fbpx Skip to main content
search
0

Mungkin saat ini anda yang sedang melalui perjalanan Master PhD berasa gusar dan hampir hanyut dalam semester 8-9 tahun, ketahuilah ada yang lebih berat cabarannya.

Seorang insan yang kuat dan cekal, beliau pernah melalui perjalanan PhD selama 8 tahun lamanya dan quit!

Ada kisah di sebalik perjalanan beliau yang penuh onak dan duri itu, namun beliau masih kuat untuk meneruskan lagi pengajian PhDnya walaupun pernah tersungkur.

Inilah yang dikatakan SUPERWOMAN! Insan yang disebut adalah Dr. Faridah Hanim binti Syakirin.

Anda nak tahu kisah di sebalik pengajian PhD beliau?? Jom ikuti perkongsian di bawah…

“SubhanAllah! Allah Maha Baik! Jika kita memohon petunjuk daripadaNya, pasti akan dibantu pada masa yang tepat. Saya ingin memberi perkongsian mengenai pengalaman saya sebagai penuntut PhD di dalam bidang Sains Pemakanan Haiwan, di mana penutup pengajiannya sudah pasti dengan penghasilan sebuah tesis lengkap.

Namun semua itu bukan perkara mudah untuk dirangka dengan baik kerana kita memerlukan sebanyak mungkin strategi yang terperinci, data-data kajian yang tepat dan juga sokongan moral yang cukup untuk menyempurnakan tesis saya dengan hasil penulisan yang memberi impak kepada para pembaca pada masa hadapan.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang tidak putus-putus memberikan sokongan, bimbingan serta doa yang berpanjangan selama saya berjuang menyiapkan tesis sehingga membuat persediaan ke bilik viva.

Saya menyambung semula PhD saya pada tahun 2020. Hal ini kerana saya telah bertekad untuk habiskan PhD selama dua tahun. Saya telah kembali semula apabila menyertai program Pre-NUT Dr Roket di USIM. Ini lah seruan dari Allah setelah berdoa di dalam solat tahajud dan akhirnya doa saya dimakbulkan.

Walaubagaimanapun, saya sudah mengenali Dr Roket sejak April 2019 dan menghadiri Seminar Pre-NUT yang diadakan selama 3 jam sahaja. Walaupun dalam masa yang singkat, hujah-hujah itu amat memberi impak kepada saya untuk mulakan semula penulisan ilmiah. Ayat padu yang menyentuh hati saya adalah “PhD adalah jambatan ke syurga”.

Bantuan Allah sangat tepat pada masanya di mana ianya datang dalam masa kritikal walaupun saya berharap ia datang lebih awal. Benarlah, perancangan Allah itu adalah terbaik. Tanpa berfikir panjang, saya teruja untuk menyertai pakej Platinum untuk berpeluang merasai program Dr Roket secara keseluruhan.

Ada kisah di sebalik mengapa saya ingin berhenti PhD pada ketika itu. Ia bermula apabila saya perlu mengharungi pelbagai cabaran dalam membuat tesis dan kajian yang saya ambil. Disebabkan skop kajian ini memerlukan perincian yang tepat serta fokus yang lebih mengenai perawatan haiwan, ia membuatkan saya merasakan proses ini amat tertekan dan rumit. Hal ini menyebabkan berlakunya patah semangat dalam diri saya untuk teruskan perjuangan tersebut.

Selain itu, saya pernah bertemu kaunselor di UPM kerana saya menjadi depresi apabila benar-benar kecewa dalam penghasilan tesis saya. Malah, ketika itu saya berasa kurang keyakinan dengan hasil kajian PhD saya sendiri. Saya juga kurang mendapat sokongan daripada rakan-rakan PhD yang lain. Walaupun saya bukan seorang veterinar (doktor haiwan), namun diminta untuk mengambil PhD dalam kajian makanan haiwan. Kajian tersebut memerlukan saya untuk mengenali semua jenis dan baka haiwan-haiwan bagi mengumpul data-data yang tepat.

Tambahan pula, tajuk kajian saya ini dipilih oleh penyelia kerana beliau merasakan ia sesuai untuk diri saya walaupun saya tidak beberapa minat dengan tajuk tersebut. Walaubagaimanapun, tiada masalah untuk mengumpul segala data-data penting yang diperlukan, cuma eksperimen ternakan ayam perlu diulangi sebanyak tiga kali. Hasilnya perlu diulang-ulangi sehingga mendapat keputusan yang stabil untuk mengukuhkan bukti kajian. Perkara itu menyebabkan saya hilang motivasi untuk meneruskan kajian tersebut.

Ianya seolah-olah saya seorang yang telah gagal. Seramai enam orang sahabat saya juga telah berhenti dan putus asa untuk menghabiskan Master PhD mereka pada ketika itu. Maka, saya juga turut berasa amat sedih apabila ditanyakan tentang perkembangan tesis saya. Ini kerana saya sudah membayangkan betapa gugupnya saya nanti jika menjejak kaki masuk ke bilik viva tanpa persediaan yang sepatutnya.

Namun demikian, amat rugi jika saya telah berputus asa kerana sedikit lagi langkah untuk berjaya sampai ke pertengahan kajian. Hal ini kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai perkembangan terutamanya cara untuk konsistenkan diri ini supaya meneruskan perjuangan demi meraih kejayaan yang manis pada kelak. Oleh itu, Dr Roket memberikan saya strategi yang lebih terperinci dan mudah dituruti dan difahami. Ini baru secebis ilmu, belum lagi selebihnya, jadi saya tidak sabar untuk ke program seterusnya selepas NUT dengan harapan untuk menghabiskan tesis ini.

Awal permulaan keberadaan saya di RIC 1, ramai yang ingin membantu dalam menjelaskan beberapa topik mengenai tesis saya. Mereka tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mendalami proses dan mendorong saya membuat tesis dalam keadaan yang pantas serta kekal bersemangat. Ketika di RIC 2 pula, saya telah isi sehingga Chapter 5, tetapi masih tidak yakin untuk melengkapkan tesis.

Namun, minda saya lebih positif sejak mula mengambil tindakan-tindakan yang betul dan akur kepada proses. Seterusnya, saya mula bersemangat dan amat fokus dalam menyiapkan helaian tesis saya setiap hari. Dr Roket mengajar saya untuk berfikiran positif dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dicapai.

Selain itu, saya dapat perbaiki hubungan dengan suami, keluarga, kawan-kawan dan anak- anak. Saya kian sedar bahawa setiap halangan yang mendatang adalah punca daripada kurang keyakinan dengan pencapaian diri sendiri. Keluarga sangat gembira dengan perubahan dan kemajuan pada diri dan mula memuji sifat positif yang ditonjolkan. Kini, tiada masa untuk berfikiran negatif kerana minda sudah dipateri dengan Morning Dr Roket dan peringatan untuk kekal positif.

Akhirnya, saya tidak sangka kerana mampu menjejak langkah ke bilik Viva dan telah berjaya dengan cemerlang. Dengan keputusan ini, saya amat terharu dengan sokongan dan sambutan yang besar-besaran sejak menyertai Circle Platinum Dr Roket. Saya sangat teruja untuk berada di dalam bilik Viva walaupun secara atas talian. Saya dapat menghadapinya dengan tenang disertai dengan persembahan yang sangat baik dan telah mendapat keputusan yang cemerlang“.

Terima kasih Dr. Faridah Hanim kerana setia dan percaya pada proses Dr Roket. Semoga perjalanan beliau selepas PhD akan terus mekar dan sentiasa berjaya.

Mendekati Tarikh Pembentangan Viva, Ini Persediaan Puan Faridah Hanim!Dirai Seperti Pengantin Semasa Viva, Ini Ucapan Teristimewa Puan Faridah Hanim!NUT Jawapan Kesungguhan Berdoa Puan Faridah Hanim!
NAR

Digital Marketing Executive

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x