Bila sebut tentang Viva, setiap orang mesti ada pengalaman yang berbeza. Tak kisah sama ada calon Master, PhD, atau dari peringkat lain, saat melangkah masuk ke bilik Viva memang jadi satu momen yang tak dilupakan.
Daripada cerita-cerita yang dikongsi oleh pelajar pascasiswazah, ada yang rasa bilik Viva tu macam tempat paling mencabar dalam hidup – sampai ada yang samakan macam masuk rumah hantu! Ada juga yang cakap, dengar je perkataan “Viva” pun dah cukup buat rasa gelisah dan berdebar. Macam-macam kisah yang kita dengar, memang betul-betul mencabar cabaran Viva ni.
Tapi jangan risau. Dalam artikel ni, akan dikongsikan dua strategi yang boleh bantu anda hadapi Viva dengan lebih yakin dan tenang. Jom teruskan baca sampai habis!
1. Masuk Bilik Viva dengan Mindset yang Betul
Ramai pelajar masuk ke bilik Viva dengan satu matlamat je – nak “lepas Viva”. Tapi bila mindset kita terlalu fokus nak habis cepat, kita sebenarnya terlepas sesuatu yang lebih penting.
Daripada pengalaman luas Dr Roket dalam sesi Viva, satu perkara yang beliau selalu tekankan adalah Tindakan-Tindakan Betul (TTB) yang pelajar dah buat sepanjang perjalanan akademik. Soalan yang sepatutnya timbul bukan sekadar “boleh jawab ke tak?”, tapi “apa usaha yang dah dibuat, dan apa kekuatan yang boleh diketengahkan?”
Cuma realitinya, tak semua sesi Viva tu berjalan dengan suasana yang menyenangkan. Ada pelajar yang berdepan dengan panel yang terlalu fokus cari kesalahan – seolah-olah setiap ruang dalam tesis itu perlu ditembak habis-habisan. Situasi macam ni memang buat ramai rasa takut, dan ada yang sampai hilang keyakinan.
Tapi penting untuk pelajar tahu: bukan semua panel macam tu. Ramai juga yang hadir dengan niat nak bantu, beri ruang, dan nilai secara adil berdasarkan usaha dan pencapaian sebenar.
Inilah yang menjadi tunjang dalam program Vivalicious, signature programme di bawah bimbingan Dr. Haji Mohd Khairul Nizam (Dr Roket). Program ini bantu pelajar bersedia dengan mindset yang betul – bukan sekadar untuk jawab soalan, tapi untuk faham bagaimana panel yang profesional melihat kekuatan dan perkembangan seorang pelajar.
Dr Roket sendiri telah menjadi panel penilai sejak siri pertama Vivalicious, bersama empat lagi panel berpengalaman iaitu Dr. Nur Ashikin Marzuki, Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad, Dr. Hasiah Mat Salleh, dan Dr. Hasanah Osman yang juga anak didik beliau.
Dengan program ini, pelajar bukan saja lebih yakin dari segi penyampaian, tapi juga lebih bersedia secara mental untuk hadapi pelbagai jenis panel, dengan cara yang bijak dan tenang.
2. Gunakan formula CBCB
Ini satu formula yang pernah Dr Roket kongsikan pada salah seorang Platinum yang bakal Viva keesokan harinya.
CBCB = Cakap, Baca, Cakap, Buktikan.
- Cakap: Pelajar kena tahu apa nak sebut masa pembukaan. Bukan sekadar intro, tapi bagaimana nak pimpin perhatian panel sejak awal.
- Baca: Kena tahu bahagian mana dalam tesis yang patut ditekankan atau dirujuk.
- Cakap lagi: Lepas baca, apa yang nak dihuraikan? Jangan baca semata-mata tapi tak tahu nak olah.
- Buktikan: Ini part paling kritikal. Buktikan kenapa hujah kita kukuh, kenapa dapatan kita relevan.
Ramai pelajar nampak formula ni macam senang. Tapi realitinya, bila dah duduk dalam bilik Viva, ramai yang tiba-tiba kelu lidah. Mulut rasa terkunci. Ada yang tak boleh nak cakap langsung sebab terlalu gugup.
Sebab tu formula CBCB ni penting. Ia bantu pelajar bersedia bukan setakat dari segi isi, tapi juga dari sudut komunikasi dan keyakinan diri.
Jika anda ingin lebih yakin dan bersedia menghadapi Viva, langkah pertama adalah dengan mempersiapkan diri sebaik mungkin. Tak perlu tunggu saat akhir, mula perlahan-lahan, bina kefahaman, dan kumpul semangat dari sekarang.
Ingat, Viva bukan sekadar sesi soal jawab, bahkan ruang untuk menunjukkan segala usaha dan ilmu yang telah anda kumpul sepanjang pengajian. Setiap pelajar layak diberi peluang untuk bersinar, dan persediaan yang betul akan membantu anda sampai ke tahap itu.
Anggap saja cabaran ini sebagai salah satu proses penting dalam perjalanan ilmu anda. Bila bersedia dari awal, anda akan lebih tenang, yakin, dan mampu hadapi apa sahaja yang datang dalam bilik Viva nanti.
Let’s make your Viva moment a victory!
Sumber foto: Google