fbpx Skip to main content
search
0

Dr. Nur Ashikin Marzuki, ‘Kaklong’ Platinum (panel pertama)

1. Perasaan sebagai panel Vivalicious kerana sebelum ni menjadi peserta Vivalicious:

Wahai bang post graduate, bila kita sebut tentang Viva, apakah yang bermain di fikiran anda..? Adakah Viva itu sangat menakutkan atau Viva itu sangat-sangat best 😊..

Izinkan saya untuk berkongsi serba sedikit apa yang berlaku kepada diri saya..

Sejujurnya saya takut dengan Viva kerana saya ialah seorang yang mempunyai darah gemuruh yang agak teruk, tidak yakin untuk bercakap di ‘public’ dan pengalaman-pengalaman orang terdahulu yang menyatakan Viva itu tempat kena tembak dengan ‘examiner’ menyebabkan saya takut dengan Viva.

Namun, semuanya berubah saat saya join proses Dr. Roket ini dalam PhD ‘journey’ saya. Bermula dengan kelas NUT sehinggalah ke kemuncak sebagai calon Master PhD saat itu adalah proses Vivalicious..

SubhanAllah saat saya turun dari pentas Vivalicious, masa tu terus mesej SV minta diawalkan tarikh Viva sbb keyakinan dan keinginan untuk Viva pada masa tu sangat melonjak tinggi.

Roda kiri tetap roda kiri, kita terima, namun yang paling penting adalah keyakinan diri saya telah bertambah dan saya tidak takut untuk Viva saat itu.

3 ketakutan saya tentang Viva sebelum ini hilang sepenuhnya saat turun dari pentas Vivalicious 1.0. SubhanAllah satu perubahan yang sangat-sangat luar biasa berlaku dari diri saat kita betul-betul yakin dan ‘trust the process’ melalui guru yang mempunyai banyak ‘results’.

Saya berjaya Viva dengan sangat ‘delicious’ dan merasai kenikmatan Vivalicious tersebut tanggal 20/02/2020 dan suasananya sangat tenang. 🥰

Vivalicious 2.0, saya telah Viva saat ini dan saya merayu pada Dr. Roket untuk turut hadir juga kerana saya tahu bagaimana berimpaknya Vivalicious ini kepada para peserta.

Ternyata memang sangat berbeza Vivalicious 2.0 berbanding Vivalicious 1.0. Dr. sentiasa ‘raised up the standard’ demi melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.

Vivalicious 3.0 dijalankan secara ‘online’ asbab PKP dan kita menghormati dan mengikut SOP. Sungguh saya terkejut kerana Vivalicious kali ini saya diberi peluang oleh Dr. Roket untuk menjadi ‘examiner’ bersama dengan Dr.

Allahu akhbar tak pernah dibayangkan dan saya sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Dr. kerana banyak yang saya belajar saat kita melihat pembentangan dari pelbagai bidang dan ‘practice’ mengikut fakulti dan universiti masing-masing.

Vivalicious 4.0 sekali lagi Dr. berikan peluang besar dan keemasan kepada saya untuk bersama di pentas ‘examiner’ bersama Dr.

Istimewanya kali ini, ‘examiners’ dari seorang pada tahun 2019 dan 2020 menjadi 2 orang pada tahun 2021, kini menjadi 4 orang pada tahun 2022.

Dua pelajar Dr. Roket yang telah memperoleh Tesis Cemerlang dengan Skala 1 iaitu Ts Dr. Nur Hidayah Ahmad dan Dr. Hasiah Mat Salleh menjadi ‘examiners’ pada sesi Vivalicious kali ini.

Syukur Allah hadirkan 2 insan istimewa ini untuk memastikan kesemua peserta dan penonton mendapat tips mahal untuk mendapat Skala 1 dan Tesis Cemerlang.

‘Game’ kini adalah Tesis Cemerlang dan Skala 1. Banyak tips yang telah dikongsikan oleh Dr. untuk semua peserta Vivalicious..

Tesis Cemerlang dan Skala 1 kini bukan lagi mustahil malahan dijangkiti dan semua mendatangi Skala 1 dan Tesis Cemerlang 🥰

Terima kasih banyak-banyak Dr. atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya, Dr. Hanya Allah mampu membalas segalanya.

Setiap proses Dr. membuatkan saya menjadi orang baru dan perubahan ini adalah perubahan yang positif dan menjadi insan yang lebih baik serta berwawasan.

Siapa la saya tanpa Dr.
Siapa la saya tanpa proses Dr.
Siapa la saya tanpa ‘circle’ luar biasa yang Dr. bina ini.

Allah sayang Dr.
Allah jaga Dr.
Allah kurniakan ‘results’ yang cemerlang untuk Dr.

Lebih ramai ‘Roketians’ yang akan memperoleh Skala 1 dan Tesis Cemerlang asbab ‘trust the process’ yang telah Dr. bina ini.

Tahniah Dr.

Selamat Hari Guru Dr. 🥰

Kepada yang terlepas menyaksikan Vivalicious 4.0 Sabtu lepas, jangan risau.. Anda boleh saksikan ulang tayang Live di sini:
Tonton Vivalicious 4.0 Di Sini
Bagi yang perlu bimbingan dan tunjuk ajar seperti yang dilalui oleh mereka yang telah berjaya, jom sertai Seminar Nak.Ubah.Tesis yang akan diadakan pada 26-28 Ogos 2022 nanti:
Daftar Seminar Nak Ubah Tesis (NUT) Di Sini
Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda dan di platform media sosial dengan menggunakan pautan di bawah:
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x