fbpx Skip to main content
search
0

Norhanani binti Abdul Rahman, yang berasal daripada Perak dan kini menetap di Port Dickson atas tuntutan pekerjaan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Port Dickson. Beliau merupakan pelajar PhD dalam bidang pengajian Kejuruteraan Elektrik (Elektronik). Beliau menceritakan sebelum beliau berjumpa dengan Dr Roket banyak cabaran yang beliau hadapi sepanjang tempoh pengajiannya.

Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka ini menceritakan perjalanan bagaimana beliau berjumpa Dr Roket adalah sangat menarik. Bayangkan dikala berada dalam fasa buntu untuk menulis tesis, beliau terus ternampak rakan beliau update mengenai Dr Roket, bermula dari situ lah beliau mengenali Dr Roket. Pada tahun 2019 itulah menjadi titik totak perubahan perjalanan PhD Puan Norhanani.

“Cabaran besar saya dalam perjalanan MasterPhD adalah cabaran menulis tesis”

Namun, Alhamdulillah daripada diselebungi rasa buntu menulis tesis Dr Norhanani, kini telah mendapat surat senat dan telah mendapat gelaran DR NORHANANI ABDUL RAHMAN. Hebat bukan!!!!. Beliau menceritakan bahawa bila beliau mula mengikuti program Dr Roket ini bukan sahaja tesis yang berubah tetapi kehidupan beliau juga turut menjadi lebih baik.

“Terima kasih Dr Roket yang telah memperkenalkan program sebegini. Bila orang kata Father of masterphd strategist ianya betul kerana sememangnya banyak memberi strategi untuk menulis tesis”

Nak tahu apa yang lebih mengagumkan yang jadi kepada Dr Norahanani, beliau hanya mengambil masa kira-kira dalam setahun sahaja untuk viva semenjak mula mengikuti program Dr Roket. Beliau mula menyertai pada 28 Disember 2019 dan viva pada 10 Disember 2020. MENGAGUMKAN BUKAN! .Hanya mengambil masa setahun sahaja bersama proses Dr Roket beliau terus mendapat viva yang VIVIALICIOUS.

Tambah beliau, yang paling menggembirakan buat beliau adalah perbezaan raya pada tahun 2020 dan tahun sebelumnya kerana pada tahun 2020 Dr Norhanani berpeluang untuk bergambar dengan tesis di pagi raya sambil memakai baju raya bersama seluruh ahli keluarganya. Pada tahun ini pula beliau sangat bersyukur kerana kalini beliau bergambar dengan tesis bersama surat senat.

“Saya ingin mengucapkan jutaan yg tak terhingga kepada Dr Khairul nizam aka Dr Roket, kepada Dr Mardiana dan semestinya tim 2MWorld yg telah bertungkus lumus berjuang untuk membantu bangsa postgrad sehingga kami mencapai kejayaan. Semoga Allah memberi balasan setinggi-setingginya balasan, pastinya kami doakan agar Dr Roket dan semua tim 2MWorld mendapat tempat di syurga Firdaus

“Kepada anda semua, kepada Dr Khairul nizam, kepada dr mardiana kepada tim 2MWorld, kepada pastinya platinum-platinum sekalian dan semuanya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya doakan anda semua Berjaya dunia dan akhirat dan pastinya dpt title Dr untuk kita berjuang untuk ummah. Salam lebaran dari saya, semoga anda semua ceria dihari raya bersama tesis anda”.

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x