Skip to main content
search
0

Terima kasih diberikan kesempatan untuk  penghargaan ini. Alhamdulilah syukur kepada Allah dengan keputusan Viva yang saya perolehi pada dua hari bulan Oktober lepas. Pertama kali, saya  ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mentor; Dr.Khairul Nizam. Kerana beliau siapa saya pada hari ini, saya bukan sesiapa tetapi Dr. Khairul Nizam yang bentukkan saya menjadi Mazidah yang baharu.

Azimat yang selalu saya bawa adalah kata-kata daripada Dr. Khairul Nizam kepada saya “stay strong Mazidah, ada benda besar akan berlaku”. Kejayaan saya pada hari ini berkat sokongan dan dorongan daripada Mentor yang sentiasa ingin melihat saya berjaya dan mengubah nasib kehidupan saya.

Alhamdulilah saya ditemukan dengan Dr. Roket pada 28hb Disember 2019 dan ambil keputusan untuk sertai Platinum dan alhamdulilah saya berjaya viva dengan hadiah istimewa lulus minor correction. Impian setiap pelajar PhD iaitu lulus dalam Viva. Kerana Dr. Roket merealisasikan impian saya yang saya sangat tunggu selama 5 tahun. Tarikh 2 Disember 2020 tidak akan saya lupakan. Semoga Allah jaga Dr. Roket. Semoga Allah jaga guru saya.

Di sebalik kejayaan saya, doa dan sokongan dari mak ayah saya Mat Rejab dan Puan Zaitun serta suami saya Muhammad Razin, ahli keluarga saya  yang sentiasa menyokong dan beri bantuan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Impian ahli keluarga saya melihat saya berjaya dalam PhD sangat tinggi.

Melihat air mata ahli keluarga saya mengalir semasa saya beritahu saya lulus dalam Viva, hanya Allah yang tahu perasaan saya saat itu. Saya tahu terlalu lama keluarga saya ingin melihat saya di saat ini.   Tiada kata yang dapat diluahkan yang dapat di zahirkan kerana terlalu banyak jasa orang- orang sekeliling saya untuk melihat saya berjaya.

Terima kasih kepada Supervisor dan Co -Sv saya atas bimbingan untuk saya melalui dan menghabiskan perjalanan PhD saya sehingga saya berjaya hari ini. Bimbingan dan sokong kedua-dua penyelia saya yang tidak berbelah bahagi kepada saya, tidak dapat saya lupakan. Semoga Allah membalas segala jasa Supervisor dan Co- Sv saya.

Tidak dilupakan sahabat platinum, nikmat yang saya tidak boleh didustai, Allah datangkan sahabat- sahabat seperti mana boleh digambarkan sahabat dari syurga untuk saya. Doa dan sokongan mereka terhadap saya untuk melihat saya berjaya tiada tolok bandingnya. Berjaya saya pada hari ini bukan sebab saya hebat, tetapi doa anda semua yang selamatkan dalam bilik Viva sebenarnya.

Allah Allah Allah. Apabila bicara tentang unfair advantages itu lah yang berlaku semasa sesi Viva saya. Jika boleh digambarkan doa itu sebagai peluru rasanya berlubang terus bilik Viva atas doa2 sahabat semua. Allah Allah Allah allah. Saya tidak mampu membalas semua jasa sahabat semua saya berdoa agar Allah permudahkan segala urusan sahabat platinum semua.

Kepada Tim 2MW , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepda semua, menolong saya, bantu saya daripada setiap sudut, doakan saya untuk Allah permudahkan segala urusan saya. Semoga Allah membalas segala jasa baik tim 2MW kepada saya.

Mengimbau kembali saat saya melalui Viva yang sangat VIVALIOUS. Allah bantu saya menjadi tenang, dan juga perjalanan dalam bilik Viva sangat smooth dan berjalan lancar. Kedua-dua pemeriksa sangat membantu beri komen untuk saya menambah baik dalam tesis. Viva saya tidak seperti selalu kita dimomokkan dengan perkara-perkara negatif.

360 darjah berlainan sebenarnya keadaan Viva saya. Viva saya lebih kepada perbincangan untuk jadi kan tesis saya lebih baik. Tipu saya cakap jika semua soalan dari pemeriksa saya boleh jawab. Ada sebenarnya beberapa soalan yang kurang jelas, Alhamdulilah syukur, pemeriksa bagi cadangan dan penerangan kepada jawapan soalan yang ditanya sepertinya kita didalam kelas guru yang mengajar.

Banyak ilmu baru yang saya belajar semasa sesi Viva. Banyak sebenarnya keajaiban yang berlaku didalam bilik viva saya. Nikmat apa lagi perlu saya didustai? Saya yakin jika kita melalui proses yang betul, Mentor yang ada result dan kita ada circle yang positif. Semua yang saya lalu di dalam Viva adalah proses semasa di dalam Platinum. Insyallah saya pasti semua akan melalui Viva kiriman tuhan.

Terima kasih pada semua yang bantu saya sehingga jadikan siapa saya pada hari ini bukan kerana saya hebat tetapi kerana doa anda semua untuk saya sebenarnya. Tidak terbalas jasa saya kepada semua Saya berdoa semoga Allah membalas semua kebaikan kalian. Allahuma amin.

Klik disini http://t.me/drroket untuk saksikan video ekslusif disebalik kejayaan Viva Puan Mazidah Rejab!

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x