fbpx Skip to main content
search
0

Baru-baru ini pasca wabak Covid- 19 yang melanda seluruh dunia , nyaris melumpuhkan hampir seluruh kegiatan harian kita semua. Tidak kiralah sama ada kita bergelar pekerja, ibubapa, peniaga, pensyarah, sehinggalah para pelajar tidak terkecuali turut terkena tempias yang bukan biasa-biasa.

Terpaksa berkurung berbulan-bulan lamanya di dalam rumah bagi mengelakkan jangkitan virus, pasti dunia kita terasa terhenti sekejap . Allahu Akbar, ujian yang tidak terlintas oleh fikiran kita semua sama sekali!

Lain pula jadinya dengan bangsa Posgrad Dr. Roket, berbulan- bulan lamanya duduk di dalam rumah, mereka berjaya menghasilkan draft demi draft dengan sangat produktif hari demi hari. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, bangsa Posgrad Dr. Roket telah memaksimakan perkembangan tesis mereka sehabis mungkin dengan menggunakan bahan-bahan Dr.Roket.

Masyaallah!

Ini sangat membuktikan dengan pemikiran dan komited dalam tindakan, ternyata “Covid- 19 bukanlah masalah, sebaliknya kitalah yang memberi alasan”, menurut pendedahan Dr. Roket dalam Morning Doc secara langsung di FB.

Menggunakan alasan wabak Covid-19 untuk menangguhkan semester, sangatlah tidak patut dan tidak wajar! Apa-apa jua sahaja alasan yang tidak munasabah dan tidak mendesak, akan menyebabkan budaya bertangguh dan ‘tidak mengapa’ yang akhirnya akan memakan diri, pengajian dan hidup anda sendiri. Kecuali disebabkan oleh faktor kewangan yang tidak stabil, dan kesihatan yang tidak mengizinkan, yang mungkin difikirkan wajar untuk melewatkan tempoh pengajian kerana keadaan yang mendesak.

Awas, bukanlah keputusan yang bijak jika anda melewatkan tempoh pengajian sematamata untuk mengelak perkara lain, bahkan merisikokan diri anda dengan berada dalam ‘zon selesa’ yang merbahaya sebenarnya!

Bayangkan apa yang akan terjadi jika anda melayan ‘mindset yang membunuh’; “rilekslah dulu, jangan kalut, ada berapa tahun lagi ni” sepanjang perjalanan Master Ph.D.

Jika anda memiliki rakan seperjuangan Master Ph.D, atau anda sendiri yang pernah berdialog seperti ini, cepat-cepatlah sedar bahawa ada risiko buruk yang sedang menanti. Kos pengajian semakin meningkat selari dengan bertambahnya semester, paling sedih anda sebenarnya membayar kos terhadap kejahilan anda menguruskan pengajian sendiri, dan anda mungkin terlepas peluang mendapatkan kerjaya yang berpotensi, jika anda grad selepas tempohnya!

Boleh jadi tesis anda ketika itu sudah tidak relevan disebabkan oleh data-data yang sudah tamat tempoh. Setelah bertahuntahun lamanya menulis dan membuat kajian, ini pasti mendukakan hati! Terinspirasi dengan penulisan Evelyn Harn, ‘Completing Your Doctoral Thesis in 2 Sem’, Dr. Roket konsisten membimbing bangsa Posgrad meneruskan pengajian mereka tanpa menghiraukan apa jua badai melanda.

Malah, berada dalam tempoh Printah Kawalan Pergerakan ibarat peluang keemasan pelajar Dr.Roket, tesis mereka bergerak berkalikali ganda dan mereka terus komited lalui proses yang betul untuk hasilkan Result yang tidak disangka-sangka cepatnya. Pasca Covid-19 adalah tempoh yang terbaik untuk tumbuhkan tesis anda dengan sangat drastik bersama kebergantungan kepada tuhan yang Esa.

Covid-19, ancaman merbahaya buat sesiapa sahaja, tetapi sampai bila anda mahu menunding jari dan membesarkan masalah yang anda sendiri tidak nampak hujung pangkalnya???

“Sebelum Covid-19, draft saya hanyalah 3, selepas PKP tesis saya meroket hingga 18 draft.”

“Selepas PKP, Alhamdulillah tesis berkembang dengan luar biasa sebanyak 14, bersama bonus satu jurnal.”

“Walaupun PKP, saya tetap bina hubungan daik dengan Penyelia dan mereka yang pakar”

“Saya semakin hampir siapkan tesis, telah siap draft ke 16 ditambah telah menerbitkan 2 artikel”.

“PKP adalah saat indah dan bahagia buat saya, tesis yang dulunya kosong, kini melonjak hingga draft ke-4.”

Kata-kata pelajar Dr. Roket ini membuktikan bahawa tesis sememangnya sangat boleh berkembang positif walaupun wabak melanda. Betulkan corak pemikiran terhadap masalah agar penulisan anda tetap berjalan seperti biasa, jangan biarkan hasrat Graduate On Time atau Graduate Before Time anda turut terkurung begitu sahaja.

Seperti mana amaran Dr. Roket; “Mengguakan Diri Hanya Akan Menyebabkan Tesis Anda Meninggal”, bermakna anda sendirilah yang perlu mencari kumpulan sokongan yang betul agar semangat anda tidak luntur dalam penulisan tesis. Dengan strategi pengurusan tesis dan kehidupan, beserta tindakan agresif anda, pasti memberikan keputusan yang luar biasa yang diimpi-impikan.

Oleh itu, jangan biarkan virus Covid-10 menjangkiti perjalanan Master Ph.D anda, kerana andalah sebenarnya yang bertanggungjawab melindungi dan mengamalkan langkah SOP terhadap tesis anda. Dengan mengikuti formula ‘The Law of Thesis Done’

Dr. Roket’ beserta ilmu pengurusan akademik dan kehidupan yang betul, ia bakal membuka jalan Graduate On Time anda, malah Covid-19 bukanlah masalah buat anda lagi! Jaga diri anda, jaga tesis anda, Insyaallah akan kebal Covid-19 bersama Dr. Roket!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x