fbpx Skip to main content
search
0
dr roket, master, phd, siap cepat, organize

[Success Story] TAHNIAH ALUMNI SULONG ROKET BERGELAR DR!.
.

Saya masuk gua 3 hari. Dengan perasaan membuak-buak. Belajar memahami watak insan berjaya. Tidak bersama hp hampir 3 hari penuh. Posting engage insan padat. Padat proses menuntut ilmu.
.
Keluar usai menuntut ilmu. Terdetik dalam hati mahu baca kisah alumni R.O.K.E.T apa khabar mereka.
.
Buka whatsapp. Terima mesej ini:


.
“Assalamualaikum wbt yg dikasih sifu Dr Roket…atikah nak maklumkan Alhamdulillah thesis PhD atas sudah approved by senat dan Alhamdulillah sudah selesai submission hardbound ke UTM…
Ribuan ribuan Terima Kasih atas segala tunjuk ajar, tips, panduan sepanjang sy menghadiri program Dr Roket.. Ianya sangat-sangat membantu 💪 💪

Sy sentiasa mendoakan usaha Dr Roket bagi membantu ramai pelajar master PhD yg memerlukan bimbingan sentiasa dirahmati Allah swt dan mendapat keberkataan berpanjangan..

Untuk makluman Dr Roket, sy akan berangkat ke Italy, flight pada Selasa mlm (6march) utk menggalas tugas sebagai perwakilan wanita ke rome italy.. Wbagaimanapun insyaAllah sy dan suami akan pulang ke Malaysia pada 28hb April utk menghadiri convocation..

Didoakan sentiasa agar team Dr Roket akan terus maju dan dapat membantu ribuan lagi pelajar master PhD…
Jazakumullahu khairan khatira 😍 😍 😍

Salam sayang drpd alumnai Dr Roket,

Dr Atikah”
.
.
Terima kasih Dr Atikah kerana percaya apa yang sedang DrRoket bangunkan.
.
Saya masih ingat kisah Dr Atikah yang unik. Datang dalam keadaan jiwa dan kepala yang agak serabut. Beliau perlu selesaikan segera sebelum mengikuti suaminya ke Itali. Dr Atikah datang program beberapa kali. Malah beliau hadir Roket Exclusive, Recharge ilmu. Berkongsi cerita dan rasa, gandakan tindakan. Beliau datang sesi personal coaching. Allah uji dengan ujian berat disaat-saat akhir. Hampir give up. Bangkit kembali.
.
Dr Roket hanya asbab. Segalanya dari Allah dan tindakan beliau sendiri.
.
Terima kasih Allah. Terima kasih kepada anda yang percaya.
.
.
Saya masih ingat, ketika awal-awal Dr Roket muncul, macam-macam perlian dan kutukan diterima. Pernah dihalau dari universiti disaat-saat akhir walaupun booking telah dibuat awal. Tidak mengapa, Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
.
Mesej demi mesej yang diterima dari Alumni Roket menjadi penyejuk jiwa. Terasa lapang di dada.
.
Misi untuk membantu calon Master Ph.D mesti diteruskan. Tidak mahu mereka dihukum dan dikenakan tindakan. Mereka perlu dipegang tangan, ditunjukkan jalan. Hanya untuk mereka yang mahu dibantu keluar dari belenggu, keluar dari belitan.

Tahniah Dr Atikah! Semoga berbahagia bersama suami tercinta di Itali!

InsyaAllah akan kami kongsikan Ramai lagi alumni Roket yang telah berjaya.

#DrRoket
#DrRoketSuccessStory
#SeminarMasterPhdRoket
#Congratulations

dr roket, master, phd, siap cepat, organize
dr roket, master, phd, siap cepat, organize
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x