fbpx Skip to main content
search
0

Puan Norsheila Abdullah telah melibatkan diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekian lama, dan memiliki taska sendiri. Beliau merasakan perlunya medalami ilmu kanak-kanak dek kerana bidang yang beliau ceburi itu. Beliau mengambil pengajian Diploma dalam bidang pendidikan awal, bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kelakuan kanak-kanak.

Beliau bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) dan NGO untuk mengembangkan kesedaran pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih berkesan. Sahabat beliau yang menyedari minat mendalam beliau terhadap kanak-kanak menawarkan beliau biasiswa untuk PhD bidang tersebut.

Setelah berkali-kali ditawarkan peluang PhD, akhirnya beliau menyambung pengajian PhD Graduate School of Business di UNIRAZAK. Bagi membantu pengajian PhDnya, beliau menyertai seminar Nak Ubah Tesis (NUT) pada 11 April 2020. Awalnya beliau masih tidak mahir dengan teknik meningkatkan tesis.

Berkat bantuan para Platinum beliau berhasil melonjakkan hingga 353 muka surat tesis. Beliau terus menyambung dengan menyertai RIC 1 dan mendaftar sebagai Platinum.  Beliau berjaya declare deraf pertama  ketika ini.

Beliau yang pernah menghadapai cabaran menukar tajuk sehingga 4 kali, bagi benar-benar mendalami isu kanak-kanak yang sedang berlaku di sekeliling. Beliau kemudian menyertai RIC 2  pada 4-6 Ogos dan terus meningkat sebanyak 282 muka surat, iaitu deraf yang ketiga.

Kini, tesis beliau meningkat hingga 385 muka surat iaitu sebanyak 14 deraf. Beliau yang dahulunya kurang percaya akan kemampuan diri untuk menamatkan pengajian, terus menjadi individu dengan corak pemikiran yang lebih positif.

Ingin mengetahui lebih banyak perubahan positif beliau sekarang? Klik disini untuk temu buat istimewa bersama Puan Norsheila Abdullah >> https://www.facebook.com/drkndrroket/videos/341387380508041

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x