Skip to main content
search
0
SIAPA DR. ZAHARAH?

Dr. Zaharah mesra dipanggil sebagai Ara dalam circle Platinum. Insan ini merupakan platinum Elite 6.3 di bawah pemantauan CRMP Dr. Hasiah Mat Salleh yang menyambung pengajian PhD di UPM dalam bidang Teknologi Makanan.

APA CABARAN YANG DIHADAPINYA?

Sepanjang pengajian PhD, banyak cabaran yang dihadapi oleh Dr. Zaharah, antaranya:

1.Diuji dengan cabaran hidup. Beliau menjaga ayahnya yang ‘stroke’ dan menghidap sakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialis 3x seminggu menyebabkan beliau perlu berulang balik ke hospital, pusat dialisis dan kampus.

2.Semasa mengandung pula, beliau mempunyai alahan yang teruk dan berisiko twin pregnancy dan mempunyai 3 anak sepanjang phd dan suami yang kerap outstation.

3.Kesukaran untuk fokus disebabkan tidak mampu bertahan lebih daripada 3 jam.

4.Terasa amat penas dengan menguruskan cabaran kehidupan menyebabkan kerja bertangguh.

5.Tidak menyambung penulisan sekiranya banyak tugasan di makmal kerana penyediaan untuk eksperimen memerlukan masa yang panjang.

6.Eksprimen makmal yang belum dapat diselesaikan pada ‘chapter’ terakhir dan alatan yang rosak memanjangkan masa untuk menjalankan eksperimen.

Sepanjang pengajiannya ketika itu, Dr. Zaharah berasa sangat ‘down’ dan tempoh pengajiannya hampir di’terminate’ untuk memasuki semester 14. Ketika itu juga, Dr. Zaharah ingin mencapai 1 lagi objektif kajiannya yang masih belum jelas, Hal ini menyebabkan bahagian ‘finding’ kajian beliau masih belum jelas dan siap sepenuhnya. Akibatnya, keyakinan dirinya mula merundum dan bertangguh dari sehari ke sehari.

BAGAIMANA BELIAU MENGENALI DR ROKET?

Dr. Zaharah mula mengenali Dr Roket ketika berada di penghujung semester. Beliau menghadapi banyak cabaran demi cabaran yang menyukarkan beliau untuk menghabiskan pengajian dalam tempoh masa yang singkat.

Beliau tidak menemui proses dan solusi yang tepat di atas cabaran tersebut. Walau bagaimanapun, keazamannya yang kuat untuk menamatkan pengajian membuatkan beliau banyak meminta pertolongan dan sentiasa memohon petunjuk Tuhan agar dikurniakan jalan.

Akhirnya, Dr. Zaharah menemui ‘petunjuk’ tersebut di platform Facebook apabila “Dr Roket” keluar di ‘wall FB’nya.

Di saat beliau tercari-cari program yang boleh membantunya daripada terus tenggelam, beliau menemui Dr Roket yang memang bervisi misikan untuk membantu bangsa post graduates yang sedang buntu dan menghadapi masalah.

Dr. Zaharah mula tergerak hati untuk ke website Dr Roket dan terpujuk untuk menghadiri program NUT yang diadakan pada Ogos 2020 ketika itu. Pada masa itu, beliau tidak ‘join’ circle kerana masih berkira-kira soal kekangan kewangan dan dirasakan boleh bertindak sendiri dengan ilmu yang dipelajari.

Namun begitu, masih tiada ‘result’ yang menyebelahinya dan masih tiada tindakan yang dilaksanakan sedangkan beliau menyedari bahawa bilangan semester akan bertambah lagi.

Akhirnya, beliau membuat keputusan untuk ‘join’ Dr Roket setelah menghadiri seminar NUT untuk kali kedua iaitu pada 2-4 April 2021. ‘Big Why’ beliau ketika itu adalah untuk melepasi fasa draf pertama tesisnya sehingga selesai. Itulah target utama beliau menyertai Dr Roket.

IMPAK SETELAH JOIN DR. ROKET

Agak-agaknya apa impak yang berlaku setelah beliau menghadiri Dr Roket?

Pada permulaannya, Dr. Zaharah berasa ‘lost’ dan hanya mengharapkan bantuan. Namun, beliau kembali menemui momentumnya semula setelah menghadiri Rocket Intensive Class (RIC) 1 yang diadakan pada 9 hingga Julai 2021. Program tersebut memberikan impak yang paling besar terhadap perjalanan PhD Dr. Zaharah. Beliau dapat menghasilkan draf pertamanya selepas program RIC 1 tersebut.

Selain itu, banyak WINS beliau ketika berada dalam proses Dr. Roket. Antaranya ialah:

  1. Lebih positif ketika berada dalam ‘circle’ yang positif.
  2. Dapat membina ‘habit’ yang baik setiap hari.
  3. Konsisten dengan Morning Doc pada setiap pagi.
  4. Istiqomah menulis tesis dalam tempoh 3 jam sehari.
  5. Dapat mengikuti proses-proses Dr. Roket dengan baik.
  6. Rasa lebih bersemangat dan gembira untuk menyiapkan tesis.

Apa yang lebih membanggakan ialah perubahan Dr. Zaharah disedari oleh Supervisornya sendiri. Supervisornya mengatakan bahawa tingkah lakunya berubah ke arah positif dan beliau sangat menyokong tindakan Dr. Zaharah yang menyertai Dr Roket. Beliau juga mengatakan bahawa kajian tesis Dr. Zaharah sudah mencapai tahap kepuasan.

BAGAIMANA RESULT VIVA BELIAU?

Alhamdulillah, kini Dr. Zaharah sudah dapat membuat persiapan untuk menghantar tesisnya secara hardbound. Apabila diminta untuk berkongsi pengalamannya di bilik Viva, Dr. Zaharah mengatakan bahawa dia masih berada di awang-awangan dan seumpama berada dalam mimpi.

‘Examiner-examiner’ beliau bertanyakan soalan yang majoritinya beliau sudah bersedia untuk menjawabnya. Supervisor beliau memuji pembentangan beliau yang lebih baik daripada mock Vivanya sebelum itu. Alhamdulillah.

Apakah tips yang beliau aplikasikan sepanjang pembentangan Viva beliau semalam? Menurut Dr. Zaharah, semua itu berkat tips daripada CRMP beliau, Dr. Hasiah Mat Salleh yang memberikan pesanan,

“Anggap seperti kita menjual barang. Kita perlu ‘confident’ menjual produk sendiri kerana produk sudah bagus. Jadi, hanya perlu fikir cara bagaimana untuk menjualnya”.

Adakah pembaca dapat apa yang ingin disampaikan daripada tips tersebut? Sekiranya berguna untuk anda, gunakan sewaktu dalam pembentangan Viva nanti.

Terdapat beberapa pesanan akhir daripada Dr. Zaharah ketika diraikan di dalam Bising Viva semalam, antaranya:

  1. Setiap daripada kita boleh melakukan sesuatu itu, hanya usaha sehabis mungkin dan serahkannya kepada Tuhan.
  2. Urusan kita banyak dipermudahkan asbab doa rakan-rakan dan keluarga kerana Tuhan yang memegang hati hamba-hambaNya.
  3. Jangan berputus asa walau apa sekalipun cabaran.

Bagaimana Dr. Zaharah yang berada dalam situasi di hujung-hujung tanduk sebelum ini, akhirnya mampu menyelesaikan tesis dan dapat menamatkan pengajian PhDnya?

Ini semua disebabkan oleh sikap ‘trust the process’ daripada mentor yang betul. Beliau tidak meninggalkan proses kerana beliau tahu beliau berada dalam circle yang betul. Oleh sebab itu, beliau sering aktif hubungi circle Platinumnya demi untuk memahami proses.

Tahniah Dr. Zaharah kerana berani membuat keputusan yang betul dan percayakan Dr Roket untuk membantu menyelesaikan masalah pengajian PhDnya.

Anda pula bagaimana? Masih tercari-carikan proses dan mentor yang betul untuk perjalanan Master Phd anda?

Inginkan bimbingan yang konsisten dan perkongsian tips yang luar biasa untuk tesis anda? Daftar di dalam Program Dr Roket sekarang dan rasai perbezaannya sendiri.

Klik di bawah untuk daftar atau hubungi Tim Dr Roket sekarang : 019 458 8003 

Seminar Nak.Ubah.Tesis (N.U.T)
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Leave a Reply