Dalam penulisannya, jelas terpancar rasa lega, syukur dan terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan panjang ini. Kisah beliau bukan sekadar kejayaan akademik, tapi juga pengingat bahawa di sebalik setiap tesis ada cerita perjuangan, sokongan dan doa yang tak pernah putus.
Sedikit latar belakang beliau;
* Nama: (Dr) Farahiah Huda Husain
* Kerjaya: Guru (Ketua Panitia Sains Komputer)
* Bidang: PhD in Computer in Education, UMS
* Tarikh Viva: 17 September 2025
* Supervisor: Prof. Dr. Sabariah bt Sharif
* Co-Supervisor: Dr. Mad Noor bin Madjapuni
* Tajuk Tesis: Kerangka Konseptual Teknologi dalam Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Motivasi Pembelajaran Pelajar Doktor Falsafah di Universiti Awam Malaysia
Jom ikuti perkongsian insan hebat ini di bawah;
“Assalamualaikum. Bismillahirrahmaanirraheem. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Allah.. Allah sgt2 baik.. kurniakan nikmat lalui Viva PhD moment dgn ketenangan luar biasa… Alhamdulillah, with Allah’s will, I passed my Viva with minor correction (3 months). Honestly, that’s already an amazing result for me, Alhamdulillah. Thank you Allah. Allah sgt2 baik.
Funny and surreal again when one of my BFFs, THE Ts. Dr. Mardhiyati Yunus confidently said “Sebenarnya semua ni boleh siap sehari jerr”.. and proceed to explain how.. and I was like Masya-Allah, such gumption fueling.. SubhanAllah, teruja utk cepat2 siapkan correction! For the record, she was there with few more of my friends, including Hana and mom.. witnessing the whole wonderful and amazing Viva session of mine, masya Allah tabarakallah.. Alhamdulillah.
Saya nak ambil ruang ini untuk ucapkan juga jutaan terima kasih buat suami tersayang, suami tercinta —-> Abdul Basit Mokhtar.. Allah.. byk bersabar insan nie, berkorban byk masa kos dan tenaga, he’s my main support system.. dgn attitude nice + cool tempered, amat membantu menstabilkan emosi saya spnjg pengajian PhD. Lawak pulak tu.. i’m forever entertained.. abang, you’re Godsent!
Terima kasih byk pada mama abah atas doa makbul kalian yg amat membantu, kasih sayang dan support tak terhingga.. Terima kasih Fazlin Hana Husain, my twin sister, my cheerleader! She’s the President of Farahiah Huda Husain fan club. i love you Hana.. thanks doakan dan support huda holistically! I appreciate hundred percent. Thanks also to Dr. Mohd Farez Helmi, my brother, for providing the place where my Viva took place.. much appreciated!
Buat semua sahabat PhD yang hadir.. Fazlin Hana (my twin), Faiz Hakim (my bro), Maryam Taufiq Maryam Taufiq MP, Salmah Abu Hasan, Syira, Najwa Elia Fauzi, Kak Wanie Hamzah, Zuleikha Nawal, Chua, Ummi Rozita Kamil, Darina, Dr. Nur Atharah, Ts. Helmi, Ts Dr. Nur Hidayah Ahmad, Hadiyati, Rosni, Ts. Dr. Mardhiyati, Lynn Faiz, Dr. Amnah, Dr. Hanis, Dr. Soraya Taufik Madam Solicitor Dr Asni Aziz from the UK, Fai Rufaidah Othman, Dr. Yusliza, Farah Anis, Dr. Sabarina Hamid, Ustazah Dr Hafizzah Zakaria dari Oman, Dr. Fauzana Ismail dan ramai lagi…
Allah saja mampu balas kebaikan kalian.. Syukur, Allah hadiahkan saya circle yang ikhlas lagi baik. They were SO genuinely kind, such companions of worth, i wish everyone once in their life time experience to have amazing companions of their own. To have a friend like that, let alone friends (in plural), is truly a blessing from Allah. True friends to the core exist! It just feels surreal..
Pelajar sekolah pun perlukan cikgu tuisyen dan kelas tambahan, apatah lagi pelajar PhD! memang sangat perlukan guidance dari seorang mentor! PhD bukan untuk orang “genius” semata-mata. PhD untuk semua yang ada EQ tinggi, inner strength & resilience. Bila ada ekosistem sokongan yg padu, bila ada mentor yang betul dan tepat, yg sediakan strategi2 genius utk uruskan pembelajaran PhD, EQ menjadi stable, people get motivated, semua orang boleh berjaya dalam perjalanan PhD ini..
Kita nak selamatkan pelajar PhD to eventually graduate (lebih 14,000 pelajar PhD from 2018-2023 yg quit PhD) let alone grad on time, nak ramaikan PhD holders dalam Malaysia, nak memandaikan rakyat Malaysia, kita nak dari influencers, polis, bomba, chef, artis, insan2 dari pelbagai sektor industri, guru2 dan politicians sehinggalah ke Perdana Menteri Malaysia, semuanya ada PhD.. tukar mindset “ada PhD hanya utk jadi lecturer sahaja”. kita aim nk penuhkan universiti dgn pelajar2 after SPM.
Kalau anda rasa artikel ni memberi inspirasi dan bermanfaat, jom tekan butang kongsi! Mungkin ada yang perlukan inspirasi daripada penulisan begini. Boleh komen di bawah perkongsian apa lagi yang anda perlukan…
Inginkan transformasi dalam pengajian dan hidup anda? Jom ke seminar Dr Roket yang terdekat: