fbpx Skip to main content
search
0

TAJUK: 

Sesi Ask Experts kini telah berada di episod yang ke-4 iaitu bertajuk Gempa Bumi??? Apakah Impaknya Terhadap Struktur Bangunan di Malaysia’.

APA ITU “ASK EXPERTS”:

Buat pembaca yang baru mendengar tentang sesi Ask Experts ini, sesi ini adalah sesi berkala yang diadakan pada setiap jam 12.30 tengah hari sebagai santapan “minda” kepada semua sepanjang Ramadan ini.

Sesi ini adalah salah satu medium “Knowledge Transfer Program” di mana pelbagai bidang kepakaran dan universiti akan berkongsi ilmu bersama masyarakat luar umumnya dan pelajar Master PhD secara khususnya tentang sesuatu topik yang dibincangkan.

HOST:

Sesi kali ini telah dihostkan oleh Dr. Nur Ashikin binti Marzuki CRMP Sr. Dr. Ashikin merupakan anak didik Dr. Roket yang terawal sejak tahun 2018. Beliau menjadi ikon dalam kalangan Platinum Dr.Roket dan mesra dipanggil ‘Kak Long’.

EXPERTS JEMPUTAN:

Merupakan tetamu istimewa yang pakar dalam bidang kejuruteraan iaitu Prof Madya Ts. Dr. Kay Dora Binti Abd Ghani. Berasal dari Pekan, Pahang dan menetap di belah Utara, tetamu ini mesra dipanggil sebagai Dr. Kay.

SEDIKIT LATAR BELAKANG EXPERTS:

Sedikit latar belakang akademik Dr. Kay, beliau menamatkan pengajian Master in Project Management di USM dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di UTM.  Walaupun pengajian Master dalam bidang yang berbeza, Dr Kay menganggapnya sebagai proses yang menguntungkan untuk di bawa ke pengajian PhD.

Akhirnya, beliau berjaya menghabiskan pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan awam (Structural & Material Engineering) di UiTM cawangan Pulau Pinang. Sungguh menakjubkan apabila insan ini memilih tiga universiti berbeza sebagai tempat menuntut ilmu.

Seusai tamat belajar, Dr. Kay pernah berkecimpung dalam dunia kerjaya sebagai pensyarah Kejuruteraan Awam, memegang jawatan sebagai Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam serta pernah menjadi jurutera (Design Engineer) di CNS. Beliau sangat beruntung kerana dapat memenuhi impian ibu bapanya yang menginginkan beliau menjadi pengajar dan jurutera.

Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri Alumni dan Masyarakat (PJIAM) di UiTM cawangan Pulau Pinang.

5 FAKTA / POINTS UTAMA EPISOD KALI INI:

  1. Gempa bumi merupakan bencana alam yang tidak disangka dan tidak dapat dielakkan. Malah, gempa bumi ada disebut menerusi Surah Al-Zalzalah ayat 1-8 dan dikaitkan dengan gambaran keadaan hari Kiamat.
  2. Gempa bumi boleh difahami sebagai satu fenomena pergerakan permukaan bumi atau pergerakan rekahan geologi yang berpunca daripada tenaga yang disimpan di kerak bumi lalu terlepas dalam bentuk geseran batu. Bahan bumi yang lain tidak dapat menanggung gelombang tersebut lalu menyebabkan gegaran.
  3. Gempa bumi dapat dikatakan sebuah foundation (asas) sebelum pembinaan sesuatu bangunan. Di Malaysia, terdapat dua punca terjadinya gempa bumi, iaitu long distance earthquake dari kawasan sekeliling iaitu di Indonesia. Yang kedua merupakan local earthquake (gempa bumi tempatan) yang kerap berlaku di Sabah. Penduduk negeri Sabah kerap mengalami gempa bumi sejak tahun 1976 hingga tahun terkini pada tahun 2019 di Kunak.
  4. Gempa bumi mendatangkan beberapa impak terhadap bangunan, salah satu punca kerosakannya adalah dari reka bentuk atau struktur bangunan sebelum tahun 2010 yang tiada perincian mencukupi bagi menampung dynamic loading. Gelombang gempa bumi tempatan dan kesan gempa bumi dari jarak jauh tidak boleh diabaikan dalam reka bentuk struktur bangunan di Malaysia.
  5. Pengukuran magnitude gempa bumi adalah berdasarkan Skala Richter. Skala Richter yang mempengaruhi kerosakan bangunan based on Peak Ground Acceleration (PGA). PGA lebih 0.12g dan Skala Richter melebihi 5.5 boleh membahayakan dan merosakkan struktur bangunan di Malaysia.

NASIHAT EXPERTS KEPADA BANGSA POSTGRADUATES:

  1. Pertahankan kajian tesis dengan ilmu, fakta dan kajian saintifik yang pernah dibuat oleh penyelidik lepas, bukan berdasarkan perasaan.
  2. Jangan berputus asa dengan setiap kegagalan. The result will not betray the effort. Percaya dengan rezeki Tuhan.
  3. Kembali pada niat dan sentiasa perbetulkan niat, kembali pada big WHY buat PhD.
  4. PhD hanyalah perjalanan untuk mendapatkan lesen kerana perjalanan selepas PhD merupakan satu perjuangan sebenar.
  5. Fikirkan bagaimana kajian tesis boleh menyumbang kepada masyarakat, memberi nilai, mendidik insan lain untuk memanfaatkan ilmu tersebut dan lain-lain.

AMAZING FACTS FOR TODAY!

  1. Gempa bumi akan berlaku pada setiap hari di kawasan-kawasan tertentu namun kebanyakannya adalah kecil dan kita jarang merasai gegaran gempa bumi tersebut.
  2. Gegaran gempa bumi Malaysia adalah di bawah 3 Skala Richter iaitu daripada local earthquake yang kerap berlaku di Malaysia.
  3. Gempa bumi tidak akan membunuh manusia tetapi bangunan boleh membunuh manusia.
  4. Dr. Kay pernah merasai sendiri pengalaman berada di tempat gegaran di kawasan Kinabalu Golf, Sabah.
  5. Dr. Kay masuk ke pengajian PhD tanpa geran, tetapi dengan duit perbelanjaan sendiri untuk membuat sampel sendiri. Beliau pernah memohon 5-6 kali geran tetapi percubaan awalnya gagal.
Nabila Suhaimi

Content Writer Dr Roket

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x