fbpx Skip to main content
search
0

‘Journey’ sepanjang Master

“Alkisahnya, bermulalah perjalanan Master saya selama lima tahun dan kajian yang dibuat adalah di bawah APEX grant dengan memulakan ‘data collection’ sebelum ‘register’.

Pada masa itu, penyelia saya sudi datang ke rumah untuk membantu dan memastikan eksperimen saya berjalan lancar. Usai sahaja ‘data collection’ dalam tempoh 6 bulan di semester pertama, bermulalah episod tenggelam di dalam lautan dalam sejarah perjalanan Master saya.

Mana tidaknya, penyelia saya mengatakan bahawa beliau tidak boleh tidur lena setelah membaca penulisan saya yang sangat membimbangkan! Beliau berkata pada saya bahawa penulisan tesis saya tidak mencapai tahap ‘standard final year degree’ sekali pun. Kata-kata ini amat memberikan pukulan hebat buat diri saya.

‘Struggle’ dalam tesis

Semenjak itu, saya mula tidak yakin dan sukar untuk memahami langkah-langkah bagi memulakan tesis dari awal.

Betapa kerdilnya saya, sehinggakan saya cuba menyibukkan diri dengan menghasilkan lebih daripada bilangan artikel yang sepatutnya diperlukan untuk menyokong kajian saya, walaupun syarat untuk lulus Master cuma satu artikel sahaja.

Pelbagai kelas dan seminar telah saya sertai tetapi masih kurang bersemangat dan saya rasa kosong apabila menghadap laptop, akhirnya tesis ditinggalkan begitu sahaja.

Luaran saya tampak sahaja normal, komited, walhal hakikatnya, hancur di dalam. Perjuangan untuk mengimbangi kehidupan peribadi, kerja dan komitmen untuk tesis amat berat bagi saya.

Tambahan pula, Master saya hampir di’terminate’ sehinggakan terpaksa bermalam di pejabat bersama anak-anak.

Walau bagaimanapun, syukur kepada Allah, saya dikurniakan suami yang penyayang dan anak-anak yang memahami. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tesis saya.

Bayangkan, ketika esok adalah hari terakhir tempoh masa pengajian Master saya akan tamat, penyelia saya masih tetap baik hati menandatangani borang bagi membenarkan saya menghantar tesis untuk Viva. Alhamdullilah.

Peristiwa semasa Viva

Sungguhpun begitu, perjalanan Master saya masih lagi keadaan yang bahaya kerana saya masih tidak yakin akan hasil tesis saya. Perasaan gentar untuk memasuki bilik Viva amat menebal.

Saya kesal kerana tidak mampu untuk mendapatkan momentum yang sepatutnya. Ketika hari Viva, perasaan saya dalam bilik Viva seolah-olah seperti berada di dewan mahkamah kerana saya ditujukan soalan yang bertalu-talu.

Malah, ada kesalahan di sana sini yang membuatkan saya tidak mampu mempertahankan kajian saya. Saya reda dan pasrah apa pun keputusannya. Akhirnya, saya diumumkan mendapat keputusan Viva – Lulus dengan Major Correction selama satu tahun.

Selepas setahun, tesis saya masih tiada ‘progress’ dan masih dalam pembetulan. Siang malam berkerah idea tidak kira tempat, tidak lagi menghiraukan makan tidur dan hari demi hari menyiapkan pembetulan-pembetulan tersebut.

Saya tersungkur apabila tesis saya tidak diterima oleh ‘internal examiner’ kerana tidak pernah mendapatkan rundingan pembetulan untuk disemak.

Namun, di celah-celah kekalutan, Deputy Dean of Research yang sangat baik hati menghulurkan tangan beliau membantu menyemak pembetulan tesis saya.

Allah sangat-sangat baik. Akhirnya saya berjaya menghantar pembetulan tesis Master saya yang cukup genap 5 tahun pengajian.

Titik perubahan

Kenangan perjalanan Master ini merupakan detik hitam dalam kehidupan saya. Ia menjadi penguat untuk saya bangkit.

Saya mesti berubah.

Tapi bagaimana?

Apa yang mesti saya lakukan?

Siapa yang boleh bantu saya?

Alhamdulillah, akhirnya semua doa-doa saya kepada Allah dimakbulkan apabila saya dipertemukan dengan pasangan suami isteri iaitu Nur Shuhada Hanapi dan Shahril Khairi Abdul Shukor yang memperkenalkan Dr.Roket pada saya.

The last start up di Hotel Tabung Haji pada 23/11/2018 di situlah bermulanya saya bertemu sinar dalam perjalanan PhD saya.

Semangat berkobar-kobar yang mula menguasai diri telah membawa saya untuk hadir ke program Dr. Roket yang seterusnya iaitu Seminar Gempur (atau kini dikenali sebagai Seminar Nak Ubah Tesis) pada 02/02/2019 di Hotel Tabung Haji.

Sepanjang seminar berlangsung, saya semakin mengenali diri dan dapat mengenalpasti titik kesalahan saya dalam perjalanan Master sebelum ini.

Meskipun belum daftar PhD, saya bertekad untuk menyertai pakej Platinum Dr. Roket Batch yang pertama.

Hal ini kerana saya nampak proses Dr. Roket amat memberi inspirasi kepada saya untuk mengubah gaya hidup dan lebih bersemangat memulakan perjalanan PhD saya. Ketika itu saya mula memasang impian untuk ‘Graduated On Time’ (GOT).

Proses sepanjang bersama Dr. Roket

Nikmat kesyukuran semakin berganda apabila Allah mengizinkan saya untuk ‘register’ PhD saya pada 10/09/2019 dengan persediaan mental dan fizikal setelah melalui proses lebih kurang tujuh bulan.

Semakin hari semakin banyak nikmat yang amat saya syukuri. Saya berjaya menyiapkan fasa pertama dalam pengumpulan data-data penting (preliminary interview) pada bulan Disember.

Seterusnya, saya berjaya menyiapkan artikel sulung dalam ‘scopus’ pada bulan Januari dan ‘publish’ pada bulan Februari. Alhamdulillah syukur. Allah sangat baik.

Saya berjaya ‘submit’ NOS pada 01/06/2021, diluluskan pada 18/08/2021 dan saya ‘submit’ ‘final draft’ untuk Viva pada 03/11/2021. Alhamdulillah. Kini, emosi saya semakin stabil tiada lagi penyakit buat kerja ‘last minit’, tiada lagi huru-hara.

Pencapaian & kejayaan

Alhamdulillah, sepanjang proses bersama Dr. Roket, saya berjaya menghasilkan empat artikel jurrnal, diikuti sembilan penulisan popular di majalah (Majalah Sains, Dewan Kosmik dan Dewan Budaya), akhbar (Utusan) dan website (Root of Science).

Saya turut menerima pentauliahan sebagai BIM modeller (architecture), pentauliahan sebagai BIM modeller (structure) dan terkini sedang dalam proses mendapatkan pentauliahan sebagai BIM manager.

Selain itu, saya turut mendapat ‘title’ The Best Presenter Award di International Conference. Saya juga berjaya mendapatkan ‘copyright’ bagi ‘final research framework’ dan berjaya ‘submit’ penyertaan pertandingan inovasi dengan menghasilkan aplikasi hasil daripada ‘final research framework’.

Alhamdulillah, paling disyukuri apabila saya mampu hantar ‘full’ tesis untuk Viva dengan draf yang ke-117, dengan jumlah kumulatif daripada draf 1-117 adalah sebanyak 31,619 halaman.

MasyaAllah, begitu drastik bezanya perjalanan PhD saya berbanding perjalanan Master saya yang serba huru hara. Allah izinkan saya untuk mendapat keputusan Skala 1 (Zero Correction) bagi tempoh 5 semester pengajian PhD.

Kini, perasaan berada di dalam bilik Viva dirasakan sangat tenang dan pembentangan berjalan dengan sangat lancar. Buat pertama kalinya dalam sejarah di mana fakulti saya memberikan keputusan Skala 1 kepada pelajar PhD.

Tesis saya turut dicalonkan untuk terima The Best PhD Thesis Award. Alhamdulillah. Nikmat mana lagi yang engkau dustakan.

Saranan saya buat semua agar patuh kepada ilmu dan perkongsian yang disampaikan oleh Dr. Roket. InsyaAllah ia bakal mengubah hidup dan memberikan kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menyertai program Seminar Nak Ubah Tesis dan semua program yang telah disusun rapi oleh Dr. Roket.

Penghargaan

Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Saya sentiasa percaya pada diri bahawa semuanya adalah dengan izinNya.

Kepada Dr. Roket, insan yang banyak berjasa kepada saya, terima kasih tidak terhingga kerana tidak pernah berputus asa membimbing saya hingga ke akhirnya. 

Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat Tim Dr. Roket yang sangat komited. Selain itu, saya dedikasikan ucapan terima kasih kepada ‘circle’ Platinum yang hebat kerana sokongan mereka pun tidak berbelah bahagi beserta doa-doa yang mengiringi saya setiap hari amatlah saya hargai.”

Alami sekali lagi saat-saat yang menakjubkan pada tarikh 15 Februari 2022. Dr. Roket menyediakan Edisi Special Terjah + Live Bising Viva untuk kejutan kepada Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad. Saksikan video tersebut di Youtube Dr. Roket sekarang:

NAR

Digital Marketing Executive

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x