fbpx Skip to main content
search
0

Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD. Bagi mereka yang telah menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.

Alhamdulillah, seorang lagi ahli platinum Dr Roket telah menjalani ‘the real Vivalicious’ di bilik Viva hari ini, 15 Februari 2023 iaitu Tuan Mohamad Shafiq bin Mohd Aswadi.

Jutaan tahniah diucapkan kepada tuan Mohamad Shafiq yang telah selesai membentang tesis di bilik Viva. Syukur, beliau telah LULUS Viva dengan jayanya..

Berikut merupakan sedikit latar belakang kajian beliau yang telah mengizinkan perkongsian ini untuk rujukan umum.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.

NAMA:

Tuan Mohamad Shafiq bin Mohd Aswadi.

BIDANG:

Fiqh & Usul Al-Fiqh (Kewangan Islam).

UNIVERSITI:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

TAJUK KAJIAN:

Fatḥ and Sadd al-Dharīʿah and Their Implementation in Islamic Finance Industry in Malaysia: An Analytical Study of Selected Issues.

NAMA PENYELIA:

1. Assoc. Prof. Dr. Fuad Bin Md. Sawari.

2. Sahibus Samahah Assoc. Prof. Dr. Miszairi Bin Sitiris (Timbalan Mufti Selangor).

SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:

Proses pengeluaran ijtihad & fatwa di dalam industri kewangan Islam memerlukan instrumen yang praktikal dan pragmatik. Justeru, pengkaji telah mendalami sebuah konsep al-dhariah daripada perspektif teori dan amali. Akhirnya, sebuah parameter al-dhariah telah dihasilkan untuk membantu dalam proses pengeluaran ijtihad & fatwa di dalam industri kewangan Islam.

CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:

Mengkaji isu-isu baru di dalam arus revolusi industri 4.0:
1) Teknologi Rantaian Blok
2) Analisa Data Raya (big data)
3) Hyperautomasi
4) dan sebagainya…

Terima kasih kepada Tuan Mohamad Shafiq atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri:

Seminar Mudah Siap Tesis (MST)Seminar Postgraduates Transformation Programme (PTP)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x