Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 09 November 2022 iaitu cik puan Siti Hasanah binti Osman.
Jutaan tahniah diucapkan kepada cik puan Siti Hasanah yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan CEMERLANG!
Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
NAMA:
Cik puan Siti Hasanah binti Osman.
BIDANG:
Kejuruteraan Kimia (Sel Fuel).
UNIVERSITI:
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
TAJUK KAJIAN:
Pembangunan Elektromangkin Anod PtRu/TiO2-GA Untuk Sel Fuel Metanol Langsung (SFML).
NAMA PENYELIA:
1) Prof. Ir. Dr. Siti Kartom binti Kamarudin.
2) Dr. Siti Sahriah binti Basri.
3) Dr. Nabila binti A Karim.
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Platinum merupakan pilihan logam yang paling banyak digunakan sebagai pemangkin DMFC dalam konteks sel fuel kerana pemangkin berasaskan platinum telah mengatasi prestasi berbanding pemangkin berasaskan logam lain dalam aktiviti dan kestabilan.
Malah, pemangkin berasaskan logam ini mempunyai aktiviti pemangkin yang paling tinggi daripada semua pemangkin berdasarkan logam tulen untuk pengoksidaan metanol.
Justeru, kajian ini menawarkan sokongan mangkin yang mana ianya boleh mengurangkan kandungan penggunaan bahan ini dalam sel fuel metanol langsung terutamanya.
Malah dengan memperkenalkan bahan sokongan baharu gabungan logam oksida dan grafin aerogel memberi kesan elektrokatalitik yang tinggi dan kestabilan jangka panjang berbanding pemangkin komersial.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
- Kajian elektromangkin dwilogam menggunakan teknik pemodelan kimia kuantum (DFT) bagi applikasi Sel Fuel Metanol Langsung.
- Mengkaji mekanisma tindak balas antara kumpulan logam oksida selain TiO2 untuk aplikasi pemangkinan.
- Menguji sel tunggal DMFC dengan lebih terperinci yang merangkumi prestasi sel, ketahanan dan jangka hayat.
Terima kasih kepada cik puan Siti Hasanah Osman atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri: