis.

Jutaan tahniah diucapkan kepada (Dr) Maryam Habibah yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

(Dr) Maryam Habibah binti Kamis.

BIDANG:

Akidah dan Pemikiran Islam.

UNIVERSITI:

Universiti Malaya.

TAJUK KAJIAN:

Penilaian Epistemologi Muslim Liberal Berdasarkan Pemikiran Epistemologi Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam Kitab Usul al-Din.

NAMA PENYELIA:

1. Prof. Dr. Mohd Fauzi Hamat.

2. Dr. Wan Adli Wan Ramli.

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Pemikiran liberalisme berkembang ke seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi peranan tokoh tempatan dan pertubuhan seperti SIS, IRF dan G25 Malaysia.

Penyebaran pemikiran liberalisme mendapat reaksi daripada sarjana Islam. Pemikiran liberalisme dalam kalangan Muslim memberi implikasi berat yang mnyentuh akidah umat Islam.

Oleh yang demikian, pemikiran Muslim liberal khususnya yang menyentuh aspek epistemologi wajar diteliti.

Hasil kajian mendapati pemikiran epistemologi Abd al-Qahir al-Baghdadi yang mewakili Ahli Sunnah Wal Jamaah masih relevan dalan menangani kecelaruan pemikiran Muslim liberal dalam aspek pensabitan ilmu, definisi ilmu dan sumber ilmu.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Pemikiran epistemologi Abd al-Qahir al-Baghdadi dalam kitab I’yar al-nazar fi ilm al-Jadal untuk mengukuhkan epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terima kasih kepada (Dr) Maryam Habibah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘Postgraduate’ di luar sana.

Tak ada ilmu pengurusan tesis yang betul? Tak tahu nak seimbangkan akademik dan life? Nak rasai impak dalam journey Master PhD anda? Jom hadir ke seminar PTP tahun ini! Tekan button di bawah SEGERA 👇🏻

Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x