Setinggi-tinggi jutaan TAHNIAH kepada bangsa pascasiswazah yang berjaya menyempurnakan pengajian Master atau PhD.
Bagi mereka yang menamatkan pengajian PhD kini berjaya menerima gelaran Doktor Falsafah.
Artikel kali ini akan berkongsikan mengenai beberapa maklumat kajian daripada Platinum Dr. Roket yang telah berjaya Viva dan melengkapkan pengajian Master PhD mereka.
Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ummah terutamanya pelajar yang akan atau sedang berada di dalam pengajian.
Berikut merupakan kajian daripada pelajar UKM yang berjaya Viva pada 21 Jun 2022.
NAMA:
Dr. Normadiyana binti Abdullah
BIDANG:
Bimbingan dan Kaunseling
UNIVERSITI:
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
TAJUK KAJIAN:
Kesan Modul 3K Terhadap Konsep Kendiri, Rasa Kepunyaan Dan Keterlibatan Murid Ponteng Sekolah Menengah
NAMA PENYELIA:
- LT KDR Prof. Madya Dr. Abu Yazid bin Abu Bakar TLDM (Bersara)
- Prof. Madya Dr. Mohd Izwan bin Mahmud
SEDIKIT LATAR BELAKANG KAJIAN DAN HASIL KAJIAN:
Murid kini terdedah kepada pelbagai cabaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka dalam kehidupan seharian. Konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid merupakan faktor yang dikenalpasti dapat mengatasi tingkah laku ponteng di awal penglibatan mereka.
Oleh itu, kajian ini ini bertujuan untuk membangun dan menguji keberkesanan modul 3K terhadap konsep kendiri, rasa kepunyaan dan keterlibatan murid bagi menangani tingkah laku ponteng murid.
CADANGAN KEPADA PENGKAJI SETERUSNYA:
Kajian berikutnya dicadangkan agar melihat kemahiran murid dari aspek yang lain seperti mana yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan keperluan murid pada masa kini. Sebagai contoh pendekatan daripada aspek spiritual. Pembangunan spiritual merupakan pembangunan paling asas yang perlu dibangunkan sebelum pembangunan fizikal.
Kejayaan dan kecemerlangan hidup manusia adalah berpunca dari aspek spiritual. Namun, tiada satu definisi pembangunan spiritual yang tepat dan sempurna dikaji. Malah ia didefinisikan dengan pelbagai cara dan bentuk.
Pendekatan spiritual juga merupakan satu pendekatan yang begitu penting. Pengabaian didikan agama menyebabkan mereka berpeleseran, mudah terjebak dalam kemaksiatan dan tidak berpedoman.
Terima kasih kepada Dr. Normadiyana binti Abdullah atas jasa dan kesudian berkongsi ilmu di atas sebagai panduan dan rujukan ummah dan bangsa ‘post graduate’ di luar sana.
Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Join proses Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.