
Tesis Dekatkan Saya Dengan Tuhan.
.
Waktu saya sangat pack. Kerap kena tidur di lab. Sentiasa kena tunggu dan pantau progress experiment. Nanti kalu tinggal ada problem.
.
Saya duduk lama di library. Kena pastikan apa yang dibaca itu “digest”. Sebab kadang-kadang bila bergerak ke tempat lain idea tu lost cenggitu jer.
.
Perbincangan dalam group perlukan komitmen tak boleh keluar begitu sahaja. Nanti idea dari dalam group tu terlepas. Yang bagi idea pun dah tak nak share.
.
Pertemuan dengan SV sangat penting. Ia saat perlu fokus. Jika tak fokus idea SV tak masuk menyerap dalam otak saya ni.
.
Tempat saya bertungkus lumus dengan tesis jauh kot dengan masjid. Kalu pegi wah capet bangat saya deh.
.
Saya perlu siapkan writing ni dulu, nanti idea hilang. Dengar azan, tak pe, kejap lagilah solat.
.
Saya busy, tak sempat nak baca Al-Quran. Banyak benda nak kena setelkan.
.
Ayat-ayat diatas ada yang perlu disantuni dan ada yang tidak.
.
Memberi “alasan” tesis sehingga anda tidak tunaikan hak “Allah” menjadikan diri anda semakin jauh dariNya.
.
Bukankah semakin banyak helaian tesis ditulis bakal membuatkan anda semakin menemui hebatnya Allah/Tuhan?
Semakin nampak maha hebat dan luasnya ilmu Allah/Tuhan?.
Semakin terasa kerdilnya diri dengan dapatan ilmuNya yang sedikit cuma?.
.
Jika kajian yang dibuat, hanya menampakkan hebatnya kita, hebatnya kajian orang itu dan ini, semak kembali status “connection” kita dengan Allah / Tuhan.
.
Tesis itu “kajian”. Maka Allah pasti anda temui di penghujung jalan. Kerana anda sedang mendalami ilmu. Pemiliknya adalah Allah.
.
Masa, Tesis, Lab, Library, Group, Family, SV tidak salah. Yang tidak berapa betulnya adalah anda.
.
Urus hidup anda bersama tesis sehingga anda hidup bersama Tuhanmu. Ketahuilah engkau sedang kaji ilmuNya.
.
Bagaimana ilmu terus mengalir jika pemilik mutlak ilmu anda sisihkan?
#DrRoket
