fbpx Skip to main content
search
0

Pernahkah anda merasakan bahawa anda bersendirian dalam perjalanan tesis anda? Anda hampir murung dan tidak tahu bagaimana nak tulis tesis? Oh TIDAK! Adakah ini penghujung bagi perjalanan Master Phd anda?

Anda jangan bimbang, kerana harini kami ingin berkongsi antara salah satu kisah inspirasi yang mungkin sama gen dengan kisah perjalanan tesis anda. Jom kita ikuti!

Nik Noralhuda bt Nik Mohamed merupakan seorang pelajar EDD Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beliau juga kini berkhidmat sebagai seorang guru.

Jika sebelum ini beliau mengakui langsung tidak tahu apa itu Phd walaupun sudah mendaftar sebagai pelajar EDD selama 3 tahun. Kerana cabaran ini juga beliau mendedahkan bahawa beliau mula berasa keseorangan dan tidak tahu untuk rujuk atau bertanya kepada siapa. “Saya tidak tahu bagaimana hendak tulis tesis, saya tidak ada tajuk tesis dan tidak ada SV.  Malahan, saya tidak tahu berapa patah perkataan yang harus ditulis dan saya juga tidak tahu berapa halaman untuk menghasilkan sebuah tesis.

“Tetapi Alhamdullilah syukur apabila saya telah berjumpa dengan Dr Roket, saya sudah mula nampak cahaya yang bersinar. Selain itu, saya sudah tahu apa yang patut dilakukan dan kini saya dah ada tajuk tesis. Tambahan pula, walaupun saya menyertai program Dr Roket semasa PKP, saya dapat ramai kawan-kawan baru yang sangat hebat dan sentiasa positif lebih dari 200 orang. Alhamdullilah.

“Dan apa yang paling saya syukuri dengan rahmat Allah adalah saya ada mentor yang setiap hari, setiap pagi, masa dan detik akan sentiasa berusaha membantu dan memimpin kami untuk meningkatkan momentum dan semangat untuk sama-sama meneruskan perjalanan ini.

“Alhamdulillah setelah melalui dan percaya kepada proses Dr Roket, kini saya mempunyai lebih 12 deraf dan total pages saya melebihi 3 ribu pages. Alhamdullilah.

“Saya amat berterima kasih kepada Dr Roket kerana menyediakan program sebegini kerana saya telah dapat melalui proses yang sangat berharga. Saya mengharapkan kita bersama-sama berdoa supaya kita semua dapat mengakhiri perjalanan kita ke bilik viva yang delicious. Insyallah. Alhamdulillah, saya telah pun merasai perjalanan yang cukup indah bersama Dr Roket, anda bila lagi? “ kongsi beliau.

“Difficult Roads Lead You To Beautiful Destinations”

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x