Skip to main content
search
0

“90 peratus analisis saya telah selesai, yang saya perlu selesaikan hanya lah penulisan sahaja” luah Nadia Nur Najihah Mohd Nasir yang merupakan pelajar PhD bidang pengajian kejuruteraan mekanik dan bahan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penulisan tesis selalu menjadi cabaran besar bagi bangsa postgrad. Cabaran penulisan tesis ini juga menjadi cabaran besar bagi Cik Puan Nadia Nur Najihah.

Beliau menceritakan bahawa dalam cabaran penulisan yang paling kritikal dihadapi beliau adalah dalam bab 2. Di mana penggunaan method yang Cik Puan Nadia Nur Najihah guna adalah berbeza dengan rakan-rakan kumpulan yang mempunyai penyelia yang sama dengan beliau. “Cuma kajian saya ianya diaplikasikan pada bahan yang sama” ujarnya. Apabila tiada yang sama, kita seakan tidak mempunyai rujukan untuk penulisan kita.

Cabaran penulisan tesis sudah menyebabkan Cik Puan Nadia Nur Najihah berasa sangat terbeban, malah beliau diuji dengan cabaran kesihatan. “Sepanjang pengajian saya, saya sering alami sakit kepala sehingga ke tengkuk, belakang pun rasa sakit. Bila pergi ke pusat kesihatan universiti, mesti kena tahan sebab blood pressure tinggi.” Beliau menceritakan beliau terpaksa telan ubat dan perlu sentiasa untuk bertenang sehinggalah tekanan darah beliau menurun. Tetapi cuba fikir jika anda di keadaan beliau dengan memikirkan tesis, adakah anda dapat bertenang juga?

Diimbau kembali pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bulan Ogos tahun lalu iaitu tahun 2020 merupakan tahun paling kritikal untuk beliau. Ketika itu Cik Puan Nadia Nur Najihah memutuskan untuk duduk di rumah sewa kononnya nak fokus penulisan tesis dan kerja-kerja yang lain yang diberikan oleh supervisor. Tetapi ianya tak bertahan lama kerana pada ketika itu. Beliau mengalami masalah emosi yang sangat teruk sehinggakan kesihatan beliau merosot. Cik Puan Nadia Nur Najihah mengalami stress yang sangat melampau sehinggakan mengalami anxiety.

Malah, Doktor pun mendiagnos beliau dengan macam-macam penyakit. Allahuakhbar. Daripada tidak tenang memikirkan masalah penulisan tesis terus membawa kepada pelbagai penyakit. Berat tak berat isu ni? Seabb itulah pentingnya ilmu pengurusan tesis.

“Saya sangat bersyukur diberikan peluang, diberikan rezeki bertemu dengan proses Dr Roket ini.” Ayat kesyukuran yang keluar daripada mulut Cik Puan Nadia Nur Najihah. Beliau menceritakan jika dahulu keadaan stress, emosi tidak stabil dan rasa lonely sering beliau rasai. Sentiasa merasakan serba serbi tak cukup masa, banyak kerja yang nak kena buat dan perlu memikirkan tesis beserta artikel lagi. Fuhhh banyak kan yang beliau fikirkan sebelum berjumpa dengan Dr Roket. Lain lagi nak luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Tetapi sekarang alhamdulillah bersyukur sangat, proses ini banyak sangat membantu saya. Saya berubah 360-degree dalam hidup saya.” Beliau mengatakan walaupun belum amalkan 100 % ilmu Nak Ubah Tesis (NUT) tetapi ianya tetap memberikan impak kepada hidup pelajar PhD kejuruteraan. Beliau menceritakan bahawa proses ini mengubah mindset beliau menjadi lebih positif dan membuang semua yang negative.  Beliau memula memadam semua benda-benda yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Waktu yang dulunya serabut, tidak terurus kini menjadi lebih teratur hidup Cik Puan Nadia Nur Najihah. Belkau berkongsi bahawa kini beliau berasa lebih banyak waktu terutamanya berhubung dengan Allah SWT. Bukan itu sahaja, malah dengan keluarga pun masa lebih terisi juga. Kesyukuran yang beliau sangat syukuri apabila kemanisan bersama keluarga dan masa bersama dengan Sang Pencipta.

“Ia juga bantu saya untuk lebih menghargai, menyayangi diri saya sendiri dengan bersyukur sekecil-kecil pencapaian hingga pencapaian yang besar setiap hari.” Betul bagi beliau Proses ini memerlukan masa, ialah nama pun proses kan tetapi apa yang Cik Puan Nadia Nur Najihah perasan hari demi hari emosi beliau semakin stabil, semakin tenang dan beliau semakin sukakan diri yang sekarang. “Disebabkan proses ini, saya menjadi lebih bersedia dan saya gembira”. Syukur syukur syukur.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x