fbpx Skip to main content
search
0

[Prof Madya Ts. Dr. Kay Dora Binti Abd Ghani]

Sedikit latar belakang akademik Dr. Kay, beliau menamatkan pengajian Master in Project Management di USM dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UTM.  Walaupun pengajian Master dalam bidang yang berbeza, Dr Kay menganggapnya sebagai proses yang menguntungkan untuk di bawa ke pengajian PhD.

Akhirnya, beliau berjaya menghabiskan pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan awam (Structural & Material Engineering) di UiTM cawangan Pulau Pinang. Sungguh menakjubkan apabila insan ini memilih tiga universiti berbeza sebagai tempat menuntut ilmu.

Seusai tamat belajar, Dr. Kay pernah berkecimpung dalam dunia kerjaya sebagai pensyarah Kejuruteraan Awam, memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam serta pernah menjadi jurutera (Design Engineer) di CNS. Beliau sangat beruntung kerana dapat memenuhi impian ibu bapanya yang menginginkan beliau menjadi pengajar dan jurutera.

Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Alumni dan Masyarakat (PJIAM) di UiTM cawangan Pulau Pinang.

  1. Pertahankan kajian tesis dengan ilmu, fakta dan kajian saintifik yang pernah dibuat oleh penyelidik lepas, bukan berdasarkan perasaan.
  2. Jangan berputus asa dengan setiap kegagalan. The result will not betray the effort. Percaya dengan rezeki Tuhan.
  3. Kembali pada niat dan sentiasa perbetulkan niat, kembali pada big WHY buat PhD.
  4. PhD hanyalah perjalanan untuk mendapatkan lesen kerana perjalanan selepas PhD merupakan satu perjuangan sebenar.
  5. Fikirkan bagaimana kajian tesis boleh menyumbang kepada masyarakat, memberi nilai, mendidik insan lain untuk memanfaatkan ilmu tersebut dan lain-lain.
Kepada yang terlepas menyaksikan Ask Experts lepas, jangan risau.. Anda boleh saksikan ulang tayang Live di sini:
Tonton Ask Experts 04
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti:
Seminar Nak Ubah Tesis (NUT)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x